Kepada semua anak-anak yatim dan kakitangan rumah anak-anak yatim serta anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Hulu langat, kami sedekahkan AL-FATIHAH.
Ya Allah, tempatkanlah mereka ini di kalangan mereka yang beriman dan shahid. AMIN.
Meleleh airmata mendengar berita tragis ini. Sedih sangat. Dahlah kehilangan ibubapa dan ada antaranya berjauhan dari mereka.
Yang tak sedapnya, ada lak statement mengatakan rumah anak yatim tu tak berdaftar. Ini macam statement nak lepaskan diri sendiri je!
Bila dah terjadi sesuatu tragedi macam ni tak yahlah kita nak korek salah sana sinun. Masa nilah nak buktikan keikhlasan kita pada insan kesayangan Allah swt ini. Bukan di bulan Ramadhan je nak mewahkan mereka. Bantulah apa-apa yang patut. Jangan pula nak menghukum.
Ada ketikanya Allah turunkan bala untuk ORANG YANG LAIN INSAF DAN SEDAR. Semoga kita berfikir dalam-dalam.
Mereka yang terkorban ini sangat istimewa kerana Allah lebih menyayangi mereka. Kita ni pula macamana?
0 comments:
Post a Comment