Pages

Sunday 20 October 2013

Allah lebih menyayangi Om.

 

 

Assalamualaikum.

Hati memang tak sedap sejak malam tadi. Sebelum akak terlelap, tiba2 rasa sebak. Airmata laju mengalir. Tersedu-sedu akak menangis. Tapi akhirnya terlelap jugak. Baru lebih kurang sejam tidur, bunyi tepon kat sebelah akak. Memang dah boleh agak beritanya. Om dah tiada. Rupa2nya saat akak sebak sebelum tidur tadi  Allah telah menjemput Om untuk kembali padaNya. Lebih kurang pukul 11 malam tadi.

Sekali lagi akak diduga dgn dugaan hebat. Om, bapak sedara yang paling mengambil berat tentang akak. Segala masalah akak luahkan padanya. Dan dia seboleh-boleh cuba mencari penyelesaian untuk akak. Bila mak tak ada, pada dialah akak tumpang bermanja.

 Aturan Allah paling sempurna. Akak tak tahu apa yang diaturkan Allah tapi akak yakin itulah yang terbaik. Kejap lagi akak akan ke Taman Maluri Cheras untuk ziarah Om buat kali terakhir. Arwah mak dan abah sudah menunggu favourite cousinnya ini. Dan mereka berdua tentu tak sabar nak dengar citer Om tentang akak dan Alang. Semoga Om sampaikan salam rindu dan sayang akak pada mereka berdua.

Al fatihah untuk Badaradudin Mohd Som.

Saturday 19 October 2013

Cuaca mendung seakan mengerti....

 

 

Assalamualaikum.

Lately ni asal petang je ujan, asal ujan je petang kan. Pukul 4 petang tu kadang2 dah macam pukul 7 malam. Gelap semacam. Sejuk pun sejuk jugak. Kalau orang yang suka tidur memang ngamlah cuaca macam ni kan. Tapi mata akak ni susah nak lelap. Malam pun susah nak lelap, siang apa lagi.

005

 

Jadiknya, makanya, mulalah akak melayan perasaan syahdu tiap kali hujan petang. Sedih semacaaaaaam je. Mulalah rindu kat arwah mak sangat2. Arwah mak akak pun macam akak jugak. Tak reti nak tidur siang, malam pulak imsomnia. Sepakej. Kadang2 time cuaca mendung, dia selalu tepon akak, kata rindu pada akak, rindu pada suasana anak2 semua tinggal bersama sebumbung dgn dia dulu. Kadang2 dia boleh menangis dalam tepon. Lalu menangislah akak sama2.

Sunyi betul rasa sekarang ni bila mak dah tak de. Raya haji hari tu pun akak beraya di KL je. Buat rendang sikit dengan nasi impit.....makanlah kami empat beranak. Alang pulak beraya dengan mertuanya. Akak ni mertua pun dah tak de. Hajat hati nak beraya rumah bapak sedara akak di Cheras. Bapak sedara akak ni lah antara tiga orang relative mak yang masih ada dan yang ambil berat pada akak. Keluarga kami kecik sangat especially sebelah mak. Tapi tak siapa menyangka dapat call hari sabtu tu dari anaknya mengatakan dia masuk hospital, sakit.

Baru dua minggu lepas dia tepon akak. Hampir setengah jam bersembang dgn akak. Masa tu pun dia baru elok dari sakit jugak. Mulanya dari penyakit gout. Kaki dan tangan semua membengkak. Memang tak boleh gerak langsung. Lepas tu melarat ke paru2 pulak. Masa akak visit dia tu, macam2 hal kami sembangkan. Siap gelak2 jugaklah. Tapi kemudiannya meleleh jugak airmata nak balik dan tinggalkan dia kat hospital tu.

Masa hari raya puasa baru2 ni, dia sanggup drive sorang2 dari KL ke PD dgn tangan yang membengkak dan jari2 yang bengkok2 tu semata2 untuk temankan akak anak beranak beraya di PD. Dia tahu akak sedih kerana baru kehilangan mak. Arwah mak dulu selalu pesan mintak dia tengok2kan akak dgn Alang bila dia dah tak de. Terperanjat jugak akak tengok dia dah sampai depan rumah masa hari raya kedua. Tak sangka dia drive sorang2 dgn keadaan kesihatan macam tu.  

Bapak sedara akak ni sebenarnya sepupu pada mak akak. Masa kecik dia banyak dihabiskan di rumah mak dan abah akak sebab adik beradik dia ramai. Abah akaklah yang selalu belikan seluar sekolah dia. Mak akak selalu suap dia makan. Memang kesayangan mak dan abah dia ni. Akak dan adik beradik lain panggil dia Om. Sepatutnya Pak long tapi kami pelat masa kecik jadi yang keluar 'Om' je.

Semalam akak dapat call....Om dah makin tenat. Sekarang ni on life support system. Dah sepsis. Bengkak dah mata menangis. Bila mak tak ada ni Om jugak turut terkesan. Dah banyak kali dia mengadu, katanya hidup dia tak happy lagi sejak mak pergi. Banyak kali jugak dia pujuk akak balik dan tinggal di PD saja. Supaya dia boleh balik PD selalu sebab Alang bekerja dan bukan ada di rumah. Tapi itu satu keputusan yang sangat sukar sebab banyak perkara perlu diambil kira.

