Pages

Showing posts with label Islamku. Show all posts
Showing posts with label Islamku. Show all posts

Friday, 9 March 2012

Klepang Klepung Klepang Klepung.........

 

 

Haa dengar tak bunyi kompang tu. Esok kan mula cuti sekolah. Maka berlambaklah undangan yang mak akak dapat. Akak? Tak de makna akak nak dapat undangan sebab kawan2 akak punya anak pun lebih kurang sebaya je dgn anak2 akak. Kocik laie. Bolun buleh kawin. Hehehe.

Tapi kawan En.AHBY ada jugak yang selalu mengajak sebab kawan2 dia ramai yang dah pencen macam dia jugak. Jarak umur akak dengan En.AHBY 16 tahun. Ha ah memang betul 16 tahun. Akak jumpa dengan dia first time dulu thru blind date tau. Mula2 macam tak suka je, tapi dia ikhlas dengan akak. Setahun lepas tu, kami kahwin. Alhamdulillah.

Kat rumah akak ni pun sibuk jugak dengan fotografi pengantin. Meh kita tengok sape kahwin.

 

046

Bukan, bukan Milo nak kahwin ngan Dobot tapi anak dara dia ni haa. Ini persiapan awal pagi di hari berlansungnya majlis.

 

057 

Ayu dan tersenyum malu. Lagu tema ialah lagu Yuna; Terukir di bintang. (nak jugaaaak)

 

058

Sekali sekala menjeling pengantin lelaki. PENGANTIN LELAKI??? MANA ADA!!!

Woi! Moli! Itu BAPAK kaulah bukan BOIPREN!! Iyaaa, Moli sekarang ni masuk fasa kompius dan suka berhalusinasi. Dia dah mula mengiau gatal bila Milo tak de dalam bilik ni. Apa hal pulak kan. Hissy, tak lama lagi akak kena hantar operate ini kucing. Takut kalau Milo tak layan nanti, dia keluar cari kucing jantan lain pulak.

 

 

006 

Maka hari ini Milo tukar watak lagi iaitu Mak Pengantin. Hahaha. Hari ni mak pengantin tak tutup aurat tapi pakai wig. Blonde lagik.

Ni akak  nak citer sikit pasal penggunaan wig utk tutup aurat. Fahaman salah tu tau. Hari tu akak tengok Discovery channel pasal  yahudi orthodox ni. Kaum wanitanya memang selepas kahwin, tak boleh lagi tunjuk rambut pada lelaki lain selain dari suaminya. Jadi dia pakai wig dan bagi yang tak berwig, dia hanya pakai  kain tutup kepala tu. Kita dilarang sama sekali oleh Allah swt dan Rasulullah saw menyerupai kaum lain. Setahu akak dalam ugama Islam memang haram untuk wanita pakai rambut palsu. Wallahualam. Lagi satu orang Yahudi ni sembahyang waktu senja bila matahari nak dekat terbenam tu dan waktu tu juga ialah antara waktu haram untuk kita sembahyang. Akak ni tak de lah banyak na pengetahuan. Sikit2 je, bolehlah share sesama kita kan. Kata orang sembang2 masa rewang kan. Hihihi.

Alahai, tetamu datang nak jamu apa ya......

 

 

002  

Jemput2.... Makan aiskrim dengan bun je lah ya. Ini je menu pilihan mak pengantin yang sangat vass tu. Sangatlah vass.......kunun.

Friday, 3 February 2012

Berhati-hatilah

 

 

Weekend ni cuti panjang lagi kan. Mesti ada yang plan nak pergi bercuti lagi kan. Kalau pergi PD tu bolehlah roger2 akak ya. Boleh akak belanja makan ke.

