Pages

Showing posts with label makan-makanan. Show all posts
Showing posts with label makan-makanan. Show all posts

Wednesday, 7 March 2012

Mee melayu vs spaghetti omputeh.

 

 

Dua tiga hari ni selera akak sangat mengada2. Kejap nak makan pedas2 (tak insaf jugak, padahal gastrik), kejap nak makan western pulak. Lepas tu bila makan 2, 3 suap, rasa macam tak puas hati jugak. Apalah kan. Nak makan luar memang tak berbaloilah time macam ni. Jadi hari Isnin lepas, paginya akak masak mee goreng melayu style.

 

048 

Letak taugeh banyak2. Sayur lain belum tanam lagi. Hehehe. Alhamdulillah menepati rasa tekak dan kenyang perut.

 

090

Tengaharinya pulak, anak akak Farah masak spaghetti with meatballs. Kat rumah akak stok spaghetti dah habis, yang ada cuma tofe yang macam kulit kerang tu. Hantam sajalah Labu. Janji kuah tu kena sedap. Alhamdulillah cukup rasa dan sedap di tekak.

Jadi hari Isnin tu akak turutkan saja tekak yang nak makanan melayu dan omputeh.

Hari Selasa, semalam, akak turutkan saja kepala yang migrain sampai ke malam. Agaknya ada pahlawan melayu dan italian swordsman tengah bertarung lam kapla akak. Dalam kepala berdengung sakit tu, akak gigihkan jugak bawak kereta jemput anak sekolah. Sampai rumah terus baring.

Penyudahnya seharian suntuk, laptop tak on. Akak pun asik terbaring je, tak dapat angkat kepala pun. Bila akak sedar, alangkah terkejutnya tengok satu kejadian yang sangat kurang asam.......

 

 

 

028

APAAAA??!! Laptop akak dijadikan alas tidur budak kucing dua ekor ni. Kurang asam tau.  Si Moli tu suka sangat mengunyah wayar mouse tu. Dah 3 kali akak ganti mouse baru. Aduuiiyaii apa ke jadah nyer pun adoi!!

Tuesday, 10 January 2012

Goreng kicap ikan merah doploh lima henggit.

 

Fuhhh! Mahal betul harga barang sekarang niiiii. Hari tu akak ke pasar beli ikan merah tak de lah besar mana, kecik lagi dari kotak tissue tu. Lepas tu akak amik sekali serai seikat, daun kunyit 4 lai, lengkuas sebesar ibu jari dan limau nipis 3 biji. Abang ikan tu selamba je cakap, doploh lima henggit, kak.

Haa?!? Brapo sokilo ikan merah tu, bang., Akak tanyalah sambil telan air liur.

"Doploh tujuh henggit. Datang pun dah mahal. Camne saya nak jual murah.," katanya dengan muka sardin.

Aduuuiiyaiiii nye pun. Sangat mahal ya, wahai abang, adik dan kakak sekelian.

 

055

Nasib baik segar dan cantik. Kalau mahal tapi lembik dan pucat je, gerenti tak laku tau.

 

 

058

Kat rumah akak ni ikan hanya laku di masak kicap, goreng berlada atau sweet sour. Kalau kari atau lemak cili api, sila kirim salam. Akak dan En.AHBY berdua je yang akan menghadapnya selama 2 hari berturut2 nanti. Goreng dgn kunyit pun masih laku kalau dibandingkan dengan yang masak berkuah ni.

Tapi kan akak rasa harga ikan ni bila dah bawak balik rumah, basuh dan masak, harganya lebih tinggi lagi dari doploh lima henggit, sebab........

 

 

 

 

059

Apalah punya cuai, masa nak basuh ikan ni sempat jugak dia menggores jari akak. Yang sebenarnya tangan akak ni selalu menggigil sejak akhir2 ni. Tah hape2. Daaan harga ikan ni pun bertambah mahal sebab campur dgn minyak gamat, plaster dan kesakitan yang ditanggung. Adoiiiiiiyaiiiiii!!

Friday, 6 January 2012

Merebunglah kite.

 

035

Hari tu Puan Alang pegi Cameron Highland bercuti. Balik bawak buah tangan untuk akak. Salah satu adalah rebung ni haa. Sedap tau rebung madu ni. Bau pun tak terlalu kuat.

 

036

Akak hiris2 dan rendam dalam air. Untuk bagi jangan lebam, rendam dalam air basuhan beras. Lepas tu simpan dalam fridge dan masak bila mood rajin sampai.

 

 

006

Tapi mood rajin akak taklah lambat sangat sampainya sebab tiap hari mak telepon, " Kau dah masak lum robung tu? Masaklah copek. Sodap, manieh! Toksah lah dipoghap kek dalam fridge tu, Cubolah ghajin sikit masak!"  Haa, amek sekali sedas dari mak. Sape suruh pemalas lipas sangat kan. Hehehe.

