Apa hal budak dua orang ni berselubung ni? Nak kata sejuk macam obersi tak pulak. Kat luar tu matahari panas kemain, mencarak-carak.
Inilah sebabnya. Sekarang ni dah ada jual DVD Karak. Tapi sejak dah ada Astro First ni, DVD ori pun dijual dengan harga RM12.00 sahaja. Ragu-ragu jugak saya. Manalah tahu yang cetak rompak dia cakap ori kan. Nak tepon pihak berwajib, malas pulak (biasalah tu, prasangka buruk manjang, buat aduan tak nak). Jadi saya buangkan segala syak wasangka dan layan saje cerita ini.
Sangat khusyu' dan tawadhu' bila tengok cerita hantu. Yang si baju oren tu tersengih sebab dia dah pun tengok cerita Karak ni di asrama. Konon macam; "hek eleh aku tak takut pun, dah tahu kat ceruk mana hantu tu nak keluar". Tapi bila kita tanya dia, lepas ni apa jadi, sape yang mati dulu, dia macam tak sure lak. Kataaa dah tengok. Ini mesti tengok kat celah-celah jari je ni.
Kepada peminat cerita hantu dan suka sangat tengok berulang kali macam tengok konsert Celine Dion ke atau macam tengok konsert David Foster with friends ke (nampak no ahkak ni dah tuo, layan konsert macam ni je ke?), silalah dapatkan DVD ini di kedai video berhampiran. Yang jual di kedai mamak tu tak yah lah layan. Kalau adalah mamat lalok datang menjual kat meja anda kan. Kang tak pasal-pasal kita jadi penaja 'bekalan' dia untuk hari tu.
Sebelum saya blah dan pergi angkat kain di jemuran, sila bayangkan ada seseorang yang rambut panjang mengurai berketak ketak sedang mendendangkan lagu ini kepada kengkawan sume.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduaaaaaaaannnnnnn......HI HI HI HI HI
(diulang rangkap di atas 16 x)
Malam tu anak saya si penakut berdua tu tanya, "Mama, kenapa kalau bab-bab hantu tu, imejnya stuck kat dalam otak dengan teramat clearnya. Kalau abis study, ingatan clear macam ni, kan bagus kan mama."
Hmmmm....saya pun pelik jugak bila bab study, memanjang lupa je bebudak ni. Angkara syaiton agaknya kot!
2 comments:
tak mau tengok cita hantu, takoooooooot! filem hantu terakhir yg saya tengok ialah Ju On, 10 tahun lepas..tu diaaa lama tuh!
betoi kan pertanyaan dema tu, kalau study boleh ingat clear macam tu sure bestlah. ini asyik muka hantu ja yg clear bangat lps tengok, haisy..
He he he, sebenarnya tengok separuh je cerita tu sebab dah terlelap.
Post a Comment