Sebut pasal makan ni, kalau sape yang pernah sampai Teluk Kemang, mesti perasan ada satu kedai cina tapi dia tulis muslim seafood. Terlebih dulu, nak mintak maaf pada yang dah pernah makan di situ. Halal atau tidak restoran tu sangat diragui sebab ownernya bukan islam. Dan tukang masaknya pun bukan islam. Akak pernah tanya kenapa dia tak nak mohon sijil halal. Dia cakap kebanyakan customernya tourist dan ada yang minum beer. Kalau ada beer, Jakim tak mahu bagi halal, katanya.  Dan owner tu hanya letak a few perhiasan ayat kaligrafi di kedainya. Tak tahulah apa tujuannya kan. Sebab kalau akak mintak dia baca ayat tu, kompom dia tak tahu baca. 

Selalunya bila akak balik PD, memang ramai akak tengok orang melayu makan di situ. Nak buat announcement kat situ, kang tak pasal2 akak masuk lokap pulak. Tapi memang betul, orang PD memang takkan makan kat situ sebab kami tahu sangat diragui kehalalannya. Jadi mostly tourist yang tak tahu.

Lagi satu, pasal homestay yang ala-ala ni. Berhati2 kalau nak tinggal di situ terutama kalau ownernya tak strict pasal penyewa dan apa yang nak dimasak oleh penyewa. Sebab kat area rumah mak akak ni, ada satu homestay tu memang saban minggu penuh. Tapi akak selalu nampak semua kaum tinggal di situ, siap guna bbq yang disediakan. Masak apa tu tak tahulah. Tapi carefullah ya. Sebab mana tahu masak oink2 ke. Mana kita tahu kan. Kalau botol2 beer tu memang melambak lah. Kadang2 akak tengok keluarga melayu tinggal situ. Mungkin nak attend kenduri kahwin ke kan. Kesian sangat sebab nampak ada orang tua2 lagi. Jadiknya akak nak pesan, berhati2 lah.

Mintak maaf pada yang rasa n3 ni macam bagus pulak. Tujuan akak ikhlas untuk bagi semua saudara sesama islam yang baca ni tahu pasal perkara2 yang kadang2 kita terlepas pandang dan tak perasan. Tak ada niat di hati nak singgung perasaan sesiapa.  Cuma rasa bertanggungjawab nak beritahu pada sesama saudara. Maaf sekali lagi.

 

017

030

Oleh kerana n3 ni berat sangat, akak kasik penutup gambar munge, buleh? Bukan apa, gambar ni dah lama bertapuk, sayang pulak. Pokok ros tu dah habis pun riwayatnya dan munge kat atas tu akak snap kat lobby hotel je. Tapi bunga hidup tau. Sebab akak siap potong sikit kelopak tu dgn jari, nak tahu plastik ke bunga segar. Hehehe.

Friday, 27 January 2012

Tenang.....

 

Sejak akhir2 ni banyak sangat yang membuatkan akak rasa stress. Ada saja yang menguji kesabaran dan ketenangan.

Tetapi bila rasa stress, akak selalu mengadu padaNya. Sebab Dia saja Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Mengetahui.  

Lagi satu kalau stress akak suka dengar keruh kucing. Prrrrrr.....prrrrrr.... Sangat menenangkan.

 

072

Sebelum akak sembahyang memang tak nampak pun kelibat dia. Tapi sedang elok kita sujud, dia datang kat kepala akak sambil berkeruh. Kadang2 siap letak tangan atas kepala kita macam cuba nak kata " Don't worry, everything will be ok, you'll be alright. InsyaAllah." Macam bagus je Moli ni kan. Padahal setahun jagung pun tak sampai. Kahkahkah.

 

 

004

Yang dia ni memang veteranlah bab2 duduk depan orang sembahyang ni. Paling haru bila nak sujud tu. Boleh terseliuh leher ngan tengkuk nak tolak badan dia yang debab tu. Takkan nak sujud atas peha dia pulak. Tapi dia ni kalau akak mengaji atau bukak surah al baqarah dalam laptop tu, dia mesti datang dekat sambil berkeruh2. Akak ada baca dalam satu buku pasal kucing ni, kucing berkeruh sebab dia sangat contented atau sangat berpuas hati. Camana tak puas hati, makan cukup, tidur atas tilam empuk kan. Hihihi.

