Pages

Wednesday 27 April 2011

COUNTDOWN TO KK

 

Checklist-checklist-checklist… Sila tambah apa-apa yang patut bila teringat dalam kepala barang-barang yang nak dibawak ok.

P4270017

 

Arif gigih vacum living room sebab wan dan Alang & family nak datang petang ni. Milo pun sama nyebok gak!

P4270006 

 

Ni pulak bilik yang sekali sekala je kemas bila wan nak datang. Kalau tak mcm baru dilanda taufan je tau!

P4270015

 

Bilik si Taya tak sampai ati nak amik gambo sebabnya ialah bukan macam dilanda taufan TAPiiiii macam baru lepas tsunami!!! Ni nak kena leter ngan kak wok lagi ni kang, “Apo lak anak daro macam ni. Tak konanlah wan sepah-sepah ni!’

Haa Farah, mama dah kasi can tau, tak masuk dalam blog, bilik yang bersepah nun. Not todaylah kan, esok-esok belum tauuu. AWAS!

 

P4250024

Milo sedang menikmati carpet yang baru divacum. Kucing ni memanglah sangat pembersih. Kalau dia termuntah di sleeping basket dia tu, mau kembang bulunya kalau kita suruh dia tidur kat situ. Harus dibasuh dulu (dry clean je guna wet tissue). Dah dibasuh dia akan inspect dulu, cium-cium, bau-bau. Bila dah ok baru dia tidur. Kalau tak, maunya dia tidur atas kepala kita malam kang! Dahlah berat lebih 7 kilo, lemas pun boleh tau!

Tuesday 26 April 2011

NAMA SAYA FARAHATUN NAJIHAH BINTI AB HAMID

 

 

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. katanya: Secara marfuk Baginda s.a.w bersabda: Allah s.w.t mengutuskan Malaikat ke dalam rahim manusia. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani.

Setelah beberapa ketika malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalunya 40 hari Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging.

Apabila Allah s.w.t membuat keputusan untukmenciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya?

Segala-galanya dicatitkan semasa dalam perut ibunya lagi.

P4260004

Inilah rupa Farah dalam perut mamanya. Subhanallah.

Masa lebih kurang 36 weeks, siFarah ni buat perangai tak bergerak-gerak pulak. Kelam kabut mama dan babah ke Klinik Chaudhuri untuk check. Alhamdulillah tak de apa-apa cuma mungkin Farah banyak tidur hari tu. (sampai sekarang pun kuat tidur!).

From that day on mama kena buat hw, chart movement baby untuk  setiap 24 jam. Setelah melalui hari-hari yang bosan di rumah (ya, lectures dah abis,  final project dah hantar), Allah pun takdirkan dah sampai masanya Farah keluar dari perut mama.

 

Hari SABTU, 11 JUNE 1994 bersamaan 1 MUHARRAM 1415H, pukul 12.36 tengahari, Farah pun dilahirkan.

Hari tu mama macam  biasa balik kampung (PD) since petang jumaat lagi. Start sakit dari 2.00 am, mcm food poisoning pun ada gak.

Bila dah subuh masih tak hilang sakit dan ada ‘show’ sikit, kelam kabutlah pakngah yg kebetulan ada di PD drive mama ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur. (ya, sume orang tak percaya babah nak bawak kereta dlm keadaan kekalutannya itu, he he he).
Lama tak lama gak sakit, anak pertamalah kata ko, dan mama hanya ambil pethidine saje ok dan tidak epideural sebabnya pakngah tak galakkan. (tak tahulah kenapa ek). Walaupun pethidine tapi nikmatnya,ya Allah, khayal  ok!

Oleh kerana tak de pengalaman dan kurangnya tenaga, (selepas diorrhea mlm sebelumnya) susah betul nak teran Farah ni. Hampir-hampir saja si Chaudhuri tu guna vacum. (saya sgt  tak puas hati dgn dia ni tapi nak buat cemane, dia sorang je O&G perempuan di Tawakal masa tu).
Alhamdulillah setelah beberapa lama bertarung Farah pun lahir. Atuk telah mengqamatkan Farah. Alhamdulillah.