Sebenarnya bukan apa, akak ni bukan boleh makan benda yang mendatangkan masalah angin ni. Dan malam tu serba tak kena dibuatnya sebab sakit perut. Cukuplah tu, tak bolehlah maknanya nak merebung lagi. Okey, boleh tolak satu resipi dari menu makan. Yey, yey tak payah masak rebung lagi. Yey, yey! Oooopsss....... (kalau dah lipas itu pemalas, memanglah tak tahu nak cakap apa. Kihkihkih)

Friday, 30 December 2011

Tiap tiap hari nak mandy

 

001

Kat area rumah akak ni ramaiiiiii orang Arab. Ada spesies student, ada spesies dok melahu je, ada spesies peniaga dan ada jugak spesies yang duit terlampau banyak berguni2 tak tahu nak buat apa lalu beli apartment kat sini selama 6 bulan duduk bercuti je. Dah bosan duduk sini dia balik kampung dia balik. Beli pulak tu bukan setakat satu dua , habis dikautnya sampai 4. Dah banyak umurnya tu, sembahyang kat surau tu pun duduk atas kerusi je. Kalau orang tua kita mana  dia nak duduk obersi bila dah tua kan. Sebab nanti karang rindu pulak kat kambing ayam itik lembu dan serba serbi ternakan yang nak dibela kan. Kalau akak dah tua pun akak duduk dendiam je kat rumah kot.

Kalau dah ramai mamat Arab tu, banyak lah jugak restoran Arab ni kat area rumah akak. Macam artis realiti munculnya, kemain banyak lagi. Jadiknya hari tu akak cubalah makan Mandy Chicken tu. Akak sebut Mandy tu macam mandi  bukan 'mandy' style barry mannilow tu tau. Macam tak sampai hati je nak sebut macam nama mat saleh kan. Bila dah cuba sekali, nak lagi dan lagi dan lagi........

 008

Nasi dia ringan je, ayam tu dibakar, masuk segala rempah dalamnya. Akak paling suka sambal cili dan tomato dia tu. Sedap sangat. Akak tak tahulah camane rasa yang Haddramawt punya. Tapi restoran ni namanya Al-Saeeda. Satu pinggan tu memang banyak dan boleh share berdua kalau ruang perut adalah normal. Untuk ruang perut yang agak besar tapi tetap berwajah comel menawan, bolehlah makan sepinggan, tiada salahnya. Harga sepinggan ialah RM11.

 

009

Untuk tidak memanjakan lemak dan nafsu di badan, akak buat fettucini black pepper chicken untuk diri sendiri. Rasakan kau, wahai nafsu! Nyam, nyam, sedap jugak, kata nafsu. Hehehe.

Thursday, 29 September 2011

Chef Suster Ngesot.

 

Minggu lepas akak balik kampung. Kiranya kali ni agak lamalah tak balik iaitu dah 3 minggu katakan. Semuanya sebab anak2 berperang dengan major exams di sana sini.

Dua tiga hari sebelum balik, call mak, dia cakap Puan Alang nak buat open haus untuk bebudak kliniknya. Menu pulak adalah laksa Johor dan sate. Nyum...nyum..dah terasa2 kesedapannya. Agak terharulah jugak sebab kepulangan akak  kali ni disambut dengan majlis open haus. Rasa macam perantau obersi pun ada gak masa ni.

Hari Jumaat akak dah sampai kampung. Jengah ke dapur, tengok bahan2 masak berlambak atas meja. Biasalah dengan cili kering, bawang dan rakan2nya.

Lepas tu akak naik atas, jumpa mak dan salam mak dan mmmuah2  bagai. Eiii, apasal tangan mak hanyir semacam ni?  Lepas tu mak akak jawab, " Mak barghu solosai ngan ikan kombung tu haa. Lopeh ni bawak tughun bawah, mesen. Lopeh tu buek samba belacan lak. Gogheng lu bolacan ngan cili tu, bia wangi."

"Haa, jangan lupa mesen cili kering sekali da. Nasi impit pun kena rebus malam ni jugak tau!", sampuk Puan Alang. Masa ni akak masih terpinga2. Senyum pun dah mula nak kelat. Alahhaiii akak ke tukang masak terbilang yang bertugas untuk open haus ni? Aduhhh mak aiiii, akak ingat akak ni tetamu kehormat. (perasan tak habis2)

Hehehehe. Macam tu lah ceritanya. Mula2 adalah terharu  lepas tu cembeng pulak. Tapi tak pe lah, siapa lagi nak uruskan kalau bukan akak. Puan Alang kerja, mak akak pulak dah uzur, setakat tolong dengan ikan kembung pun, akak dah bersyukur sangat.