Semalam akak menemankan dia di ICU. Ajar mengucap, bacakan yassin. Semoga dia bersemangat dan diberi kekuatan dan kesembuhan dari Allah. Akak selfish sebab akak masih nak dia ada dalam hidup akak walaupun nampak dia sakit sangat. Tak mampu rasanya nak hilang seorang lagi dalam waktu terdekat ni. Tapi Allah Maha Mengetahui. Janji Allah kita tak tahu kan cuma akak harap Allah beri akak kekuatan jika waktunya sudah tiba.

Mohon kawan2 doakan Om sekali ya. Terimakasih banyak2. Akak tahu ramai jugak yang mendoakan akak. Tak terbalas rasanya. Cuma lepas solat akak turut doakan kalian juga diberikan Allah seperti mana yang kalian doakan untuk akak. Semoga doa kita dimakbulkan olehNYA. Amin.

Monday 14 October 2013

Masih ingatkah lagi pada kami.

 

 

Assalamualaikum. Lamaaaa dah tak ketuk keyboard. Dahlah menaip pakai dua jari je. Haha.

Macam dah akak citer sebelum ni kan, akak super bizi lately. Carik makan, jual nasi lemak tepi kaki lima. So far alhamdulillah. Tak de lah sampai ratus sehari. Tapi akak bersyukur. Apa sahaja rezeki yang Dia beri, alhamdulillah. Sekurang2nya ada jugak yang dapat diusahakan. Dah lama nak mengusahakan sesuatu dgn tulang empat kerat yang Allah bagi. Nak bekerja makan gaji....entahlah....ada ke orang nak employ orang tua yang tak de pengalaman keje langsung ni.

Jadiknya buatlah apa yang akak tahu dan mampu. Masak nasi lemak, goreng samosa, popia....pastu jual.

 

DSC_0290

Camnilah rupanya kedai kecik kali lima akak. Yang dalam bekas polistrin tu mihun dgn mee. Ada hari terlebih rajin akak buat lontong. Kalau ada request dari mat arab pulak, akak buat macaroni goreng.

 

 

DSC_0293

Ni kuih tetap yang mesti ada sebab dah jadi pemula rezeki akak since bulan ramadhan lagi kan.

 

 

DSC_0294

Yang ni namanya crispy cheesy sosej roll. Panjang nama minah ni sebab bahannya pun banyak. Siap ada cheese lagi kat dalam tu meleleh2. Cukup poplar dgn kanak2.

 

 

DSC_0310

Yang ni semua orang kenal kan, donat ball. Akak tak sempat nak buat lubang kat tengah2, maka beginilah seadanya, bulat2 macam dragon ball. Haha.

 

DSC_0314

Yang ni pulak karipap brutal yang dalam hatinya ada taman. Intinya kentang dan ayam.  Baru best makan kan. Tapi tang kelim tu mintak mahaplah....memang brutal.

Akak kalau masak apa2 untuk dijual memang stail macam makan sendiri. Ajinomoto memang tak pernah letak pun sebab tak reti. Arwah mak dgn abah akak dulu pun tak suka jadi memang tak pernah beli.

 

 

DSC_0317

Yang ni nasi lemak sambal kampung. Selalunya yang beli orang cina dan melayu. Diorang suka sebab ada banyak bawang akak letak. Foreigners kebanyakannya tak reti makan nasi lemak ni.

 

 

DSC_0316

Yang ni ayam berempah. Sori gambar tak clear sebab amik gambar guna camera henfon je kan. Selalunya foreign student gemar meratah je ayam ni. Kalau orang cina atau melayu makan dgn nasi lemak.

Semua ni akak start prepare dari pukul 3.30 pagi setiap hari Isnin sampai Jumaat. Tapi ofkos lah popia, samosa dan karipap tu lipat siap2 petang sebelumnya dan simpan dalam fridge. Itupun rasa macam tak sempat je tiap hari. Berlari2 jugak akak dari dapur ke meja makan tu. Dah rasa macam pressure test masterchef pulak.

Tapi walau macamana pun pukul 6.30 pagi dah siap semuanya.

Camnilah tiap hari selagi Allah beri kesihatan dan kudrat. Memang dari dulu akak nak buat macam ni terutamanya bila suami akak retire dari keje kat bank dulu. Tapi arwah mak perlukan perhatian akak tanpa berbelah bagi. Jadi kita fokus pada mak dulu. Ada jugak orang mintak akak usahakan cafe di tepi swimming pool apartment ni tapi akak tahu batas tenaga akak yang bekerja sorang diri tanpa pembantu ni. Takut pulak nanti kesihatan sendiri terjejas. Ada masanya akak tak berapa sihat sebenarnya tapi demi anak2 akak perlu cari rezeki. Doakan akak ya.

 

DSC_0299

Sebelum akak sign off nak jugak share gambar maskot kedai kecik akak. Kucing ni datang dari hari akak mula meniaga.

 

DSC_0301

Tiap hari bekfes dgn sepinggan kibbles. Masa mula2 datang dulu dia ni pregnant sekarang ni dah kempis perut tapi anak dia tak tahu kat mana disoroknya. Akak bagi nama kucing ni Pia Zadorra sempena nama popiah. Ada jugak husband dia datang sekali sekala. Yang tu nampak brutal dgn parut luka sana sini. So akak panggil dia Samdol sempena samosa. Hahaha. Ada jugaklah peneman akak.

So sekian dulu ya, sahabat2 sekelian yang akak sangat sangat rindu. Selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua. Tahun ni first time akak beraya di KL. Sedih.

P/S Terimakasih pada yang selalu sms tanya khabar akak. Bila mak dah tak de ni akak terharu sangat bila ada orang lain yang ambil berat tentang akak. Nangis.