P4260005

Rupa sapelah budak ni masa kecik. Apesal sekarang ni berbeza no rupa Farah ni?

 

P4260008
Inilah En AHBY dengan first bornnya. Jambang,misai, janggut dan side burn tersangatlah meriahnya.

P4260007
Mama dengan anak perempuannya yang tak sabar-sabar nak disarungkan gown walaupun nampak macam tomboy je anaknya tu kan.

P4260015
Ini lak gambar kak wok, cikgu Suman (dah arwah dah atuk Farah ni) dengan mama yang memakaikan Farah dengan skirt nampak pusat pulak. Hissh tak sesuai tau!

P4260017
Farah dengan arwah Atuk Mak dan Atuk Abah. Antara features yang paling prominent skali kat Farah ni ialah matanya. Terbeliak semacam je kan. Keh keh keh.

P4260020 P4260019 

Rasa diri cute sangatlah tu ya! Ini masa Farah lebih kurang 6 bulan.

 

P4260024
Masa ni posing ala-ala perempuan paling ayu dalam Malaysia tau!

 

Haa gambar bila dah dewasa ni cukup susah mama nak snap. Malu bebeno.

Katanya, Farah yang dulu lain dan dia pun tak faham apesallah suka sangat ambik gambo. Well, for our documented memories, Farah! Nanti bila dah tua tak de gambar nak tunjukkan kat cucu-cucu lak, kan dah nyesal!

P1010452
This is the only solo photo of Farah dalam laptop mama. Inipun gambar candid, sib baik ok kan.

ALKISAH BANTAL BUSUK

 

Rasa-rasanya semua orang ada cerita tentang bantal busuk kan.

Dalam adik beradik kitorang, yang paling kelakar ialah Pn Alang. Masa kecik-kecik dulu bila nak tidur dia suka sangat memintal-mintal tali bantal peluknya lalu disumbatkan kedalam lubang hidungnya. Keh keh keh. Cukup gigih dalam usaha membesarkan lubang hidungnya. (jangan mare, Alang) Tapi sekarang ni Pn Alanglah orang yang sangat simple bab nak tidur ni.

Yang peliknya kito ni pulak yang semakin tua semakin complicated bab tidur ni. Maklumlah imsomnia yang diwarisi turun temurun dari kak wok. Sampaikan En AHBY pun komplen dengan susunan bantal-bantal yang diperlukan untuk saya ni lolap.

P4250026  
Yang pertama ialah set bantal ni. Yang ropol-ropol dan lembik-lembik tu untuk ditutupkan atas kepala bila tidur, jadi takdelah terdedah sangat kepala kita tu pada anasir-anasir misteri.

Ini kesan sampingan dari zaman sekolah dululah ni. STF, sekolah saya dulu cukup terkenal dengan student paling veteran dan tak pernah tinggalkan sekolah iaitu The Green Lady!!! Dia ni cukup suka kacau student time exam week. Adalah nanti timbul cerita-cerita budak kena usap dahi masa tengah tidur! Hiiiii seram.

Okeylah tu dah masuk cerita lain lak tu. Bantal biru yang lagi satu tu untuk letak atas pinggang. Motipnya, entahlah, rasa selesa je pulak.

Bantal ni dah bersama-sama saya, susah dan senang  selama lebih 30 tahun tau. Sarung tu bertukarlah tapi yang isi dalam bantal beropol-ropol tu dah banyak kali ditambah isinya dan dijahit.

 

P4250027
Yang ini pulak tersangat istimewa. Masa makku, kak wok nak pergi haji (1984), achiknya jahitkan dua bantal kecik untuk alas tidur kat Arafah ke atau mana-manalah yang sesuai. Satu untuk mak dan satu untuk abah.

Sekarang ni dua-dua saya bolot. (tamaklah pulak). Yang bestnya, bantal ni sejuk je walaupun time cuaca panas. Subhanallah. Selalunya saya akan peluk je bantal ni.

 

P4250031
Bantal besar pun ada 2 di kepala dan 1 lagi letak dibelakang badan.

