Tibalah acara yang ditunggu-tunggu oleh rombongan anak kak wok………MEMBELI PINGGAN MANGKUK!!!!! YEEEEEAAAAYYY!!!
Setelah 18 tahun berkahwin, barulah sekarang terasa nak upgrade pinggan melamine di rumah dengan pinggan kaca berjenama Corelle, Corningware, Visions dan beberapa jenama lain yang selalu disebut-sebut orang pompuan semasa sesi beramas mesra di kenduri kahwin. Selama ini saya tak minat pun terutamanya bila mendengar betapa meriahnya acara membasuh pinggan oleh 2 orang anak saya. Daripada pening kepala nak mengemas kaca yang jatuh berderai di dapur tu, baiklah saya pakai pinggan plastik je. ( kalau boleh nak pakai pinggan kertas lagi, jimat air)
Di Langkawi, ada 2 kedai yang femes di kalangan bas-bas rombongan ni iaitu, Hj Ismail Group yang terletak di pekan Kuah dan Idaman Suri yang letaknya agak-agak 5 km dari pekan.
Mula-mula masuk kedai Hj ismail Group ni, agak berpinar-pinar mata saya. Uuuu Mak Aiii, banyak eh pinggan mangkuk. Murah lak tu.
Sebelum menjadi lebih tak waras dengan kejakunan diri sendiri, saya telah mengarahkan anak saya Arif yang bersaiz agak besar duduk di ruangan kurang berisiko tinggi iaitu di seksyen cokelat. Arif ni kalau berjalan sentiasa bawak backpack, cemerkap pulak tu. ( sila rujuk kamus untuk makna cemerkap, ya anak-anak). Tak ke haru kalau dilibasnya nanti rak-rak pinggan mangkuk tu. Kemudian saya pastikan pula En.Ahby leka di seksyen kain pelekat.
Baruuulah senang hati nak memilih SATU set untuk dibawa pulang ke rumah.
Saya cukup minat dengan food warmer yang boleh pusing-pusing tu. Comel je. Senang masa raya nanti nak hidang pada tetamu. Untuk 5 mangkuk, harganya ialah RM110.00. Ada jugak set yang lebih banyak mangkuknya.
Biasanya corelle hanya akan bagi 4 keping pinggan makan untuk satu dining set. Tapi kita orang Melayu ni kalau bertandang ke rumah kawan mestilah bawak anak-anak kan. Takkan cukup 4 keping je pinggan. Jadi bolehlah beli loose plates ni. Untuk promosi, murah sikit. Tapi kalau latest design, harga sekeping pinggan makan ialah RM40.00. Yang berbentuk square lagi mahal dari round ya, makcik-mak cik sekelian.
Sedang asik memfokus kamera, saya terperanjat. "Ooopocot Mak Kau lawa gilo!", ada kebolehan melatah rupanya ahkak ni.
Nampak tak tu En. AHBY tiba-tiba muncul di tepi lensa kamera saya. Entah bila masa dia datang, tak sedar lak saya. “Lama lagi ke you nak pilih ni?” , dialog rutin En.AHBY bila membawa saya pergi shopping. Saya tak jawab apa-apa hanya muncungkan bibir ala-ala siti nurhaliza. Oleh kerana terkesima dengan kejelitaan saya bila muncung begitu, saya mendapat lebih masa untuk shopping.
Daaaan... berkat dari tak menjawap teguran suami, rezeki saya murah hari itu. Saya telah diberi PERCUMA 3 set mangkuk Pyrex itu untuk set-set Corelle yang telah saya beli. Setiap satu set tu ada 3 mangkuk Pyrex dan nilainya pulak ialah RM120.00 sekotak. Biar betul. Saya telah menangis terharu di tepi kaunter bungkus membungkus tu. Tak caya ahkak, diik. Ahkak tak pernah menang apa-apa contest pun. Hari ini ahkak dapat free gift yang memang ahkak nak. Selalunya lebih-lebih pun ahkak pernah dapat tisu sekotak atau beg recycle tu. Dah berlambak beg tu kat rumah. Yang peliknya memanjang lupa je nak bawak keluar bila gi shopping.
Sebelum pergi ke kaunter bayaran, saya nampak sesuatu yang magik di atas sebuah gelas kristal.
Pepatung ni sikit punya baiik landing atas gelas kristal ni. Jadi saya hadiahkan imej ini untuk Dinas.
Yang ini pulak untuk Siti Murni. Dengar-dengarnya dia juga sukakan dragonfly.
Itu ajelah ole-ole dari akak. Cikgu akak di 'Kelas Maju Bersama Dunia IT' ni belum ajar lagi akak bab contest atau memberi souvenir pada kengkawan blog ni. Cikgu saya asik mesyuarat je, susah nak bergerak syllabus. (ke anak murid yang slow no menangkap)
Esok-esok lah ye!
Dan kalau rajin saya akan masukkan dalam blog, semua kuali dan pinggan mangkuk yang dah dibeli berserta harganya sekali. Bolehlah sesape yang baca buat comparison dengan harga-harga kat sini. Kemudian masa buat mesyuarat ahli-ahli koperasi, bolehlah bentangkan tajuk, berbaloi atau tidak membuat rombongan pergi Langkawi untuk membeli pinggan mangkuk. Ada jugak gunanya info ahkak ni.
2 comments:
alaaaaaa, terharu dapat pepatung sekor dari Aidah! terharuuuuuu!
mana la nak sangka ada pulak pepatung kat dalam kedai macam tu, tiba2 ja..
memang berkat sungguh tak menjawab teguran suami, tengok dapat hadiah tu haaa!
Itulah pasal. Kalau kita dok cari, memang payah nak jumpa. Tak semena-mena pulak hinggap satu dalam kedai.
Post a Comment