Tapi itulah dia mukjizat Rasulullah saw. Kucing pun tenang dengan bacaan Al Quran. Apatah lagi kita ni, kan. Sangat menakjubkan. Subhanallah.

Friday, 20 January 2012

Pilihlah Hari Jumaat

 

 

 

 

129

Pagi Jumaat yang penuh barakah, insyaAllah, sebab seawal 6.30 pagi hujan turun dengan lebat.

 

 

nikon2 130

Setahu akak waktu hujan adalah antara waktu mustajab untuk berdoa, apatah lagi bila ia turun pada hari terbaik iaitu hari Jumaat. Yaaa, akak faham bila hujan, jalan mulalah jam. Nak2 nya hari Jumaat yang kalau tak hujan pun jam teruk dari hari biasa kan. Tapi tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan2 sambil dalam hati menyebut Subhanallah. Semoga hari ini ialah hari Jumaat yang penuh barakah buat semua. Amin.

 

 

028 

Konon nak ambik gambar titisan air atas kelopak ros tu tapi apakan daya akak tak de makro lens pun. Tapi syukur dapat jugak pakai kamera kan.

Dah terlanjur bagi gambar bunga ros merah ni, akak bagi tahu jugaklah peristiwa yang pernah berlaku hari Jumaat.

Dari pengetahuan akak, banyak perkahwinan2 penting berlaku pada hari istimewa ini. Seperti perkahwinan antara Rasulullah saw dan Khadijah, Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha dan perkahwinan pertama sekali iaitu antara Nabi Adam a.s dan Hawa. Dan sesape nak kahwin, kalau tak keberatan pilihlah hari Jumaat ya. Semoga perkahwinan itu dirahmati. diberkati dan bahagia dengan zuriat2 yang soleh.

Akak tak dapat pun nikah hari Jumaat dulu sebab tak cuti dan satu lagi tak tahu. Sekarang baru tahu.

Wednesday, 17 August 2011

Mengenang hari turunnya Al Quran.

 

 

Hari ini Selangor cuti sebab hari ini 17 Ramadhan. Hari istimewa turunnya Al Quran dan secara berperingkat2 menjadi sebuah kitab buat panduan kita dunia dan akhirat.  

Selalunya masa ni kat KL jalan tersangat jam sebab wilayah tak cuti manakala orang Selangor pulak berduyun2 shopping untuk persiapan raya. Saya memang tak kuasa nak masuk KL masa ni. Tiap2 tahun sama je ceritanya. Nanti adalah yang terpaksa buka dalam kereta sahaja.

Rasa2nya eloklah hari ini kita mengenang semula bagaimana kitab agung itu diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai wahyu dan menjadi mukjizat Baginda.

 

Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:

1. Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dada, kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan: “Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku”. ( As-Syura: 51)

2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.

3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat.

Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: ” Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa”.

4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : “Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".

(sumber : Internet)

 

 

003Inilah Quran saya yang dihadiahkan suami masa nikah 18 tahun dulu. Kecil je, senang nak bawak ke sana kemari tapi rasa2nya kena beli lain kot,yang tulisan besar sikit. Ke ahkak ni kena pakai reading glasses? (oooohhh tidak! Huhuhu)

 

 

0042 hari lepas, saya terpaksa berdampingan dengan kitab hadis ni pulak. Ini kira kes raya sebelum waktu lah. Entah apasal si hormon dalam badan nak berlawak dan beraya lebih cepat dari biasa. Agaknya berhorey2 cik hormon ni mendengar lagu2 raya kat radio yang tengah meriah sekarang ni. Apa2 pun ahkak redho.  

Lupa lak nak bagi tahu, kitab hadis tu memang sangat best.  Kebanyakannya adalah riwayat Bukhari dan Muslim. Menusuk hati wa cakap lu dan bertambah cinta saya pada Rasulullah saw.  Kedua-dua ni adalah pemberian arwah abang saya dan menjadi harta bernilai dalam hidup saya sekarang ni (buat ubat hilang stress).

