Pages

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Sunday, 17 July 2011

Pinggan Mangkuk di Langkawi

 

Tibalah acara yang ditunggu-tunggu oleh rombongan anak kak wok………MEMBELI PINGGAN MANGKUK!!!!!  YEEEEEAAAAYYY!!!

Setelah 18 tahun berkahwin, barulah sekarang terasa nak upgrade pinggan melamine di rumah dengan pinggan kaca berjenama Corelle, Corningware, Visions dan beberapa jenama lain yang selalu disebut-sebut orang pompuan semasa sesi beramas mesra di kenduri kahwin. Selama ini saya tak minat pun terutamanya bila mendengar betapa meriahnya acara membasuh pinggan   oleh 2 orang anak saya. Daripada pening kepala nak mengemas kaca yang jatuh berderai di dapur tu, baiklah saya pakai pinggan plastik je. ( kalau boleh nak pakai pinggan kertas lagi, jimat air)

Di Langkawi, ada 2 kedai yang femes di kalangan bas-bas rombongan ni iaitu, Hj Ismail Group yang terletak di pekan Kuah dan Idaman Suri yang letaknya agak-agak 5 km dari pekan.

Mula-mula masuk kedai Hj ismail Group ni, agak berpinar-pinar mata saya. Uuuu Mak Aiii, banyak eh pinggan mangkuk. Murah lak tu.

Sebelum menjadi lebih tak waras dengan kejakunan diri sendiri, saya telah mengarahkan anak saya Arif yang bersaiz agak besar duduk di ruangan kurang berisiko tinggi iaitu di seksyen cokelat.  Arif ni kalau berjalan sentiasa bawak backpack, cemerkap pulak tu. ( sila rujuk kamus untuk makna cemerkap, ya anak-anak). Tak ke haru kalau dilibasnya nanti rak-rak pinggan mangkuk tu. Kemudian saya pastikan pula En.Ahby  leka di seksyen  kain pelekat.

 

Baruuulah senang hati nak memilih SATU set untuk dibawa pulang ke rumah.

 

P7101047 Saya cukup minat dengan food warmer yang boleh pusing-pusing tu. Comel je. Senang masa raya nanti nak hidang pada tetamu. Untuk 5 mangkuk, harganya ialah RM110.00. Ada jugak set yang lebih banyak mangkuknya.

 

P7101048 Biasanya corelle hanya akan bagi 4 keping pinggan makan untuk satu dining set. Tapi kita orang Melayu ni kalau bertandang ke rumah kawan mestilah bawak anak-anak kan. Takkan cukup 4 keping je pinggan. Jadi bolehlah beli loose plates ni. Untuk promosi, murah sikit. Tapi kalau latest design, harga sekeping pinggan makan ialah RM40.00. Yang berbentuk square lagi mahal dari round ya, makcik-mak cik sekelian.

 231 Sedang asik memfokus kamera, saya terperanjat. "Ooopocot Mak Kau lawa gilo!", ada kebolehan melatah rupanya ahkak ni.

Nampak tak tu En. AHBY tiba-tiba muncul di tepi lensa kamera saya. Entah bila masa dia datang, tak sedar lak saya. “Lama lagi ke you nak pilih ni?” , dialog rutin En.AHBY bila membawa saya pergi shopping. Saya tak jawab apa-apa hanya muncungkan bibir ala-ala siti nurhaliza. Oleh kerana terkesima dengan kejelitaan saya bila muncung begitu, saya mendapat lebih masa untuk shopping.

 

232Daaaan... berkat dari tak menjawap teguran suami, rezeki saya murah hari itu. Saya telah diberi PERCUMA 3 set mangkuk Pyrex itu untuk set-set Corelle yang telah saya beli. Setiap satu set tu ada 3 mangkuk Pyrex dan nilainya pulak ialah RM120.00 sekotak. Biar betul. Saya telah menangis terharu di tepi kaunter bungkus membungkus tu. Tak caya ahkak, diik. Ahkak tak pernah menang apa-apa contest pun. Hari ini ahkak dapat free gift yang memang ahkak nak. Selalunya lebih-lebih pun ahkak pernah dapat tisu sekotak atau beg recycle tu. Dah berlambak beg tu kat rumah. Yang peliknya memanjang lupa je nak bawak keluar bila gi shopping.

 

 

Sebelum pergi ke kaunter bayaran, saya nampak sesuatu yang magik di atas sebuah gelas kristal.

229 Pepatung ni sikit punya baiik landing atas gelas kristal ni. Jadi saya hadiahkan imej ini untuk Dinas.

 

230

Yang ini pulak untuk Siti Murni. Dengar-dengarnya dia juga sukakan dragonfly.

Itu ajelah ole-ole dari akak. Cikgu akak di 'Kelas Maju Bersama Dunia IT' ni belum ajar lagi akak bab contest atau memberi souvenir pada kengkawan blog ni. Cikgu saya asik mesyuarat je, susah nak bergerak syllabus. (ke anak murid yang slow no menangkap)

Esok-esok lah ye!

