Pages

Wednesday 27 March 2013

Mak, let's fight it together.

 

 

Assalamualaikum. Lama jugak nak kembali menulis. Antara rutin harian yang sibuk, akak selitkan jugak sedikit masa untuk memblog.

Sebelum apa2, akak nak mintak maaf pada segala komen yang akak tak sempat jawab. Akak sayang sangat pada semua yang tak putus2 mengirim doa dan kata2 semangat. Sungguh....sungguh akak cakap, kata2 semangat tu memberi akak keceriaan setiap hari. Terima kasih sangat pada semua.

Mak.....kadang2 dia ok. Tapi bila dia tak ok, mandi, pakaikan baju, sikat rambut, bubuh bedak......semua akak buatkan untuk dia. Makan juga perlu disuap. Tapi selera makan mak sejak akhir2 ni merudum sangat. Satu hari boleh kira dgn sebelah tangan berapa suap nasi yang masuk dalam perutnya. Semalam dia teringin makan satay. Bila dibeli 3 cucuk je yang dia makan. Tak apalah....at least ada jugak nasi impit masuk sekali.

Result biopsi mak akak dah keluar. Setelah lebih seminggu......siap dapat call lagi sebelum tu. Katanya kanser mak akak tu kompleks sikit. Kena buat lagi 5 markers baru boleh determine what type of cancer it is. Dan diagnosa nya ialah Diffuse Large B cell Tonsillar lymphoma. Sejenis non-Hodgkin lymphoma dan memang sangat agresif. Patutlah within 2 months, ketumbuhan di leher mak menjadi2 besarnya.

Innalilahi wainna lillahi ro ji 'un. Allah nak menduga.........kami redho. Siapalah kami ni, hanya hamba yang dipinjamkan segala kebahagiaan, kesihatan dan segala2nya. Semuanya milik Allah. Bila Dia kata nak ambil balik, itu hak Allah. Semoga Allah terus merahmati kami dgn kesabaran dan keimanan yang tak berbelah bahagi padaNya.

 

017

Rutin mak setiap pukul 9.30 pagi, kalau kesihatan mengizinkan.....duduk di balcony untuk cahaya matahari pagi. Sambil2 tu hirup oksigen sebanyak yang boleh sebab sel kanser memang lemas dgn oksigen yang banyak.

 

 

003  

Hari-hari yang kesihatan sangat baik pulak, ke suming pul kitaaaa! Tapi pagi2lah masa sotong2 kurita masih diulit mimpi. Hehehe.

Macam tu lah rutin mak akak. Akak pulak. Hmmm...banyaaaaak sangat dugaannya. Boleh caya tak dalam masa 3 minggu, 2 kali tayar kete pancit.

 

094

 

Mula2 kejadian, sebelah kiri belakang. Lepas tu sebelah kanan belakang. Dua2nya sebab paku. Adoouiiyaiii. Di saat2 kewangan tengah perit. Menangis jugaklah. Husband akak pulak masih tak berhasil dalam pencarian kejenya. Umur pun dah nak masuk 60 kan. Peluang pun makin tipis. Mohon Allah beri kami rezeki agar salah sorang antara kami dapat keje tak lama lagi. Tapi tu lah, kalau akak bekerja, sape pulak nak jaga mak. Kami memang tak de bibik. Tapi tak pe, itu kita fikir kendian.

Sekarang ni, kita sama2 lawan itu kanser jahat. Sesi chemo mak akan dibuat di HUKM. Tak tahu bila mula. Sementara tu akak kena persiapkan mak dan diri akak sendiri agar kami kuat.

Oh ya, tak sah kalau tak citer pasal gossip hangat kat rumah akak ni.

 

 

001   

Cinta 3 segi. Si Uteh ni memang kasanova terhangat. Dua2 dia mau. Peah nak, minah pun dia nak. Last2 si Peah dan minah ni macam perang dingin pulak sekarang ni. Kalau angin baik bolehlah gurau. Tiba angin puting beliung mari, bercakaran dua beradik lain mak lain bapak ni.

Okeylah itu je setakat ni. Ada masa kalu, akak write lagi yek. Salam rinduuuuu pada semua.

Thursday 14 March 2013

Rinduuuuu......

 

 

Assalamualaikum.

Huuuumaaanggggaaiiiihhhh....lamanya tak on lattop. Lamanya tak memblog. Burung pelik kat header ni pun nampak macam dah kurus.......lama tak bagi makan. Hehehe.

 

108

Mak akak, dah akak bawak balik KL....duduk sama2 dgn kami. Senang hati akak sikit sebab mak ada depan mata. Dan biasalah pakej mak. Bila bawak mak kenalah bawak dayang2 pengiring yang 3 ekor tu. Tansri Wahau dan anak2nya.

 

Beberapa minggu lepas memang mencemaskan. Alang akak pun masuk wad seminggu. Pun kepelikan jugak penyakitnya. Doktor pakar pun garu kepala memikirkan. Bila cek darah, scan siap masuk contrast lagi....semuanya okey. Last2 doktor discharge dia dan bagi appointment utk check up every week. Suruh ikhtiar rawatan alternatif lah agaknya tu.

Masa tu jugak akak ke hulu ke hilir menguruskan semuanya termasuk anak2 Alang, Nisya dan Thaqif. Hampir 2 minggu jugak. Mak pulak mula hilang selera makan. Nafas dia pun semakin berbunyi. Setiap kali makan dia tersedak.