 

 004 Inilah dia hasil kelentung kelentang akak di dapur. Laksa Johor.

 

 

002  Samosa, nasi impit dan kuah kacang.

 

 003

Dan yang paling dinanti2, sate yang ditempah dari Hj Samuri.

Nasib baik sate boleh tempah, kalau tak merangkaklah akak keluar dari dapur. Dah macam sister ngesot pulak gamaknya. Muka dahlah cembeng, buruk na rupa akak masa tu. Tapi adalah juga dibantu oleh Farah dalam bab menggoreng samosa dan Puan Alang dalam bab air dan penyediaan dan pengemasan pinggan mangkuk.

Tapi yang tak boleh blah ialah statement mak akak lepas tu. "Haa, lopeh ni bulehlah kito bukak ketering lak yo! Mak ghaso kau buleh buek, da. Haa, canno?"

Akak terus mengensot masuk bilik sendiri sambil cembeng. Lepas tu kunci pintu. Yang kedengaran hanyalah suara seram seorang perempuan 40an melolong dan menangis.

Wednesday, 24 August 2011

Tragedi Kampung Lambuk

 

Biasanya bulan Ramadhan ni memang amat sesuai memasak bubur lambuk. Tahun lepas, malas nak buat. Selalunya orang kampung buat kat surau atau masjid, lepas tu agih2kanlah.

Tahun ni adalah pulak yang mengidam nak makan bubur lambuk. Yang dijual tersangatlah tak semenggah rasanya. Agaknya diorang belum jumpa resipi yang kaw2 untuk bubur lambuk kot. Jadi di bulan mulia ni ahkak maafkan je lah.

Weekend lepas, balik kampung, jadi saya pun melambuk di dapur. Ingatkan untuk buat makan sendiri2 je, tapi tak sampai hatilah pulak kalau tak menghulur ke jiran2.

 

012 Penyudahnya satu periuk saya melambuk.

Resipi sangat senang dan gerenti sedap, insyaAllah.

 

Kalau ada teringin, silalah cuba ya!

Pada suatu hari di bulan Ramadhan di Kampung Lambuk, 3 cawan beras berasa sangat panas lalu berendam dan bermandian lah mereka di swimming ful belakang rumah.

Di dalam  kamar, 2 genggam bawang merah sangat teringin untuk join beras dan dengan pantas menanggalkan pakaiannya. Tapi ibu tirinya, si halia yang agak gebu segebu ibu jari tangan telah dengan kejam menghalang hasrat bawang merah. Dia lalu mengarahkan Cik Pisau menghiris halus2 bawang merah ini.

Tiba2 bapa kandung bawang merah, sekilo Daging Tetel pulang ke rumah dan cuba menyelamatkan anak2nya. Apakan daya Daging Tetel yang banyak lemak dan cukup kurang bersenam, menyebabkan beliau tewas jua dengan aksi Cik Pisau yang ganas SG itu dan turut dihiris2.

Takdir Tuhan penentu segala. Dalam pertarungan itu Puan Halia turut menjadi korban peluru sesat dari unit simpanan khas, semangkuk udang kering. Walaupun tidak sebesar udang galah, udang kering ini adalah unit yang sangat kuat kerana telah ditumbuk lumat sehingga menjadi padu.

Sementara itu, si beras tidak sedar bahawa swimming ful itu adalah kolam air panas rupanya. Maka cairlah 2 buku sabun perisa ayam Knor dan bath salt secukupnya yang dibawa bersama ketika mandi tadi. Daging tetel, bawang merah dan Puan Halia juga telah dicampakkan bersama2 Beras ke dalam kolam air panas ini.

Menangislah mereka bersama2 sehingga bengkak2 mata dan kembang2 badan. Udang kering yang berdiri di tepi kolam air panas itu untuk memantau kejadian telah terjatuh pula kedalam kolam.  Oooh sungguh tragis. Dek kerana terlalu tragis, turun pula hujan lebat berwarna hitam macam Lada Hitam pulak rupanya. Dan biasalah bila hujan lebat ada pulak landslide tapi anehnya berwarna putih macam santan pekat pulak.

Ooops lupa nak cerita, ada juga sekumpulan bawang merah yang terlepas. Tapi ibarat lepas dari mulut buaya, masuk pula ke dalam mulut harimau, bawang2 merah ini telah tersungkur kedalam minyak panas. Lalu menggeletislah ia sehingga keperang2an.

"Tolong! Tolong! Biarlah aku bersama2 ayahanda ku di saat genting ini. Kasihanilah aku.....", jeritnya.