Yang letak kat belakang badan tu pun ada kena mengena dengan anasir-anasir yang tak diingini gak.( Green Ladylah apa lagi). Takdelah expose sangat belakang kita tu kan. Hi hi hi.

Boleh cuba kalau tak caye. Kita akan rasa secure semacam je, kalau ada bantal kat belakang.

 

P4250014 
Inilah set bantal tidur saya .
Bantal peluk tu penting yang amat gak ya! Ini memang masalah keturunan kak wok. Dari yang tua sampailah cucu-cucu, asal nak tidur, mulalah cari bantal peluk.

Bila semua orang berkumpul kat kampung, akan adalah bab menyorokkan bantal peluk masing-masing bila nak malam. Takut ada yang curi, maklumlah tak cukup bekalan bantal peluk.
Kadang-kadang boleh berkelahi lagi! “Kang Wan antuk kopalo duo-duo ni kang. Kelaiilah lagi! Bilo nak tidur borobut, kang dah tidur tah mano-mano poii eh banta tu!’’, leter kak wok. Lansung sonyap cucu cucu eh.

Dulu masa arwah mertua masih ada lagi, saya akan pack bantal-bantal ni dalam kereta setiap kali balik Muar. Sekarang ni kalau balik PD saya hanya pack 2 bantal biru tu saja.

 

P4250017 
Ini pulak keperluan Cik Taya untuk tidur. Taya ni peminat tegar kucing tapi sebab athma tak dapatlah bawak Milo tidur sekali.

Untuk En AHBY sangatlah ringkas, cukup dengan 1 bantal tidur sahaja.

Arif pun sangat simple walaupun tetap dgn bantal peluknya yang wojib ada.

 

 

P1010946
Ini pulak bantal busuk sape yek?

 

 


P1010941
Ini Milo punyeee. Jangan jeles! Bantal ni ehsan dari Arif (KH project std 5).

Amboi, tengok muka Milo tu, tengah layan nafsu untuk lolap sepanjang hari. Ceh!

Monday 25 April 2011

RAJIN KE ATAU…………….

 

P4250036
Cik Taya yang sangat gigih membuat homework. Berselerak ruang tamu dibuatnya.

 


P4250037
Si adiknya pun sama tapi bila nampak mama snap gambar mulalah dia buat posing skema.

 

P4250038

Kes rajin tetiba ni sebab nak pegi bercuti ke atau kelam kabut sebab cikgu dah sound suruh hantar assignment? Yang mana satu ek? Whichever reasons, just do your duty as responsible students. Study hard , jgn melawan cakap cikgu dan paling penting solat  5 waktu  jgn sesekali abaikan!  OH! Tetiba pulak mama ni macam bagi tazkirah pulak dalam entry kali ni. He he he!

 


 

P4240047
Milo macam biasa homeworknya tidur dan sangat gigih menambah lemak di badan. Apalah nak jawab bila timbang dengan Dr Yasir Arafat nanti. Huh, glamorkan nama vet Milo ni. Mula-mula dengar tu ingat main-main je namanya macam tu rupa-rupanya betul. Kadang-kadang tengok ada juga iras-iras muka pemimpin tersohor Palestine tu!

HARI-HARI HUJAN

 

 

P4240030
Gelapnya awan tu. Banyak isi kandungan yang nak dicurahkan. Masa ni angin punyalah kuat! Si Taya yang takutkan ribut dan hujan  dari kecik tu mulalah tensyen. Hujan itukan rahmat Allah, anakku.

 


P4240038
Kemudian hujan pun turun dengan lebatnya. Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama menadah tangan kerana waktu hujan adalah antara waktu-waktu mustajab berdoa ya anak-anak.

 

P4240043
Selepas lebih kurang 45 minit, hujan pun berhenti…Cik Taya pun boleh tarik nafas panjang sekarang.

Sunday 24 April 2011

Kagumnyaaaa.

 

 

images

Waktu ini adalah waktu sangat sedih. Bukan sikit-sikit menetes airmata tetapi teresak-esak lagi menangis.

