Pages

Wednesday, 4 May 2011

HARI YANG DITUNGGU DAH TIBA…. LALALALALA

 

Kriiiiiiing…..alarm dah bunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. (ala-ala P.Ramlee) Semua orang dalam rombongan kak wok ni kena bangun dan mandi dan bersiap-siap untuk ke KLIA. Bathroom ada dua saja jadi janganlah duk termenung lama-lama yek! (ditujukan khas buat En AHBY)

 

 

P4280046
En. Abang ni sangatlah moody di waktu dinihari begini. Tunggu turn nak mandi pun boleh mengamuk.

 

 

P4280047
Jam 4.30 pagi dua buah airport limo yang kami book pun sampai di lobby apartment. Yang van Kia Preggio tu lebih Rm200 jugak sebab + midnight charge. Budget pulak more than RM100. Sorry tak ingat berapa ,maklumlah En AHBY memang jarang nak ingat bab-bab harga ni.

 

P4280049
Sampai KLIA lebih kurang jam 5.15 pagi. Ambikkan wilcha untuk kak wok. Bab ni tak berkenan sikitlah sebabnya kena check in dulu disable person before you can get a wheelchair.

Sementara nak check in tu dalam agak-agak 20-30 min terpaksalah kak wok duduk memerap dalam teksi. kalau driver tu macam nak cepat blah, kita pun serba salah dibuatnya.

Pihak MAS kenalah friendly-friendly sikit dengan disable person ni ya! Kalau kaunter yang dibuka cuma satu dan queue untuk check in punyalah ramai macamana agaknya ataupun orang yang disable ni travel alone bagaimana pula procedurenya? Tolonglah simpati sikit, katanya MH kannnn!

Lagi satu hal, ground staff MAS ni memang moody ke pagi-pagi buta ni? Ataupun untuk domestic check in saja begini keadaannya?

 

P4280050
MILO dan WAHAU menunggu rides mereka untuk ke Animal Hotel MAS KARGO. Hotel ni memang tersangatlah selesa untuk sibulat dan si tonggong ni dan cajnya adalah RM60.00 semalam/seekor. Makanan dibekalkan oleh mama dan wan yek.

 

 

P4280053 P4280052
Hmmm kalau kitorang nak ikut tak leh ke? Sian sibulat dan si tonggong, macam nak kena lelong pulak. Lagi 4 hari kita balik rumah ok! 

Bab-bab check in ni memang agak tensyen. Nak pergi buat self check in kat komputer tu kang susah gak pasal perlu notify them about disable person. Kaunter yang dibukak hanya satu saja ya tuan-tuan dan puan-puan. Bila dah pukul 6.00 pagi barulah 2 lagi kaunter di bukak.

Punyalah rushing nak sembahyang subuh lagi sebab surau sangatlah packed waktu ni. Lebih kurang jam 6.45 pagi baru selesai semua orang sembahyang dan pergi toilet bagai. (pagi-pagi ni asyik nak membeser je tau)

 


P4280070   P4280068

Cik Nisya melayan rambang matanya bersama segala cookies dan lollies yang ada di Famous Amos depan surau terminal KLIA.

 

P4280075

Bila semua dah settle agak berlari-lari anaklah jugak ke gate berlepas. Sejuknya mencucuk-cucuk sampai ke tulang, nak-naknya bila part berlari-lari tu. Oh ya, flight kami pukul 7.30 pagi. Kalau dah lambat tu sila siap-siapkan i/c, birth cert. dan boarding pass di tangan, taklah nanti terkial-kial nak mencari bila sampai kat gate tu yek!

 


 

P4280078 
Rombongan kami adalah yang pertama naik pesawat MH2604 ni sebab kak wok yang berwilcha. Terimakasih MAS kerana keistimewaan ini. (bila time bagus kena pujilah kan, kalau tak bagus improvekan lagi, tul tak?)

0 comments: