Jalan-jalan cari makan baru je buat review pasal restoran ni dan saya pun memang dah lama tak makan dim sum.
Suasana restoran yang tenang dan nyaman.
Nama dim sum ini, tak pulak saya ingat tapi adalah bunyi-bunyi chiong, mai, siew, pan dan sepupu sepapatnya lah.
Nama adalah tidak penting ya, tuan-tuan dan puan-puan. Yang penting halal dan sedap dimakan.
Setiap set dim sum ni harganya ialah RM9.00 dan untuk setiap set ada 3 jenis dim sum. Rasanya memang memuaskan hati.
Ayam black pepper pun sedap tapi medium portionnya sangat sedikit untuk 5-6 orang makan. Bebudak dua orang tu makan pun macam tak cukup je.
Claypot tofu ni macam wajib order pulak bila pergi makan kat chinese restaurant. Sayur macam ni bolehlah diterima tekak anak-anak.
Satu-satunya peserta berjersi hijau dalam barisan makanan kami. Macam nak tak nak je letak dalam pinggan nasi masing-masing. Kalau boleh nak order yang x-small sebab bebudak dua orang tu hanya pandang sebelah mata sahaja. Mak pak lah yang kasi perabis semua.
Ikan siakap stim ini adalah bersaiz small tetapi harganya adalah bersaiz x-large. Rasanya tak begitu mencapai tahap piawaian kesedapan di tekak dan otak.
Air longan buat pembasah tekak. Saya tak amik chinese tea sebab tak nak peluh keluar dengan amat meriah bila dah selesai makan nanti. Sangat tak menarik rupa masing-masing dengan berkilat muka bila peluh keluar meleleh-leleh ya.
Untuk 4 orang makan adalah RM 163.30. Sebenarnya kalau makan dim sum saja okeylah harganya tapi siakap stim tu lah yang buat En. AHBY agak terbeliak mata, maklumlah dah biasa makan seafood di KK yang murah belaka.
Kalau ke Kota Bharu bolehlah ke Seasons Restaurant di Hotel Grand Riverview untuk makan dim sum yang memang sedap.
3 comments:
mmng rate hotel la tuu...;D
Itu lah, sibbaik tak minum chinese tea, kalau tak lagi bertambah peluh bila nak membayo.
Rindu kak Aidah, saya mai baca entri lama2 ni :)
Semua makanan dalam gambaq di atas nampak mantop, termasuk yg jersi hijau tu :D
Post a Comment