Monday, 25 July 2011

Istimewa Isnin

 

Omputih tu pandai-pandai je cakap manic Monday kan. Hari lain pun ada gak kelam ribut, bukan khas hari Isnin je kan.

Jadi nya hari ini saya nak kongsi sikit kejadian istimewa berlaku pada hari Isnin ini.

 

1.   Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan.

2.   Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

3.   Bukti keEsaaan Allah diturunkan.

4.   Nabi Idris AS dinaikkan Allah ke langit.

5.   Nabi Musa AS mengunjungi bukit Tursina.

6.   Nabi Muhammad s.a.w wafat.

 

Walau bagaimana pun ada jugak beberapa kejadian kurang istimewa yang selalunya terjadi pada hari Isnin.

1.   Anak-anak masuk bilik pagi-pagi dengan muka berkerut dan cembeng disertai dengan mulut   yang tak habis-habis memberi alasan untuk cuti sakit.

2.   Mak cik yang berniaga nasi kerabu dekat depan 7-11 tu bercuti pada setiap hari Isnin.

3.   Kalau weekend tu tak duduk rumah maka berkoyan-koyanlah baju yang hendak dibasuh.

4.   Perut meragam, kapla fenin sebab asik melantak masa weekend, maklumlah jemputan kahwin segala bagai. (konon....alasan macam terpaksalah teww)

5.   Wallet yang sudah kempis akibat sale pada hujung minggu di merata tempat.

Daaaaaaaaaan  banyaaaaaaaaaak lagi yang selalu terjadi pada hari Isnin disebabkan oleh diri kita sendiri yang tak tahu nak mengisi Sabtu dan Ahad dengan berhemah dan sopan santun.

Bak kata Mak saya sepatah: Buek apo kau carhik pasal. Cubo ontok-ontok kek ghumah, kan elok. Ni tak. Asa cuti yo mulolah moghambu. Dah tak ghoti nak duk ghumah ko?

Translation :  Kenapakah anda selalu mencari masalah? Bukankah elok duduk diam sahaja di rumah. Apabila cuti umum, anda selalu pergi bersiar-siar. Adakah anda tak jumpa rumah sendiri lagi? (okeylah saya tahu, terjemahan tak tepat tapi biasalah kan kalau pakai penterjemah tak bergaji ni memang macam tu)

 

DSC00017

DSC00018Hari Isnin juga ialah hari di mana saya dan dua orang ahli kumpulan ini sahaja yang tinggal di rumah (yang lain pergi skolah dengan muka masam). Hari ini kami akan merancang bagaimana untuk mencuri masa untuk menyelesaikan perkara tertangguh.

Sekian. Terima kasih.

Friday, 17 June 2011

Tenang di pagi jumaat.

 

 

Hari ni tengok TV9 NLKO, tetamunya ialah sasterawan negara, Datuk A.Samad Said. Beliau hadir membincangkan karya terbaru yang berjudul Al-Amin. Kisah riwayat hidup Rasulullah saw yang diceritakan dalam bentuk puisi yang sangat indah tapi mudah difahami.

Tenang mendengar Pak Samad berbicara. Beliau menuliskan buku ini kerana memikirkan sudah tiba masa dia menulis tentang kerohanian. Tibalah masa untuk berkongsi rasa hatinya tentang kecintaan besar pada junjungan kita, Nabi Muhammad saw. Memetik kata-kata Pak Samad:

“ Hidup di dunia hanya sementara. Kehidupan di akhiratlah yang abadi. Maka capailah dan genggamlah seberapa banyak persediaan yang dibekalkan di dunia ini untuk kehidupan yang  abadi.”  (lebih kuranglah macam tu. Dah tuo, den lupo laii.)

 

Tak ramai orang seperti sasterawan negara ini. Pertuturannya sangat teratur. Bila Aziz Desa ajak makan nasi lemak, Pak Samad tertawa. Dan gelaknya pun teratur. Ha ha ha ha ha. Macam tu lah, saya kira agak-agak 5 kali ha. Sama-samalah kita praktikkan ha ha ha ha ha.