Di akhir riwayat ini, bawang merah yang menggeletis itu telah bersatu jua dengan ayahandanya. Tetapi kerana paras rupanya keperangan maka ayahandanya tidak kenal lagi pada anak kandungnya sendiri.

 

015 

Begitulah akhirnya, sibawang merah yang telah berubah rupa dan tidak diterima ayahandanya si daging tetel.

Sekianlah berakhirnya kisah tragis yang berlaku di Kampung Lambuk hari Sabtu lalu.

Pengajaran dari kisah ini adalah , janganlah anak2 sekelian  menukar warna rambut menjadi blonde  sebelum pulang ke kampung berhari raya nanti jikalau tak mahu bernasib sama dengan bawang merah. (nak jugak selit khidmat pesanan masyarakat tuh!)

Monday, 22 August 2011

Tekak Mat Saleh

 

Masa saya mengandungkan anak sulung, selalu je tekak ni nak makan masakan kampung. Yang paling diidamkan ialah gulai nenas bersama ikan sepat masin. Bila mak saya masakkan, memang saya tak sentuh makanan lain.

Alih2 anak saya ni bila dah lahir bertekak mat saleh lah pulak. Masa kecik, perut dia memang tak boleh masuk nasi. Bercherry berry sahaje. Maka dari kecik sampai besar, dia makan kentang. Selalunya satu hari, saya akan rebus 5 biji kentang dan di lenyekkan, lepas tu campur dengan hati ayam goreng atau ayam bakar. Sekarang ni, dia memang tak boleh tak makan kentang seminggu, mesti nak cari kentang. Kalau dah mak tak masak kentang, sanggup dia gi beli Lays atau Mister Potato.

 

010   Selalunya saya akan bakar ayam dan letakkan potato sekali. Dan dia boleh layan makan macam tu saje. Nasi tu, amik sikit saje. Kalau ikutkan tak nak pun makan nasi tu.

Dengan anak kedua pulak, masa mengandung, saya selalu menjamah makanan mat saleh ni, macam shepherd's pie, lasagna dan yang seangkatan dengannyalah. Ingatkan si Arif tu bertekak tempoyak ke, belacan ke kan. Tetibe bila keluar, bertekak mamak pulak! Canno tu? Aduuhhhhaii, setiap hari mesti nak pekena roti canai, nan, tandoori. Ini lagi kes teruk. Kang terpaksa lah pulak mencari tempayan lama belakang rumah tu untuk buat roti nan. Kalau bab masak ayam tandoori tu, orang dodulu kata, dah boleh kahwin orang Pakistan ni.

 

Budak Arif ni baru 3 tahun kebelakangan ni je belajar makan nasi. Kalau tidak, pandang sebelah mata pun tak nak. Bila hari raya, orang makan ketupat, rendang, lemang, dia cari roti gardenia atau maggi. Memang sangat kesian. Dan mak ni pulak, tak kuasa nak menguli roti canai di pagi raya setelah berhempas pulas merendang dan mengketupat hari sebelumnya. Penat. Kedai mamak pulak memang tutuplah hari raya pertama. Jadi hari raya kedualah betul2 dia dapat makan makanan kegemarannya sebab kedai mamak dah bukak.

Tapi semenjak dua menjak ni, selera Arif sangat universal. Semua dia sapu. Sekarang ni saya pulak terpaksa kekang seleranya, takut obese melampau.

006   Hari tu, sebab bulan puasa, bagi can lah dia makan favourite foodnya, grilled cheese sandwich. Macam biasa saya hanya jadi tukang masak sebab saya adalah allergic juga pada cheese. Sedih. No more lasagna, pizza, marble cheese cake etc, etc etc .........for me. Uhuks...uhuks. Haiii cukup2lah menggebukan badan, takkan nak lagi makan cheese tu? (statement untuk diri sendiri, seperti biasa. Yang lain, sila jangan cembeng)

Thursday, 18 August 2011

From Seri Kembangan to Putrajaya with love.

 

Semalam masa pegi jenjalan di alam maya, saya ternampaklah ayam golek Mek Som di Kg Kerinchi. Uuumak aiii terasa2 sedapnya dalam mulut ni ha. Tapi tak laratlah pulak nak mengharung jam. Jadi saya pun cadangkan pada En.AHBY untuk menjengah bazar Ramadhan Putrajaya pr. 2.

 

P8171069 Ada lebih kurang 200 gerai kat sini. Haa puaslah menjamu mata tapi hati2 jangan ikut nafsu pulak. Kami sampai lebih kurang pukul 3.45pm. Kebanyakan gerai dah mula berniaga.