Last2 kami ajak pergi scan. Result scan memang meruntun jiwa. Saluran pernafasan mak dah hampir tertutup oleh ketumbuhan. Tulang belakang T3 dan T5 jugak terkesan akibat kanser ini. Dari scan, doktor diagnos penyakit ni sebagai nasopharyngeal carcinoma. Doktor cakap, bila2 masa saluran pernafasan akan tertutup.

Dan hari Isnin lepas, mak menjalani biopsi. Satu bilik tu menangis bila pakar bius terangkan risiko yang amat besar pada mak. Ada kemungkinan leher mak akan ditebuk untuk memudahkan pernafasannya. Mak nampak redha sangat masa ni. Kalau mak tak balik semula, dia pesan supaya kami dua beradik berpakat buat keputusan dalam segala hal. Rumah keluarga di PD tu jangan dibiarkan kosong walaupun dia dah tak ada. Akak masa ni dah tak terkata. Nak cakap apa pun tak boleh. Asik tersedu2 je.

Selepas 2 jam, alhamdulillah tiada komplikasi masa prosedur biopsi tu. Dan syukur sangat sebab Allah beri ilham pada pakar tu untuk buat debulking pada ketumbuhan tu. Maksudnya, dia buang sedikit yang block salur pernafasan mak. Dan surprisingly, bendalah tu cukup senang ditanggalkan. Tarik perlahan dah tercabut. Tak melekat sangat pun pada salur pernafasan tu. Subhanallah. Masa mak masuk OT tu akak bawak anak2 ke surau untuk solat hajat. Kami berserah sepenuhnya pada Allah.

Betullah kata sorang sahabat akak tu. Katanya Allah menduga kita bertalu2 begini sebab Dia nak kita berserah sepenuhnya pada Dia. Tiada siapa dapat memberi pertolongan melainkan Dia. Dan Dia juga akan memberi kita sesuatu yang lebih indah selepas ini. Bersabarlah. 

Dan akak jugak percaya doa dari kawan2 akak di bog ni sangat banyak membantu. Terimakasih tak terhingga. Semoga Allah berikan kalian ganjaran istimewa di akhirat kelak. Amin.

 

118 

Bukan kami je yang perlu bersabar. Kucings yang dah biasa duduk rumah banglo ni pun kena banyak sabar jugak. Hehehe. Maklumlah rumah akak ni sempit. Tapi demi tuannya, kucing2 ni sangat memahami. Terutama si Wahau. Mak akak masuk bilik air pun dia escort. Siap jadi jaga lagi depan pintu toilet.

 

 

014

Ini pulak makhluk Tuhan paling hepi sebab boipren dah tinggal serumah dgn dia. Live in together katanya. Nasib baik dah dispay dan neuter semuanya. Kalau tak, timbul pulak masalah lain yang ada kena mengena dgn contengan arang. Hahaha.

 

 

009

Ini pulak ketua pengawas dalam dorm. Stress sampai kurus badan. Cukup payah nak memantau kegatalan dan kegedikan minah kektus dgn pria2 hangat dari PD tu. Bagi tazkirah tiap hari pun tak lut.

 

 

002

Atuk je yang tak terkesan. Tiap hari dia makan tido, makan tido. Tak pe lah. Dia pun dah cukup bermasalah dgn kesihatan yang tak berapa nak ngam sekarang ni.

Itu je lah setakat ni yang akak mampu citer. Ada rezeki dan kesempatan, kita jumpa lagi ya, insyaAllah.

Result biopsi mungkin akan dapat minggu depan. Dalam berdebar2 tu akak hope for the best. Kalau tidak menyusahkan, akak sangat mengharapkan doa kalian semua ya.

Friday 1 March 2013

Nak pinjam.......

 

 

Assalamualaikum. Mintak maaf sebab lama tak updet. Entah mana nak mula citer......

Banyak yang terjadi. Allah sedang menguji kami sekeluarga dengan ujian yang hebat kali ni. Bukan sedikit. Adakala rasa macam nak tersungkur je tapi akak kuatkan kaki balik untuk berjalan terus ke hadapan.

Buat masa ni akak berulang alik PD-KL. Merempit tiap pukul 4 pagi. Malas nak fikir power bateri yang tinggal dalam badan akak ni. Husband tak boleh bawak kete malam2 sebab dia kurang nampak. Alhamdulillah akak masih kekal berdiri walau dilanda seribu satu macam masalah.

Kawan2. Itulah saja yang selalu cajkan bateri dalam badan akak. Semua yang sering beri semangat pada akak. Kawan2. Baik di alam blog mahupun di luar.Itu saja yang akak ada di samping Allah yang akak serahkan diri sepenuhnya setiap kali solat. Terasa dipeluk olehNYA setiap kali sujud.

Kawan2 akak semua yang paling akak sayang. Akak nak pinjam semangat dan kekuatan, boleh tak? Semoga kekuatan kamu semua boleh jadi bekalan semangat untuk akak meneruskan perjuangan untuk terus kekal berdiri demi mak dan Alang. Doakan kami ya.

Akak jugak nak mintak maaf kalau akak ada berdosa dengan kalian semua. Manalah tahu ada dosa yang tak sedar akak lakukan. Maafkan akak ya.

Kalau ada kesempatan, akak akan menulis semula. Maaf jugak sebab tak sempat ziarah blog yang selalu akak ziarah. Rindu sebenarnya. Semoga ada rezeki untuk kita jumpa lagi.

 

 

038 2 beradik lain mak lain ayah yang turut sama merempit setiap 4 pagi dari PD ke KL. Atuk? Dia tunggu rumah dengan uwan. Orang tua dah tak larat nak merempit. Hehehe.