Pages

Monday 23 December 2013

Shhh.....ujian sedang dijalankan.

 

 

Assalamualaikum. Dah lama akak tak muncul. Tetiba tengah amik ujian pulak. Ujian apa??

Iyaa...akak sedang diuji Allah sekarang ni. Sangat berat. Tambah berat bila tatkala diuji sebegini hebat, mak tempat akak menagih kekuatan dah tiada.

Tapi akak tak nak komplen lebih2. Sedar diri diuji kerana banyak dosa. Siapalah kita nak komplen kan. Bila umur pun dah meningkat kenalah selalu muhasabah diri kan. Lagipun kita takkan tahu tahap iman kita selagi kita tak diuji. Sedangkan Nabi Muhammad saw, kekasih Allah tu pun diuji, siapalah kita ni pulak. Baru luka kat tangan kena cakar dek kucing dah senget2 muka tahan sakit, tahan sabar. Hehe.

Satu hal yang akak perasan dalam hidup akak ni, Allah selalu bagi cash kat akak. Kalau ada yang tak betul, bersiap sedialah. Jadi akak redha saja. Tapi taklah redha sambil baring2 je kan. Kenalah berusaha jugak cari jalan keluar untuk mengatasi ujian ni.

Cuma tu lah kan. Bila ujian sedang berjalan, blog pulak terabai. Nak buat camana. Fikiran sangat down sekarang ni. Sangat2 susah hati. Airmata pun asik meleleh je terutama bila mengadapNya. Mintak maaf pada semua. Tak dapat akak nak citer secara detail apa yang telah berlaku. Rasa terpencil dan teraniaya bila mak dah tak de sebenarnya. Sekali air bah, sekali pantai berubah begitulah jugak hati manusia. Mungkin satu hari nanti bila semua ni akak dapat tempuh dgn kekuatan dan kudrat dari Allah dengan jayanya, akak akan citerkan pada semua. Mana tahu boleh dijadikan iktibar atau penguat semangat orang lain pulak yang sedang diuji kan.

Akak selalu ingat yang Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu hadapinya. Tentu ada hikmah di sebalik semua ni. Macam satu ketika dulu bila akak terpaksa pindah dari rumah lama akak. Rumah tu baru je habis bayar. Ingatkan sampai tua tinggal disitu. Buat kenduri kawen anak pun kat situ kan. Tetiba 2 tahun sebelum suami akak bersara, akak jatuh sakit.

Lama jugak sakit. Yang teruknya dekat 3 bulan. Kemudiannya slow recovery hampir 2 tahun. Buat checkup untuk semua penyakit termasuk kanser. Tapi semua negatif. Tapi akak masih begitu. Kadang2 tetiba rasa seperti nak pengsan, berpeluh2. Muka pucat je. Badan pun dah susut. Sentiasa takut sebab penyakit ni selalu datang tiba2 je. Tak de warning....pitam tetiba. Kaki dan tangan pun jadi lemah. Asik menggigil je terutama tangan. Last2 jumpa orang alim. Dua orang yang akak pergi, sorang perempuan, sorang lelaki. Dua2 nasihatkan akak pindah.

Tak ke haru nak cari rumah time tu. Nak berhutang semula. Tapi dalam sakit2 tu akak usahakan jugak dengan suami carik rumah yang termampu kami beli. Lepas tu dapat rumah pencakar langit pulak. Orang ada jugak cakap, apa kejadah dah tua2 duduk apartmen. Tapi orang tak tahu yang kami tak mampu beli rumah bawah ni. Semua rumah kat KL ni mahal2 betul. Ini je lah yang kami mampu. Yang penting mak akak suka sebab lebih dekat dengan PD. Akak pun, bila teragak nak tidur bawah ketiak mak, berdesup je balik PD.

