Pages

Friday, 30 December 2011

Tiap tiap hari nak mandy

 

001

Kat area rumah akak ni ramaiiiiii orang Arab. Ada spesies student, ada spesies dok melahu je, ada spesies peniaga dan ada jugak spesies yang duit terlampau banyak berguni2 tak tahu nak buat apa lalu beli apartment kat sini selama 6 bulan duduk bercuti je. Dah bosan duduk sini dia balik kampung dia balik. Beli pulak tu bukan setakat satu dua , habis dikautnya sampai 4. Dah banyak umurnya tu, sembahyang kat surau tu pun duduk atas kerusi je. Kalau orang tua kita mana  dia nak duduk obersi bila dah tua kan. Sebab nanti karang rindu pulak kat kambing ayam itik lembu dan serba serbi ternakan yang nak dibela kan. Kalau akak dah tua pun akak duduk dendiam je kat rumah kot.

Kalau dah ramai mamat Arab tu, banyak lah jugak restoran Arab ni kat area rumah akak. Macam artis realiti munculnya, kemain banyak lagi. Jadiknya hari tu akak cubalah makan Mandy Chicken tu. Akak sebut Mandy tu macam mandi  bukan 'mandy' style barry mannilow tu tau. Macam tak sampai hati je nak sebut macam nama mat saleh kan. Bila dah cuba sekali, nak lagi dan lagi dan lagi........

 008

Nasi dia ringan je, ayam tu dibakar, masuk segala rempah dalamnya. Akak paling suka sambal cili dan tomato dia tu. Sedap sangat. Akak tak tahulah camane rasa yang Haddramawt punya. Tapi restoran ni namanya Al-Saeeda. Satu pinggan tu memang banyak dan boleh share berdua kalau ruang perut adalah normal. Untuk ruang perut yang agak besar tapi tetap berwajah comel menawan, bolehlah makan sepinggan, tiada salahnya. Harga sepinggan ialah RM11.

 

009

Untuk tidak memanjakan lemak dan nafsu di badan, akak buat fettucini black pepper chicken untuk diri sendiri. Rasakan kau, wahai nafsu! Nyam, nyam, sedap jugak, kata nafsu. Hehehe.

10 comments:

Akma_cikyong said...

hahaha terliurrrr sudahhhh~~
seb bek bkn bulan pose :P

Irfa said...

alahai sedapnya.dulu penah gak cakap kat org 'apa sedapny nasi arab ni..dah lah kering tak berkuah'sekali makan...... tu dia kalau mampu hari2 nak makan nasi arab.sib baik tak mampu.huhu..tapi sebulan 2 kali wajib pekena nasi arab.

Tijah said...

akak dok mano? bangi ko?

Aidah said...

Akma,
Pegi carik nasi arab cepaaaatt, akma. Hahaha.

Irfa,
Akak dodulu penah makan yg kakak ipar akak masak. Dia lahir dan tinggal kat Mekah, memang pandai buat nasi stail camtu. Tapi yg dijual ni memang mahal kan.

Tijah,
Akak tingga kek seri kembangan. Bodopan ngan tasik Mines tu.

Akma_cikyong said...

erkk??akak tggl kt dpan mines??wah?!ader syer saham ngan mines ker??hikhik
buurrrppP!kenyang mkn kek tarbushhh~~kihkih

~mrs azmi~ said...

bulan puasa aritu kita masak nasi mandy ni.. memang ikut resepi bulat2 dan sebab tu first time rasa makanya tak taula jadi ketak sebenarnya nasi tu

yang penting rasa sedaaappp je.. hihi

Nota Cikgu Anum said...

hadramawt restaurant tu mmg maut kn rege nyer. aritu 2 org mkn dkt2RM130. skali jer la wpon sdp :)

Aidah said...

Akma,
Ha ah. Tiap hari akak gi melombong kat situ. Hahaha.

mrs azmi,
Bolehlah tampal resipi lepas tu akak copylah. Akak ni copy je rajin, buatnya memang pemalas lipas. Kehkehkeh.

Cikgu Anum,
Fuuh! Dasat tu, memang rege nak mencekik bagi maut terus.

Dinas Aldi said...

Alamak kaaakkkk, tergoda nihhhh!

Aidah said...

Pi carik cepaaaattt. Sedap, Dinas. Makan tak berlauk pun sedap.