 

P8171070 Gerai murtabak Keramat ni punyalah panjang line. Sedap sangat ke? Hmmm rasanya lebih sedap dari murtabak yang saya selalu beli di bazar Ramadhan Sri Serdang. Tapi tak boleh lawanlah murtabak di bazar Ramadhan Bt 4 Port Dickson. Bolehlah bagi 4 dari 5 bintang.

 

P8171071 Gerai Ayam Golek Murni ni pun beratur jugak. Dan ayam goleknya memang sedap. So far inilah yang terbaik yang saya beli. Masak ayamnya dan cukup perapannya. Harganya ialah RM18 seekor. Ingat lagi 5 tahun lepas, harga seekor antara RM12 hingga RM14 saje.

 

P8171072

Masa lalu kat jambatan femes ni, jam masih pukul 5.00pm. Lambaaaaaaaat lagi nak buka jadi babahnya ikulah ragam anak2 nak jalan2 sekitar Putrajaya.

Semua juadah yang dibeli semalam adalah sangat sedap dan memuaskan hati, jadi hari ini nak ke sana lagilah insyaAllah.

Tuesday, 9 August 2011

Resipi Ayam Golek Kak wok

 

1 ekor ayam

Bahan-bahan perap :

10 tangkai cili besar merah

3 labu bawang besar (pilihlah yang besar-besar macam tombol pintu)

6 ketul bawang putih (atau segenggam kanak-kanak 5 tahun)

6 tangkai serai (secekak tangan sendiri)

3.5 cm halia yang berdiameter 2.5cm (sila pinjam pembaris anak-anak)

6 cm kunyit yang berdiameter 1 cm

( ukuran halia dan kunyit tu versi saya, yang lain semuanya ikut mak saya, kak wok.)

Lengkuas sebesar ibu jari tangan.

1 sudu plastik putih bubur McD jintan putih

1 sudu plastik putih bubur McD jintan manis atau jintan hitam, kata si bibik.

1 sudu plastik putih bubur McD biji ketumbar.

Kesemua bahan di atas hendaklah diblend tapi boleh juga ditumbuk kalau nak dengki dengan bibik sendiri. Rasanya tetap sama cuma pahala adalah kureng kalau sesaje nak mendera bibik. Lagi satu, mintak mahaplah dengan ukuran bahan-bahan tu. Mak saya dah tak boleh jalan jauh lebih dari 10 tapak. Kakinya lemah dan terpaksa pakai wheelchair. Jadi sekarang ni kalau dia nak kitorang masak apa-apa, kena pakai remote crontrol. Dan rujukan bahan2 memang ikut apa yang ada di sekitar biliknya saja. Itulah timbul tombol pintulah, ibu jari lah dan macam-macam yang dia boleh nampaklah. Tapi kalau saya tanya banyak2, naik marah gak dia. "Ekau ni, sumo tak tau! Den cakap socokak, socokaklah! Apo lak susah na?" Terjemahan: Itulah akibatnya bila anakanda hanya tahu menternak lemak di badan sahaja. Apabila disuruh memasak, tidak keruan jadinya. Sekarang ni bila dayang tiada dan pulang ke Indon, rasakan!! Miahahahahaha!!! (Akan kuhempas juga mesin translator ni nanti!)

Okey, balik semula pada cerita bahan yang dah diblend tadi. Asingkan separuh bahan yang dah blend tadi untuk buat kuahnya. Yang lebih bolehlah dilumur sesuka hati pada ayam tadi bersama-sama gula dan garam secukup rasa. Jangan segan-segan untuk melumur ke setiap ceruk yang tersorok ya! Biarlah sah acara mandi wajib ayam itu. Lepas tu biarlah ayam tu termenung dalam fridge agak-agak 4 jam. Sila jangan ganggu ayam itu semasa proses termenungnya kerana hasil golekan ayam itu nanti akan menjadi tak semenggah!

Membuat Kuah.

Sila pastikan anda seorang yang tidak takut pada percikan lava gunung berapi sebelum memulakan acara ini. Dan jangan lupa mintak tolong En. Suami membeli santan sebanyak RM5.00 di pasar sebab akak lupo nak kobar tadi. Mahap yo!

Mula-mula amik kuali. Lepas tu masukkan minyak. Lepas tu masukkan bahan yang dah diblend tadi. Tumis sampai naik bau dan agak-agak kering. Barulah masukkan santan dan 3 batang serai yang telah dititik. Sila titik menggunakan lesung, bukan marker pen ya, adik-adik. Untuk proses selanjutnya anda diminta banyak bersabar. Kuah ini akan memercik lembut ke tangan si tukang masak, kalau nak makan sedap, tahan je lah ya. Kalau tak tahan, pakailah oven mitts tu macam anak dara saya setiap kali dia memasak di dapur. Kacau sampai pecah minyak dan sampai kuah pekat. Jangan lupa tambah gula dan garam secukup rasa.