Allah permudahkan untuk kami masa tu. Walaupun masa ustaz tu kata, kami kena pindah, akak rasa macam biar betul. Tak pernah terfikir kot. Rasa mustahil je nak kemas semua. Dahlah akak tengah sakit. Tapi dalam menggigil2 tu, dapat jugak akak pack barang. Anak2 masa tu pun kecik lagi. Farah baru form 1, Arif pulak baru darjah 2. Suami akak pulak pergi keje awal pagi, balik dah malam. Kesian pulak dia letih semua kan. Tapi tu lah akak cakap, kekuatan yang dipinjam Allah. Selesai semuanya. Akak mula jatuh sakit dalam bulan 5 macam tu, bulan 12 dah pindah. Syukur Alhamdulillah.

Belum sampai setahun kami pindah, diuji sekali lagi. Abang akak pulak tetiba jatuh ketika sembahyang. Rupanya ada aneurysm. Pendarahan dalam otak. Sebelum tu sihat je, darah tinggi, kencing manis semua tak de. Masuk hospital pakar Damansara. Memula insurance kata boleh cover. Tetiba cakap bukan panel pulak. Neurosurgeon tu pulak kena buat immediate operation pada abang akak. Apa2 hal duit 20,000 kena bayar dulu, baru diorang book OT. Nak transferkan dia ke hospital kerajaan dah tak boleh sebab dia dah tak stabil. Disinilah Allah tunjukkan pada kami hikmah disebalik ujian atas akak tu. Duit jual rumah lama tu kebetulan ada dalam simpanan. Setiap kali admin mintak masuk duit, kami cuba sedaya upaya pinjamkan pada abang. Abang akak terpaksa lalui 3 operation kalau tak silap. Tapi Allah lebih sayang pada dia. Abang akak meninggal lepas 17 hari coma.

Semuanya berlaku ada sebab dan hikmah tersembunyi yang kita tak tahu. Tapi biasalah, kita ni manusia kan. Meleleh jugak airmata, lemah longlai rasa bila diuji. Akak nak mintak tolong kengkawan doakan akak ya. Mohon Allah tunjukkan pada kami jalan keluar dari masalah kami ni. Mohon Allah beri kekuatan pada akak, mohon Allah kasihankan kami sekeluarga. Tolong ya. Dan kalau sesiapa tahu ada kerje kosong kat mana2 tolonglah beritahu akak ya. Badly need a job right now walaupun experience tak de dan degree pulak dah buat pekasam. Tapi kesungguhan tu ada, insyaAllah.

Buat masa ni biarlah akak mengundur diri dulu buat seketika. Mungkin seminggu, dua minggu atau lama lagi. Tiba masanya nanti akak akan berblog semula. Yang pasti akak akan rindu pada semuanya samada yang tinggalkan komen atau silent reader je. Sayang semuanya sampai akhir hayat akak. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata akak yang telah menyinggung perasaan kalian jika ada. Terimakasih semua dan semoga Allah beri pada kalian segala rahmat dan kasih sayangNYA. Amin.

 

Blog akak ni cukup jarang tak bergambar. Jadi moh le kite layan gamba dulu sebelum wattammat iye.

 093

Budak paling notti dalam umah akak sekarang. Pandaiiiiii buat muka kesian.

 

 134

Atuk Milo masih macam tu. Kurang sihat. Airliur tetap meleleh. Saba yo lah.

 

033

Miki yang bertambah geds....rasa nak antar join usrah je budak ni.

 

 

035

Peah yang selalu tensi.....kitteh pandang pun tak boleh. Harommm, hukumnya. Kalu pandang tamparan wanita pasti hinggap. Daaaaann................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

 

 

 

 

 

 

 

554

 .................akhir sekali buat semua yang selalu baca blog akak. Satu keputusan yang dibuat secara tarik tali. Hari ni akak buat jugak sebab tak nak nanti kita tak pernah kenal satu sama lain. Tak naklah bila korang semua nampak wajah akak buat pertama kali dgn kain kapan pulak kan. Jadi inilah akak korang yang pemalu sangat tu. Hehehe.

Okeylah. Sehingga kita berjumpa lagi. Sayang buat semua.