Pada suatu pagi di sebuah rumah teres 2 tingkat di Bandar Baru Selayang, En. AHBY sedang bersiap-siap untuk pergi kerja.
Seperti biasa En. AHBY akan keluar membeli sarapan kegemarannya iaitu roti canai. Isteri En.AHBY pula sedang sibuk membawa bakul kain kotor untuk dimasukkan ke mesin basuh yang terletak di luar dapur rumah itu.
Tiba-tiba sebaik saja pintu dapur dibuka muncullah seekor kucing yang sangat kotor dengan bulu yang berkeping-keping masuk ke dalam rumah. “Waaahaaau” kata kucing itu.
Macam itulah mulanya riwayat kucing bernama Wahau dalam keluarga kami. Dari hari pertama kami beri makan dan dia pun memang muka tak malu buat macam rumah sendiri saja (siap baring-baring lagi atas sofa).
Yang paling kami kesian ialah bila kami balik kampung dan hari pulak hujan, Wahau akan berteduh di garaj kereta dalam kesejukan dan kelaparan. Puas kami tanya jiran-jiran siapalah agaknya tuan kucing ini tapi tiada siapa tahu.
Sehinggalah tiba hari kami untuk berpindah rumah, Kak Wok yang sangat penyayang pada kucing bersedia mengambil Wahau sebagai kucing angkat. Lalu kami pun membawa Wahau pulang ke Port Dickson.
Masa mula-mula dulu Wahau sangatlah selekeh dan serabai. Kak Wok kata macam ‘Ramakutik’.
Siapakah itu? Ramakutik ialah orang gila dengan rambut panjang berkeping-keping (hasil dari tidak pernah jumpa sikat rambut seumur hidupnya), yang kami sangat takut masa kami kecik-kecik dulu.
Sekarang ini Wahau sangatlah cantik setelah dilakukan teknik membotakkan bulunya oleh veterinar dan bibik Puan Alang, Ning.
Hasilnya lihatlah buluku, ala-ala pedigree kan….
Semua orang bertanya, mana kami beli kucing ni, berapa harganya? Oooh….tidak dibeli, kami pungut je kat belakang rumah.
1 comments:
gumuksnyeee!!!! apsal kucing saye keding je.. :(
Post a Comment