Haa..jangan lagi tergolek terbongkang gelak tak sedar diri macam syaiton. Lopeh ni aja diri sendiri golak 5 kali ha. 

Lopeh ni den nak carik buku al amin ni. Dapek tompieh  yo sikit sipat Al-amin tu cukuplah. (dapat tempias ya, bagi orang yang kurang faham)

 

Al-Amin-02_web-140x210

Dapatkan buku ini sekarang di toko-toko buku berdekatan rumah anda. (iklan sedikit tapi den tak do syer yo! Sokada mempromut bacaan romadhon yang dah dokek ni ha!)

Wednesday, 8 June 2011

Dosa tau !

 

 

01 Jun 2011

Berita Terkini

STATUS SIJIL HALAL RANGKAIAN CAFE SECRET RECIPE

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA RANGKAIAN CAFE SECRET RECIPE MERUPAKAN PEMEGANG SIJIL HALAL MALAYSIA YANG SAH IAITU BERMULA 1 MEI 2009.

Sila rujuk di laman web JAKIM untuk keterangan lanjut.

 

P6080777Lengang je Secret Recipe semenjak 2 menjak ni. Rupa-rupanya ada orang heboh kat lam internet, Secret Recipe dah ditarik balik status halalnya. Mula-mula tu saya pun berdebar dengar. Dah berapa banyak kitorang melantak kat sini, sejak bebudak tu kecik lagi. Saya pun kagum jugak bila Secret Recipe ni dapat pengiktirafan sebagai ‘the best halal restaurant’ di Malaysia. Pemiliknya bukan Islam, tapi beriya-iya nak mendapat status halal JAKIM.

Kalau tengok di kopitiam depan ni ha, tak de pun halal JAKIM. Dah berapa ramai orang komplen, siap masuk Harian Metro lagi. Dia buat dek je. Tapi tak tahulah kalau diorang ada apply, cuma pihak tertentu lembab buat kerja. 

Bagi saya, sebagai orang Islam kita patut menyokong restoran yang berusaha menghalalkan penyediaan dan makanannya. Tolonglah boikot restoran yang sesuka hati menghidangkan makanan tak halal pada orang Islam. Diorang gelak-gelak je bila benda haram kita suap dalam mulut. Tak rasa tercabar ke kita sebagai orang Islam?

Bila makanan tak jaga, mulalah bercakaran sesama sendiri, hidup pun tak tenang, fitnah sana sini dan macam-macam lagi.

Saya dah cek di website JAKIM,  sijil halal Secret Recipe itu sah.

Den ni bukan eh ado syer kek situ tapi ngonangkan dah banyak masuk lam poghut ni haa! Kang kalau tak halal, mano lak nak den caghik kek dalam badan ni. Dah bodaghah bodaging! Cukuplah tu. Toksah petenah (fitnah) oghang! Buek doso yo! 

 

P6080778Mama, nak tu satu, ni satu, yang kanan sekali tu dua. Eh, kok yo pun halal, takkan nak molantak kek yo! Jom balik ghumah makan nasik.  

Friday, 27 May 2011

Apalah nak jadi

 

 

Saya sangat malas memberi komen pada orang yang terlalu inginkan perhatian ini. Sebut namanya pun saya tak hingin!

Sebagai seorang Islam, saya mengutuk perbuatannya menghina Islam seperti meletakkan gambar seorang penyanyi kafir pemuja syaitan di atas kaabah.

Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun. Saya doakan dia ni mendapat hidayah dan pengampunan dari Allah swt sekiranya dia seorang Islam. Kalau bukan Islam pula, saya doakan hatinya lembut dan tertarik pada kesucian Islam.

Walaubagaimanapun saya tetap mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan beliau!!!!!  

 

Bagi kita yang lain ni, cubalah baca dan fahamkan artikel yang saya ambil dari Laman Fatwa JAKIM ini buat santapan jiwa di pagi Jumaat yang dingin ini.