Bila bakar ayam bolehlah  sapu-sapu manja kuah ni pada ayam setelah 20 minit acara pembakaran berlansung.  Jangan habis pulak sapu kat ayam tu, tinggalkan sikit untuk makan nanti.

 

014

Dah siap pun ayam golek kak wok. Bolehlah tunggu waktu azan untuk buat lauk berbuka nanti.

Sekian terima kasih. Selamat mencuba!!!

Saturday, 6 August 2011

Delivery Boys

 

Satu perkara yang meriah di bulan Ramadhan ni kalau duduk di kampung ialah bertukar-tukar juadah. Daripada dua hidangan boleh bertambah menjadi 4 atau 5 jenis hidangan.

Hari ini menu berbuka kami ialah ayam golek dan macaroni goreng. Punyalah penat nak menyudahkan kedua-dua hidangan ini sebab maklumlah bibik bercuti. Atas arahan kak wok, saya telah masak lebih kurang 750g macaroni dan kalau ikut ukuran kak wok pula ialah dua biji kuali macaroni. "Banyaaaaak tuh omak!" keluh saya. "Buek yo lah. Jangan banyak cerito, den nak sodokah."

Oleh kerana salon pas lupa nak beli, saya hanya lumurkan seluruh belakang badan dengan yoko-yoko untuk perjuangan di dapur. Ini baru masak untuk berbuka. Masak untuk sahur lagilah pulak lemah longlai. Tapi tak pe lah, hanya sebulan sahaja peluang untuk buat pahala berganda masak untuk keluarga kan.

009

     Hasil kelentang kelentung di dapur selama setengah jam, siaplah dua kuali macaroni goreng.

 

019 Siap-siap masukkan dalam bekas untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran.

 

020 Masuk dalam bakul basikal delivery boy yang begitu bersemangat nak menjalankan tugasnya.

 

022Kemain laju dikayuhnya basikal, nasib baik tak tergolek macaroni tu atas jalan. Kak wok dah bising dari atas balcony bilik. " Alahaiii cucu den. Abieh tumpah macaroni tu kang! toksah lah kona baring. Cubo kayuh polahan, lambek laie nak buko!"  (Sorry ya, mesin terjemahan saya berasap hari tu, kena hantar servis agak nya. Jadi hari ini terjemahlah ikut suka hati masing-masing) .

 

026 Ada lebih kurang 5 buah rumah yang merasa air tangan saya hari itu. Delivery boy yang kecik tu masih berpangkat trainee, belum pass lagi kalau nak pergi menghantar juadah sorang2.

Satu lagi juadah saya untuk berbuka hari itu ialah ayam golek tapi tak tergolek sangat hanya terlentang dan tertiarap.

016 Resipi ni memang resipi ciptaan mak saya sendiri. Masa dulu, ramai orang tempah ayam golek ni dari dia untuk lauk pengantin. Sepatutnya masuk sekor ayam kat dalam microwave tu tapi saya tak kuasa nak memotong-motong bila nak berbuka nanti jadi saya hanya gunakan peha ayam dan dada ayam yang dah dipotong2.

 

 

005Dan upah pada delivery boys ini pulak ialah dapat main playsation selama sejam sebelum berbuka.

Saturday, 30 July 2011

Rendang merendang. Part 1.

 

Dengan berbekalkan 4 keping Salon Pas di pinggang dan beberapa bahagian lain di badan, saya pun turun ke dapur untuk acara kebesaran keluarga kami iaitu masak memasak. 4 orang askar pengiring pun sudah diberi taklimat untuk membantu  chief tukang masak nanti. Semua bahan penumis pun sudah siap ditumbuk dan dimesin oleh bibik.

 

047 Kaki dapur outdoor ni baru saja saya beli semalam. Oleh kerana pinggang dah sakit nak membongkok, masak dibawah, saya dan En.Ahby gigih mencari stand untuk dapur gas outdoor tu. Jumpa jugak satu di kedai hardware di Port Dickson yang dijual dengan harga RM54.00. Lepas ni tak de lah jalan macam nenek bongkok tiga lagi setiap kali jadi tukang masak rendang ni. Siap boleh duduk atas kerusi lagi sambil mengacau rendang. Sukeeeee.

 

059 Mula-mula saya masak rendang ayam. Bahan-bahannya ialah 3 ekor ayam, cili kering, cili api, kunyit, halia, lengkuas, serai, bawang putih, bawang merah, daun kunyit, kerisik dan 1 kg santan. Jumlah setiap satu bahan penumis tu tak yah cakaplah, sebab kalau ikut resipi kak wok ni biasalah kan, 1 genggamlah, 1 cekaklah, sebesar ibu jari dan macam-macam lagi ukuran anggota badan yang akan jadi rujukan. Lagi pening kepala orang yang nak salin resipi nanti. Jadi ikut pandai-pandailah ya.