Dan kalau rajin saya akan masukkan dalam blog, semua kuali dan pinggan mangkuk yang dah dibeli berserta harganya sekali. Bolehlah sesape yang baca buat comparison dengan harga-harga kat sini. Kemudian masa buat mesyuarat ahli-ahli koperasi, bolehlah bentangkan tajuk, berbaloi atau tidak  membuat rombongan pergi Langkawi untuk membeli pinggan mangkuk. Ada jugak gunanya info ahkak ni.

Sunday, 3 July 2011

Membeli batik di Kelantan

 

 

Pergi Kelantan sebab ada tanggungjawab. Tapi untuk orang yang pertama kali sampai sini, dah tentulah saya nak membeli belah seadanya kan. Yang terbayang kat kepala bila ke Kelantan ialah baju kelawar batik. Baju-baju ni sangat sesuailah dengan cuaca panas Malaysia ni dan lagi satu, ianya sesuai untuk semua saiz badan. Boleh gak sorok lemak berlebihan yang dah berlipat-lipat tu.

Kata orang Kelantan, kalau nak beli belah kena bawak orang Kelantan sama supaya bahasa tawar menawar tu tak terlalu janggal bunyinya. Kami beruntung jugak sebab ada kakak angkat di sana. Jadi dialah yang bawa kami ke sana-sini.

 

nikon2 114

Kedai yang kami tuju ialah Gaya Warisan. Di sini memang banyak pilihan baju batik. Ada yang lengan panjang dan ada lengan pendek. Harganya antara RM15.00 hingga RM65.00. Kain batiknya sangat berkualiti. Kain ela pun ada dijual untuk buat baju. Crepe silk batik dijual dengan harga RM250.00 untuk 4m. Memang rambang mata memilih baju kat sini sebab corak batiknya sangat cantik.

 

 

nikon2 113

Ini pulak kain biasa bukan silk. Kain silk diletakkan di ruang eksklusif sebelah kiri kedai itu.

 

 

030 Baju batik lengan panjang bercekak musang ni harganya RM65.00. Yang berleher V atau bulat harganya cuma RM 35.00 kerana kualiti kain yang berbeza.

 

033Yang lengan pendek ni harganya RM35.00 hingga RM45.00.

Di Gaya Warisan ni ada jugak saya beli songket samarinda untuk dijadikan sampin. Harganya antara RM75.00 hingga RM200.00. Kalau songket penuh agak ribu-ribu jugak.

Esoknya Che Ta, kakak angkat saya tu bekerja, maka bergeraklah kami sendiri dengan tour guide yang disediakan pihak hotel.

 

nikon2 161Kami dibawa ke Kartika Kiara Batik. Di belakangnya ada gudang kecil untuk tempat melukis batik.

 

nikon2 163  Semua pelukis batik ini terdiri dari wanita. Tapi kalau saya buat gerenti fail sebabnya tangan tak stable, asik gigil aje.

 

nikon2 165

Macam best je buat kerja macam ni. Kat sekolah dulu, kalau dapat soalan pendidikan seni buat corak batik, cukup saya suka.

 

 

nikon2 166 Pewarna yang digunakan untuk melukis batik.

 

nikon2 162

Dah puas hati melukis, batik ni dijemur. Kalau musim hujan memang haru lah.

 

 nikon2 172

Di depan tu pulak kedai batik. Kedai ni punyalah penuh dengan baju batik, nak jalan pun sangat sempit untuk orang XL macam saya ni. Ada kain batik crepe silk Sri Jeanne dijual disini dari harga RM480 onwards. Kartika Kiara Batik ni hanya ada di Kota Bharu, Kelantan dan tiada cawangan di KL. 

 

032 Di sini kami beli blouse batik ni dengan harga RM35.00.

 

036 Yang ni pun harganya RM35.00.

Tapi antara dua kedai ni, saya lebih suka Gaya Warisan sebab coraknya sangat cantik dan eksklusif.

Ada satu lagi kilang batik yang pemes kat Kelantan ni iatu Nordin Batik tapi saya sengaja buat-buat tak nampak sebab poket dah kontang. Asyik sangat memborong batik di kedua-dua kedai tadi. Bolehlah buat stok 2 3 tahun pakai dan disedekahkan sana sini.

Saturday, 23 April 2011

Aktiviti Hari Sabtu

Alhamdulillah, syukur pagi ini kita berpeluang lagi menatap langit nan biru, matahari yang cerah dan yang paling kusyukuri ialah wajah-wajah kesayangan masih ada di depan mata. Alhamdulillah.

Hari ini Jusco ada J Card Members' Privilege Day. So marilah sama-sama kita ke JJ sebab beli barang supermarket ada 5% disc. (exc. controlled item such as minyak masak, beras dll).


Yang penting hari ini tak lupa bawak grocery bags ok!
Inilah hasilnya membeli barang agak lebih kurang. Itupun habis gak RM260.  Yang besar-besar hanya minyak masak dan sabun basuh saja. Beras dan brg-brg lain masih byk lagi di rumah. Arrrgh tensyen dgn nilai duit sekarang ni!