 

Takrif Murtad
Berpaling dari agama Islam kepada agama kufur samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur samada secara persendaan, engkar atau iktiqad. Berkata Imam al-Ghazali 'Adapun hakikat riddah ialah pengucapan dengan perkataan kufur secara persendaan atau iktiqad atau engkar, manakala daripada perbuatan ialah menyembah berhala, sujud kepada matahari, demikian juga mencampakkan al-Quran ke tempat kotor dan setiap perbuatan yang jelas menghina agama dan demikian juga ahli sihir dihukum bunuh sekiranya apa yang digunakan untuk sihir itu adalah kufur seperti menyembah matahari atau seumpamanya'.

Perkara-perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad

a) Perkataan
Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 65 dan 66 :
Yang bermaksud : 'Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas an-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman..'.

Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :

1. Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (islam) secara darurat seperti mengengkari keesaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
2. Menghalalkan apa yang diharamkan secara ijma".
3. Mengharamkan apa yang dihalalkan secara ijma".
4. Mencela Nabi Muhammad S.A.W atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
5. Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
6. Mendakwa wahyu turun kepadanya.
7. Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.

b) Perbuatan
Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah :
1. Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah S.A.W ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
3. Tidak mengamalkan hukum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.

c) Niat
Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.

Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad

Para Ulama" bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.
i) Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.
ii) Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.

Masalah
Perkara yang berlaku sekarang itu mungkin disebabkan kejahilan atau perasaan takut dan marah bukan dengan niat si pelakunya untuk murtad, kerana kebiasaannya mereka itu tetap melakukan amalan-amalan Islam walaupun selepas mengucapkan perkataan tersebut. Perkara ini boleh dicontohkan seperti berikut :

i) Seseorang (remaja contohnya) apabila selalu dinasihati dan dimarahi tentu akan merasa tertekan dan marah, oleh itu kemarahannya dilahirkan dengan kata-kata sedemikian rupa bagi mengembirakan perasaannya walaupun hatinya tetap dengan Islam dan perbuatan tersebut dilakukan samada kerana jahil atau kerana tekanan perasaan yang amat sangat.

ii) Seseorang yang ditangkap di atas kesalahan jenayah dalam syara' mungkin juga berada didalam ketakutan atau malu. Oleh itu dia cuba mengelak daripada ditangkap dengan mengaku bukan Islam samada kerana jahil tentang hukum pengakuan tersebut atau tahu tentang hukumnya tetapi dilakukan juga sebagai helah supaya tidak ditangkap, kemudia dia pun mengucap kembali dua kalimah syahadah.

Pertimbangan
Walau apa pun alas an sebab seseorang itu melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan murtad, namun zahir hukum syara' adalah jelas bahawa perkataan dan perbuatan sedemikian boleh membawa kepada riddah yang sangat merbahaya. Akan tetapi untuk menghukum seseorang itu telah murtad kita perlu berhati-hati.

Berkata Syed Sabiq 'Seseorang Islam tidak dikira hukum riddah kecuali apabila telah lapang dadanya dengan kufur dan tenang hati dengannya dan masuk ke dalamnya (kufur) dengan sebenarnya'.

Berdasarkan Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 106 :
Yang bermaksud : 'Akan tetapi (yang dikira kafir) seseorang yang lapang dadanya dengan kufur'.

Sabda Rasulullah S.A.W :
Yang bermaksud : 'Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan bagi setiap seseorang apa yang diniatkannya'.

Dan kerana hati adalah suatu yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, maka tidak dapat tidak mestilah timbul apa yang jelas menunjukkan kekafirannya dengan Dalil Qat"ie yang tidak boleh ditakwilkan lagi sehingga dinasabkan kepada Imam Malik dimana beliau berkata : yang bermaksud 'Apabila timbul darinya (seseorang) apa yang memungkinkan kufur daripada 99 wajah (cara) dan terdapat apa yang memungkinkan iman dari satu wajah (cara), maka dikira urusannya di atas iman'.

sumber dari JAKIM.