 

061 Bila dah menggelegak santan tu, masukkan pula daun puding untuk rasa yang lebih oomph. Kacau perlahan-lahan supaya rendang tak hangus dan tak hancur daging ayam tu. Bila sudah semakin kering kuahnya, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dah dihiris.

 

058 Ini pulak pembantu saya yang paling mahal gajinya. 1 jam pakai kena bayar RM500.00. Saya dah komplen kat agen tadi, siap bertengkar lagi. Katanya rate dia memang macam tu. Malas nak kecoh-kecoh, jadi saya guna jugaklah khidmat dia ni tapi hanya selama 3.5 saat.

 

065

   Pung pang, pung pang dah siap pun rendang ayam. Yang hitam-hitam tu ialah daun puding ye, bukan cili kering.

 

 

 

Okey, oleh kerana entry kali ini agak panjang, saya telah membahaginya dengan sesuka hati kepada 2 parts. Kalau rasa membosan tu bolehlah sambung baca lenkali ya.

 

RENDANG MERENDANG. PART 2.

Acara seterusnya pulak ialah memasak rendang daging hitam (minang style).

Oleh kerana ini kali pertama buat rendang minang jadi haruslah di salin resipi betul-betul.

2kg daging batang pinang, 1/2 kg paru dan 1/2 kg hati.

2 sudu plastik bubur McD jintan manis

2 sudu plastik bubur McD jintan putih

2 sudu plastik bubur McD biji ketumbar

Kesemua bahan diatas(kecuali daging) digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk.

5 senduk melamine cili kering yang telah dikisar.

Satu bekas tapau putih tu, bawang merah yang dihiris.

Satu genggam tangan kanak-kanak 5 tahun, bawang putih.

5 ketul halia sebesar ibu jari kaki.

1 ketul ibu jari kaki lengkuas.

Secekak serai dihiris-hiris. (macam lirik lagu irama malaysia pulak)

Daun puding yang telah dipetik semahu-mahunya.

1 kg santan......eh kalau tak cukup tambah lagi RM2.00 santan.

1 biji kelapa parut yang dijadikan kerisik.

Jangan lupa 2 sudu besar gula enau.

 

050 Mula-mula tumbuk bahan yang perlu ditumbuk sambil mulut terjerit-jerit kat askar-askar kecik yang dah buat acara bebas di keliling rumah.

 

062 Habis semua harta karun dikutipnya. Penat je chief tukang masak bagi taklimat kat diorang ni pagi-pagi tadi.

 

070 Tumis dulu segala rencah-rencah sampai naik bau, barulah di masukkan daging. Bila dah kecut daging tu barulah masukkan santan. Kemudian bila dah mendidih santan, masukkan pula daun puding dan gula enau/merah. Bila dah nak kering santan, barulah masukkan kerisik.

 

054

Untuk tujuan mengacau rendang hingga kering, saya telah menggunakan khidmat buruh buruh paksa. Kebetulan agen tu memang ramai buruh ni dalam simpanan, murah pulak tu. Gajinya, 2 ketul rendang ayam dan nasi panas untuk makan tengahari nanti. Murah kannnn. Tapi sebab murah maka halalkanlah kalau ada setitik dua peluh masuk kat dalam rendang tu nanti ya. He he he.

073 Dah siap pun rendang daging minang saya. Inilah yang akan jadi hidangan untuk bersahur esok-esok, insyaAllah.

Wednesday, 27 July 2011

Wok wok Wednesday

 

Wok kat atas tu bukan kak wok mak saya tapi wok, kuali kat dapur tuuu.

Hari tu pi Langkawi, leher panjang jugak menjengok kat seksyen Tefal tu. Memang sangatlah murah Tefal di Langkawi. Kalau di KL ni tak mampu nak beli banyak-banyak sebab yang kecik untuk goreng telur je dah dekat RM30.00. Haruslah yang besar tu pulak beratus kan.

Makanya saya pun membelilah serba sedikit.

 

312

Grill pan tu harganya ialah RM99.90.

Pancake pan tu pulak RM 81.90.

Stirfry pan (wok) tu ialah RM 109.00.

Dan periuk tu pulak RM 169.00.

Bagi mak cik-mak cik yang dah bermesyuarat hari tu dan sebulat suara untuk membuat rombongan ke Langkawi lepas raya ni bolehlah mula compare price Tefal di sini. Kalau murah agak agak berpuluh-puluh ringgit tu, eloklah bincang dengan pak cik-pak cik POP (persatuan orang pencen) tentang bajet membeli periuk belanga di Langkawi.