Sebabnya…ialah kekaguman saya pada kucing yang bernama Hero ini. Kedua-dua kaki depannya telah dipotong oleh seorang pemilik restoran bukan Islam hanya kerana kucing ini mencuri seekor ikan. Kuasa Allah s.wt , seorang hambaNya yang sangat penyayang ini nampak dan bawak kucing ini balik dan hanya berbekalkan minyak gamat telah merawat kucing ini sampai sembuh.

Sekarang ini kucing ini menjadi kesayangan keluarganya. Semoga Allah membalas budibaik hambaNya ini dengan balasan syurga.Amin. Kalau nak follow cerita Hero ni boleh klik kakimotong.

 

 

Ini adalah leteran mama untuk Milo. “Tengok tu Milo, kesian kat Hero tu. Tak de 2 kaki pun masih gigih berjalan. Milo ni cukup semua 4 kaki, badan sihat tapi masih tiduuuuuuuur je!

 

P4220004

Aduuuhai penatlah kena leter sunday-sunday morning nih!

Saturday 23 April 2011

INI IALAH WAHAU

 

 

Pada suatu pagi di sebuah rumah teres 2 tingkat di Bandar Baru Selayang, En. AHBY sedang bersiap-siap untuk pergi kerja.
Seperti biasa En. AHBY akan keluar membeli sarapan kegemarannya iaitu roti canai. Isteri En.AHBY pula sedang sibuk membawa bakul kain kotor untuk dimasukkan ke mesin basuh yang terletak di luar dapur rumah itu.

Tiba-tiba sebaik saja pintu dapur dibuka muncullah seekor kucing yang sangat kotor dengan bulu yang berkeping-keping masuk ke dalam rumah. “Waaahaaau” kata kucing itu.

Macam itulah mulanya riwayat kucing bernama Wahau dalam keluarga kami. Dari hari pertama kami beri makan dan dia pun memang muka tak malu buat macam rumah sendiri saja (siap baring-baring lagi atas sofa).

Yang paling kami kesian ialah bila kami balik kampung dan hari pulak hujan, Wahau akan berteduh di garaj kereta dalam kesejukan dan kelaparan. Puas kami tanya  jiran-jiran siapalah agaknya tuan kucing ini tapi tiada siapa tahu.

Sehinggalah tiba hari kami untuk berpindah rumah, Kak Wok yang sangat penyayang pada kucing bersedia mengambil Wahau sebagai kucing angkat. Lalu kami pun membawa Wahau pulang ke Port Dickson.

 

 

P1010600
Masa mula-mula dulu Wahau sangatlah selekeh dan serabai. Kak Wok kata macam ‘Ramakutik’.

Siapakah itu? Ramakutik ialah orang gila dengan rambut panjang berkeping-keping (hasil dari tidak pernah jumpa sikat rambut seumur hidupnya), yang kami sangat takut masa kami kecik-kecik dulu.

Sekarang ini Wahau sangatlah cantik setelah dilakukan teknik membotakkan bulunya oleh veterinar dan bibik Puan Alang, Ning.

Hasilnya lihatlah buluku, ala-ala pedigree kan…. 

 

face wahau (2)P1010602

 

Semua orang bertanya, mana kami beli kucing ni, berapa harganya?  Oooh….tidak dibeli, kami pungut je kat belakang rumah.

Bosanlah duduk umah aje.

 

 

DSC00053

Bilalah mama nak balik ni….. Boringnye…

 

P1010363 

Tidurlah kejap.

 

 

P1010364

Tidur lagi dan lagi dan lagi……zzzzzzzzzzzzz

 

Setelah sabar menunggu mama pun balik dari JJ dan Milo pun mendapat sehelai baju baru Yeeeaahh!!!!

 

P4230015 P4230018 P4230017

Cantik tak? Caaaaantiiik.

Aktiviti Hari Sabtu

Alhamdulillah, syukur pagi ini kita berpeluang lagi menatap langit nan biru, matahari yang cerah dan yang paling kusyukuri ialah wajah-wajah kesayangan masih ada di depan mata. Alhamdulillah.