 

Salah satu dari hukum murtad ialah bunuh. Tetapi ada antara riwayat hadis  yang mengatakan seseorang itu hendaklah disuruh taubat terlebih dahulu. Jikalau dia enggan bertaubat pada tempoh tertentu barulah dihukum.

Firman Allah swt dalam surah At-taubah (ayat 5) yang bermaksud:

"……Jika mereka bertaubat, mendirikan solat serta menunaikan zakat, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

 

Oleh itu hati-hatilah bila kita menulis atau berkarya. Kalau nak buat kelakar tu, agak-agaklah ya! Soal agama dan pegangan adalah yang paling utama . Bertaubatlah selagi berkesempatan. Semoga Allah swt menerima taubat kita.

Kalau pulak sibahalul ni bukan Islam, janganlah cuba usik-usik ugama Islam tu. I don’t touch U, u don’t touch me, okay!

Bagi umat Islam yang lain, tunjukkanlah kesucian, kehalusan dan kelembutan agama kita ini. Jangan ganas nak menghukum. Siasat dulu. Semoga dengan kaedah ini kita dapat jadikan ugama Islam lebih kuat.

 

 

P5220620

Den pun molosang gak kek oghang yang cubo sontuh pogangan den ni.  Ado tak marhah??!!?? Meh lah sini kalau nak ghaso taghing den!!! Kalau tak bodaghah jangan panggil den koturunan Suman. Tu kek lam gamba tu baru kucing manjo den. Ekau bolum tengok laii den molosang!! 

Sunday, 22 May 2011

ALLAH LEBIH MENYAYANGI MEREKA

 

 

Kepada semua anak-anak yatim dan kakitangan rumah anak-anak yatim  serta anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Hulu langat, kami sedekahkan AL-FATIHAH.


 

AL-FATIHAH
Ya Allah, tempatkanlah mereka ini di kalangan mereka yang beriman dan shahid. AMIN.

Meleleh airmata mendengar berita tragis ini. Sedih sangat. Dahlah kehilangan ibubapa dan ada antaranya berjauhan dari mereka.
Yang tak sedapnya, ada lak statement mengatakan rumah anak yatim tu tak berdaftar. Ini macam statement nak lepaskan diri sendiri je!

Bila dah terjadi sesuatu tragedi macam ni tak yahlah kita nak korek salah sana sinun. Masa nilah nak buktikan keikhlasan kita pada insan kesayangan Allah swt ini. Bukan di bulan Ramadhan je nak mewahkan mereka. Bantulah apa-apa yang patut. Jangan pula nak menghukum.

Ada ketikanya Allah turunkan bala untuk ORANG YANG LAIN INSAF DAN SEDAR. Semoga kita berfikir dalam-dalam.
Mereka yang terkorban ini sangat istimewa kerana Allah lebih menyayangi mereka. Kita ni pula macamana?

Monday, 9 May 2011

HANYA DI ATAS KERTAS…………. TIADA GUNANYA.

 

Agama rasmi di Malaysia :  Agama Islam

Hanya di atas kertas! 

Adakah kita mengamalkannya dalam setiap perilaku kita setiap hari?????

Tak payahlah nak bising bila orang lain cuba memadamkan dakwat atas kertas ini kalau kita sendiri pun dalam diam menghancurkan ugama Islam itu sendiri.

Sembahyang lima waktu yang paling basic itu pun susah nak disempurnakan. Lekaaa je dengan duniawi!!! Apa susah? Qadha saja nanti. Hissh! Sembahyang tak ada qadha – qadha tau! Waktu yang pergi takkan kembali!

Al-Quran atas almari tu cantik kemas ke atau berabuk? Haa dua dua ni pun tak bagus, sepatutnya dah ‘seasoned’ sebab tiap – tiap hari bukak dan baca! Jangan lupa khatamkan tafsir Al Quran sekali. Kalau orang kafir, sekafir-kafirnya ni, macam Abu Lahab, dapatlah tahu akan segala rahsia dalam Quran, mesti cepat – cepat dia pergi bakar. TAKUUUT!!!!!

