Pages

Saturday, 30 July 2011

Hari Mantai

 

Di Negeri Sembilan ni,  sehari dua sebelum Ramadhan atau Syawal adalah hari yang sangat meriah dengan masak-masak. Keluarga saya pun tak ketinggalan. Dari kecik memang sangatlah sibuk jabatan dapur ni. Menu masakan pulak semuanya mencabar. Rendang ayam, rendang daging, lemang, dodol . Tapi itu masa mak saya, kak wok, masih aktif menjawat jawatan ketua pengarah jabatan dapur ni. Sekarang ni sejak dia dah naik pangkat jadi presiden, tugas dapur telah di sub kan pada dua orang anak perempuannya iaitu saya dan Puan Alang. Biasalah kitorang ni, kalau leceh sangat tu, pangkah saja dari menu, tak yah buat. Bukan rajin sangat pun. Lepas tu, puaslah mengadap kak wok, menerangkan pelbagai alasan kenapa menu itu kami pangkah dengan sewenang-wenangnya. He he he.

Kali ini, menu hari mantai pra Ramadhan kami ialah rendang daging hitam dan rendang ayam.

 

DSC00471Pagi-pagi lagi saya dan En.AHBY dah menuju ke batu 4 untuk mendapatkan daging lembu kampung fresh.

 

DSC00468 Dengar-dengar daging batang pinang dah naik hargalah pulak. Saya hanya beli 2 kg daging batang pinang, 1/2 kg hati dan 1/2 kg paru. Semuanya adalah kira-kira RM58.00 (after discount, sebab penjual daging itu sedara arwah abah saya. He he)

 

DSC00467 Suasana hari mantai ni tak semeriah di Seremban. Ada 1 gerai jual daging lembu dan 1 gerai jual ayam. Gerai yang lain-lain tu jual sayur-sayur kampung, pakaian dan juadah sarapan.

 

DSC00469 Nasi kerabu dan nasi dagang pun ada dijual.

 

DSC00466 Kebetulan pulak hari ini ada acara Perbarisan Tamat Latihan Perdana di Port Dickson. Maka jalanraya adalah sangat sesak. Nasib baik ada ramai abang polis trafik ni, kalau tidak berensotlah kereta nak bergerak. 

2 comments:

Dinas Aldi said...

Ohh di Negeri Sembilan dipanggil Hari Mantai naa. Di Penang dipanggil hari..err, takdak dipanggil hari apa2 sebab takda tradisi gini.

Aidah said...

Biasalah keluarga kami ni, kalau tradisi makan makan tu wojib dipatuhi turun temurun. He he he.