 

 

Hari ini saya masak simple sahaja iaitu........

 

 

022

Sardin goreng kicap berlada yang sangat sedap rasanya sebab dimasak penuh kasih sayang dengan kuali Tefal yang bersinar-sinar. He he he .

Kaunter order makanan yang bersantan dan perlu direneh, ditumbuk dan diuli ditutup buat sementara waktu kerana hari ini dan hari seterusnya, tukang masak sibuk mengemas dan menggosok baju. Sila rujuk menu stir fry untuk makanan hari ini. Harap maklum.

Saturday, 23 July 2011

Sesunyi Sabtu

 

Weekend ini saya sekeluarga tak balik kampung. Kalau tak, hari Jumaat dah terpacul depan pintu rumah mak. Pelik pulak rasanya tak balik kampung. Sunyiiiii sahaja rasanya. (dah tua-tua pun masih rindukan omak). Pagi-pagi lagi dah bergayut telefon, berborak dengan mak. Oleh kerana tak balik kampung, maka perbualannya pun agak lamalah jugak. Nasib baik free, kalau tak bopoluh ayam itik nak membayar bil tepon.

Cuaca pulak mendung kat luar tu. Silap-silap kang boleh hujan yang kat dalam rumah ni. Sejak kerap balik kampung ni, kami sekeluarga macam dah tak reti nak mengisi hujung minggu di KL. Pelik betul. Mungkin bila dah tua-tua ni, jiwa tu lebih damai di kampung agaknya.

Nasib baik malam ni ada lawan bola Malaysia dan Singapura. Bolehlah layan kejap (tapi tengok celah jari je macam cerita hantu sebab suspenslah).

 

012 Semoga Malaysia dapat membelasah Singapura dengan 4-0. Dan harap-harap malam ni Malaysia pakai jersi biru yang seakan bertuah ni.

 

 

008

Tapi malam ni ada sorang player tak masuk padang sebab sangat keletihan selepas menghadiri bengkel UPSR sehari suntuk. Yang mascot tu pun tak dapat jugak ke padang sebab terlampau boroi, dah tak larat nak lari.

Tuesday, 19 July 2011

Introducing Pempedas

 

Hari Sabtu yang lepas, saya bawak bebudak kecik pergi makan ice cream di Ice Room. Kononya untuk Puan blog punya birthday treat TETAPI yang enjoy sangat ialah yang tukang suggestlah. Yang ikut ialah 4 orang budak kecik yang biasa mengekor saya bila saya bergerak ke mana-mana. Yang lain haruslah tak ikut sebab belum bangun tidur.

 

019 Ini adalah blueberry ice cream. Rasanya okey lah.

 

021 Ini pulak nut icecream. Rasanya sangat sedaaapp.

 

 022

Budak kecik dua orang ni order mango ice cream. Pun sedaaaappp. Siap berebut-rebut lagi tu. Suruh duduk sebelah menyebelah tak nak, jadinya bersilatlah sudu di tengah-tengah.

 

 

023

Saya dan En.AHBY order mixed fruit ice cream. Sedih sebab tak sedap. Sebenarnya tekak saya nak makan ABC masa tu. (tekak melayulah sangat, apa nak buat). Ice cream kat sini macam ice flakes sebenarnya. Texture ice cream tu tidaklah halus. Rasa-rasanya diorang amik ice cream blocks dan letak atas mesin macam ABC tu.

 

024

  Arif cakap macam chicken floss. (Asik ingat ayam je budak ni) Sekarang ni ayam dah mahaaaaal sangat. RM8.50 sekilo!!!!! Hari tu, Puan Alang pergi pasar beli ayam 2 ekor for RM44.00!!! Maka kami bercadang nak boikot ayam. Tapi si Arif ni, tak boleh lansung kalau tak makan ayam satu hari. Ais krim pun dia cakap macam ayam.

 

Bila dah habis ais krim dan otak pun dah beku kami pun bergerak nak balik.

Oh ya, sebelum keluar kedai, ada sorang budak dalam rombongan kami itu telah musykil dan datang bawak satu benda pada saya.

 

032 Ateh, ini pempedas kan. Terbahak-bahaklah orang gelakkan dia. Nasib baik bila nak balik baru dia discover pempedas ni, kalau tidak mahunya dia letak dalam ais krim tu. (sangat adventurous)

 

029 Pempedas dan rakan-rakannya, pengkicap dan pencucuk gigi.

Apa hal pulak kat Ice Room ada benda-benda ni semua? Sebab di Ice Room ini juga ada dijual makanan lain seperti nasi goreng, chicken chop dan yang seangkatan dengannya.