Lagi satu yang paling tak berkenan ialah sesape yang perasan ilmu ugama tu dah dalam sangat. Haa…mereka ini mulalah nak labelkan orang ikut kategori; ahli neraka dan ahli syurga. Adakah dia ni tahu rahsia perhitungan Allah swt semasa acara menimbang di hari kiamat tu nanti?

Antara orang Islam sendiri pun nak berpuak-puak. Lepas tu pulak, tuduh menuduh memanglah sangat meriah di kalangan mereka ini.

Tak rasa rugi ke? Semua orang tahu, BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH! Habis tu…?

Lepas tu sikit- sikit nak mengamuk tak tentu pasal. Ingat orang yang nak ‘padamkan dakwat atas kertas’ tu, takut ke? Tergelak besar lagi ada!

Rasa macam lama sangat ke lagi hayat kita ini atau dengan secara amnya, usia dunia ini sendiri? Bila lagi….?

Bila lagi nak duduk semeja, berbincang baik – baik dan jadikan tajuk perbincangan itu sebagai: BERSATU DEMI MENEGAKKAN AGAMA ALLAH.

Jadikanlah tujuan hidup kita ini HANYA KERANA YANG SATU IAITU ALLAH.

Hayatilah peribadi Rasulullah s.a.w. Baginda berdakwah mengikut cara dan keperluan sesuatu tempat itu. Baginda sangat bijak menganalisis keadaan dan cara untuk approach sesuatu kaum itu. BUKAN MENJERIT MELAUNG! Sabarrrr………

Berdakwahlah dalam setiap langkah dan perbuatan kerana berdakwah itu wajib pada setiap umat Islam. Bukan hanya tahu berceramah sahaja!!!!

Jadikanlah ugama Islam ini berdarah dan berdaging dalam tubuh kita.

Jadilah umat Islam sebenar yang cintakan ugama Islam ini seperti  cinta luar biasa……BUKAN HANYA DI ATAS KERTAS!!!!!!!

 

3234849461_504ace5e84 

HANYA INILAH PEGANGAN KITA DARI DAHULU HINGGA AKHIR HAYAT KITA NANTI…………TIADA YANG BERUBAH!

Wednesday, 4 May 2011

TAK RETI-RETI NAK BERSYUKUR

 

 

basuh
Tak de lah pulak kena basuh kain pakai tangan kan TAPIIII  tersangatlah letihnya basuh kain lepas balik bercuti niiii!!!! Bayangkan 2 beg besar tu penuh dengan baju yang perlu di basuh. Itu sibbaik tak daki gunung kan. (ek eleh macamlah fit sangat pun

P4270011

Haa teruk no rupenye bila dah 5 kali basuhan tapi masih tak abis-abis lagiiiiiiiiii!!!!

washing

 

Sabor jelah. Kan guna mesin basuh bukan pakai tangan. Tak reti-reti nak bersyukur…….

Friday, 22 April 2011

Saya suka Ustaz Muhammad bin Abdullah

My favourite ustaz is on "Tanyalah Ustaz" TV9 today. Tajuk hari ini adalah Dilema Rumahtangga. Things that I learned today:
Bisikan Syaitan pada rumahtangga :
1. Bisikan jemu
2. Bisikan tidak hormat
3. Bisikan cemburu
4. Bisikan ungkit mengungkit.
Syaitan akan sentiasa menganggu rumahtangga orang muslim kerana rumahtangga adalah gedung pahala.

Surah hari ini ialah surah untuk lembutkan hati suami/isteri iaitu SURAH TOHA ayat 1-5.
Ustaz Muhammad ada blognya sendiri iaitu http://www.ustazamin.com/. Cara penyampaian ustaz ni sangat menarik dan yang penting tak mengantuk ok. Doa penutupnya  boleh buat kita merasakan bahawa kita ni hanya hamba yang sangat lemah dan sentiasa mengharapkan  perhatian Allah tak kiralah dalam bentuk rahmat atau dugaan. Ada masa-masanya mengalir jugak airmata.