Dari kak wok sampai anak-anaknya dan sampailah ke cucu-cucu, semuanya sayangkan kucing. Masa kecik dulu, kucing peliharan kami berbelas ekor tapi lepas bebas macam tu saja. Maklumlah kucing kampung, tentulah rugged kan. Makanan pun hanya nasi yang digaul dengan ikan bilis.
Sekarang ni kucing kat rumah hanya kenal friskies, whiskas dan royal canine saje. Bertuah betul. Tapi yang eloknya kalau makan macam ni, tahi dia pun tak busuk sangat dan senang untuk dibuang. (ya, orang yang sayang kucing ni tak kisah pun kena buang tahi kucing ni.)
Kami ni pantang jumpa kucing, mesti nak membelai. Kalau tak de badan pemantau yang ahli tunggalnya En.AHBY, memang banyaklah kucing kat rumah ni. Selalunya kalau lebih-lebih sangat sampai nak bawak balik stray cats tu, En.AHBY akan menggunakan teknik kerutan muka melampau dan kadang-kadang diikuti dengan membuntangkan mata. Lansung tak jadi nak bawak balik rumah.
Baru-baru ni, adalah manusia yang tak berhati perut membuang seekor anak kucing kat dalam semak di tepi jalan tak jauh dari rumah kak wok. Puan Alang yang tak sampai hati telah membawa anak kucing tu balik rumah. Kesian, kecik sangat lagi dah kena buang.
Hujan turun dengan lebat pada malam tu. Tak tahulah apa kan jadi kalau kucing ni tak di ambil oleh Puan Alang.
Bertuahlah kucing ni sebab lepas ni makan pun sedap-sedap.
Sekarang ni di ruamah kak wok ada 3 ekor kucing pungut iaitu Wahau….
Yang berotak tiga suku, Sagwa dan
Milo yang selalu bertandang ke rumah kak wok every weekend untuk meraih subsidi makanan.
Oopps…sesat pulak gambar seekor dari rabbits peliharaan anak-anak Puan Alang.
Kalau dah sayang kucing, memang biasalah ada kesan calar di sana sini. Budak ni bila kita tanya kenapa ada calar kat hidung tu, dia senyap saja. Lepas tu dia bisik pada si kakak “Isya kena cakar dengan Wahau”. Sebabnya adalah dia telah melakukan keganasan melampau dengan menunggang Wahau ke sana kemari. Hmmm….jatuh saham penyanyi femes ni.
4 comments:
salam kak ida,
rasa nk culik je wahau tuuu..hihihi geram
milo pun ....alahai tngok rupa msti jnis sopan santun nih ;)
Milo tu nampak je sopan, dah pernah rasa darah manusia tuh! Si Wahau pun memang kucing jalanan yg dah dikidnap oleh kami anak beranak.
Wahau adalah sangat gebuuuuuuu!
cek penakut kucing tapi kucing suka sangat mai sondoi2 kat kaki cek..kenapa entah..
Memang camtu perangai kucing. Bagi dia orang yang tak belai dia tu lah yang sayang kat dia sangat.
Post a Comment