Oleh kerana salah seorang anak saya, makanan rujinya ialah roti, maka mana-mana kedai roti femes dan halal, wajib kami pergi.
The loaf ialah kedai roti milik Tun Mahathir. Terletak di Perdana Quay, Telaga Harbour Park di Pantai Kok. Bakery ini menggunakan cara tradisional Jepun dalam pembuatan rotinya. Saya pun terbayang drama O-Shin satu masa dulu.
Banyak ciptaan Chef ni yang sedap-sedap belaka. Harganya lebih kurang sama dengan harga roti-roti di bakery lain seperti Sun Moulin. Tu yang tiga segi kat depan sekali tu sangat sedaaap, sedikit crunchy sebab ada coconut flakes di atasnya.
Ada juga dijual garlic bread, croissant, french loaf dan queen bread. Roti-roti selalunya di bakar pada waktu pagi dan kalau pergi selepas gelincir matahari (kekdahnya ialah melihat bayang-bayang kaki sendiri di kawasan lapang),banyak roti yang dah habis. Kalau nak makan spaghetti atau yang seangkatan dengannya pun boleh juga. Tapi ini khas untuk tekak mat saleh dan makan pun ala-ala ringan-ringan. Jangan pulak pergi sini nak orda masak lemak tempoyak ikan patin lak ya.
Comel saja bakery ini. Sambil minum-minum kopi, bolehlah tengok kapal-kapal berlabuh. Dah selalu sangat minum kopi sambil mengumpat di bawah pokok rambutan depan rumah tu, sekali-sekala nak jugak bersantai macam ni. Kalau tak kenangkan dosa yang dah berkoyan-koyan, boleh jugak nak adakan sesi umpat mengumpat sekali. Tajuk dan bahan umpatan memang banyak kat sini (bagi pengumpat tegar).
Oh cacai-cacai hamba sedang membersihkan perahu layar hamba rupanya. Bagus, bagus wahai cacai sekelian. Hujung bulan ini ada bonus menanti, jangan takut.
Perahu layar yang berkabin warna kayu tu untuk disewa ya, tuan tuan, puan puan. Harganya ialah beribu jugak untuk satu hari. Siap 2 bilik tidur dan tempat masak lagi. Kalau nak chef pun boleh gak. Tak payahlah fikir nak makan kat mana, kan. Terlentang aje, makanan dah siap. Sungguh produktif bagi mereka yang hobinya ialah mengumpul lemak.
Di hujung marina tu ada sebuah boutique hotel, The Danna yang baru dibuka pada bulan Julai 2010. Hotel ini milik Tradewinds Corporation Berhad (TCB) yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary. Rates nya adalah lebih kurang dari RM788 semalam. Orang Langkawi kata hotel ini milk Tun. Mungkin Tun ada share kot. Esok-esoklah kita tanya Tun pasal gossip ini ya!
4 comments:
oh bestnya roti2 tuuuu!
nak naik kapal, nak naik kapal..
nak naik kapal, nak naik kapal..
nak naik kapaaaaaaaaal!
Meh lah naik
moh lah naik
Jom lah naiiikkk.
seronok wooo lepak kat the loaf tu..ala2 dok oberseee...hehe...but the pastries are great! rasa macam nak pi lagi...
hotel tu masa saya pi..baru dok bina..dah siap noo..
Memang lain betul suasana tempat tu tapi masa akak sampai hari tu, penuh, tak de meja kosong pun.
Post a Comment