Untuk yang pandai mengeja, hadiahnya ialah juadah Kelantan untuk santapan mata sahaja ya.
Yang kiri sekali itu adalah etok salai. Etok ni macam kepah kecil yang hanya ada di Kelantan.
Kalau tak kenyang lagi bagi close-up sikit. Ini namanya Gelembung Boyo (Buaya). Macamana buaya menghasilkan produk ni, tak pulak saya kaji.
Ini lagi satu manisan Kelantan. Tapi mahap deh ambo tok ingak gapo dio. Rasanya macam cotton candy tu.
Ini pulak kuih akok yang dah tinggal 1/2. Rasanya sangat nikmat. Cukup lain sedapnya dari yang selalu dibeli kat KL ni. Pembuat kuih ni sangat professional, siap ada delivery terus ke bilik hotel, panas-panas lagi. Harga adalah 40 sen sebiji.
Pak cik Keropok ni sangat peramah, siap suruh datang semula bila dah siap cuci gambar nanti. Kalau nak beli keropok belilah cap ikan emas, memang sedap rasanya dan tak gatal.
Dah konyang lum? Kalau tak konyang laie cubo sarhung corhomin, konyanglah nanti. (translation: you stomach full or not? If not wear some spec loh, sure can see better mah! After see better, stomach sure full, I guelenti. )
4 comments:
Lama betul la tak ke kelantan.
shopping ngan makan mmg best!
Ralit betul tgk batik kat entry bawah tu Kak Wok.
Memang betul. Akak yang baru pestaim pegi ni pun suda jatuh cinta.
sangat comel la ejaan Tesco dalam jawi...tisku...kihkihkih!
Harap-harap tulisan jawi ni tak pupus begitu sahaja kan.
Post a Comment