Hari ini Jusco ada J Card Members' Privilege Day. So marilah sama-sama kita ke JJ sebab beli barang supermarket ada 5% disc. (exc. controlled item such as minyak masak, beras dll).


Yang penting hari ini tak lupa bawak grocery bags ok!
Inilah hasilnya membeli barang agak lebih kurang. Itupun habis gak RM260.  Yang besar-besar hanya minyak masak dan sabun basuh saja. Beras dan brg-brg lain masih byk lagi di rumah. Arrrgh tensyen dgn nilai duit sekarang ni!


COBAAN..................COBAAN....

Nisya, peminat no 1 Wali Band.
Ini yang maleh kalau dah book airfare awal-awal, hotel pun dah booked gak siap payment pun dah done! Ada aje cobaan yang mendatang. Mulanya Cik Nisya balik skola komplen, Wan, Nisya penatlah. Kak wok pun raba-rabalah dahi dia. Memang sah domam! Alhamdulillah rumah tu macam gudang ubat  so bermulalah sesi mkn ubat.
The next day adalah hari balik Serting Puan Alang n family termasuklah dua-dua anaknya Cik Nisya dan En. Abang. Tetiba mlm tu Puan Alang tepon ckp En.Abang pulak demam! Haa dia ni kalau demam lagi teruk sampai dulu pernah masuk spital lagi. Memang dah agak sampai 4 hari pun temperature masih tinggi. Adooi...ai. Nak amik darah punyalah siksa budak ni. Nasib baik mama dia sendiri amikkan. Alhamdulillah blood test ok! Lopeh tu Puan Alang pulak domam, alamak aihhh! Dugaan-dugaan. Sabar ajelah.....Mulalah oghang lain pandang Nisya semacam diikuti dgn dialog "Ini Nisyalah punya pasal ni! Habih domam satu ghumah!" Sian Cik Nisya tau. Nak buat macamane tadika memang loji kuman kan. Banyak-banyaklah berdoa pada Allah agar semua orang sihat walafiat. Amin.      

Friday 22 April 2011

Saya suka Ustaz Muhammad bin Abdullah

My favourite ustaz is on "Tanyalah Ustaz" TV9 today. Tajuk hari ini adalah Dilema Rumahtangga. Things that I learned today:
Bisikan Syaitan pada rumahtangga :
1. Bisikan jemu
2. Bisikan tidak hormat
3. Bisikan cemburu
4. Bisikan ungkit mengungkit.
Syaitan akan sentiasa menganggu rumahtangga orang muslim kerana rumahtangga adalah gedung pahala.

Surah hari ini ialah surah untuk lembutkan hati suami/isteri iaitu SURAH TOHA ayat 1-5.
Ustaz Muhammad ada blognya sendiri iaitu http://www.ustazamin.com/. Cara penyampaian ustaz ni sangat menarik dan yang penting tak mengantuk ok. Doa penutupnya  boleh buat kita merasakan bahawa kita ni hanya hamba yang sangat lemah dan sentiasa mengharapkan  perhatian Allah tak kiralah dalam bentuk rahmat atau dugaan. Ada masa-masanya mengalir jugak airmata.

Thursday 21 April 2011

JEMARI SPA

Bilalah nak abis potong kuku ni!!!
Today is Milo's manicure day. Sebenarnya baru bangun tidur, tulah senang sikit nak klip kuku kalau tak NGAP sekali tangan orang ni. Muka mantain tensyen.

Gunung Kinabalu

Adakah gunung kinabalu ini akan malu dan bersembunyi?
Atau menonjolkan dirinya dengan gagah seperti ini..
En. AHBY sangat berhajat nak ambik gambar dgn berbackgroundkan gunung Kinabalu ni. Dapatkah agaknya? Entahlah kalau ada rezeki dan diizinkan Allah dapatlah. Menurut driver teksi yang bawak kitorang jln-jln masa our first trip to kk dulu, gunung Kinabalu ini pemalu seperti namanya. Susah nak nampak dgn clear. Hmmm kita tengoklah nanti ek!