Rasa-rasanya semua orang ada cerita tentang bantal busuk kan.
Dalam adik beradik kitorang, yang paling kelakar ialah Pn Alang. Masa kecik-kecik dulu bila nak tidur dia suka sangat memintal-mintal tali bantal peluknya lalu disumbatkan kedalam lubang hidungnya. Keh keh keh. Cukup gigih dalam usaha membesarkan lubang hidungnya. (jangan mare, Alang) Tapi sekarang ni Pn Alanglah orang yang sangat simple bab nak tidur ni.
Yang peliknya kito ni pulak yang semakin tua semakin complicated bab tidur ni. Maklumlah imsomnia yang diwarisi turun temurun dari kak wok. Sampaikan En AHBY pun komplen dengan susunan bantal-bantal yang diperlukan untuk saya ni lolap.
Yang pertama ialah set bantal ni. Yang ropol-ropol dan lembik-lembik tu untuk ditutupkan atas kepala bila tidur, jadi takdelah terdedah sangat kepala kita tu pada anasir-anasir misteri.
Ini kesan sampingan dari zaman sekolah dululah ni. STF, sekolah saya dulu cukup terkenal dengan student paling veteran dan tak pernah tinggalkan sekolah iaitu The Green Lady!!! Dia ni cukup suka kacau student time exam week. Adalah nanti timbul cerita-cerita budak kena usap dahi masa tengah tidur! Hiiiii seram.
Okeylah tu dah masuk cerita lain lak tu. Bantal biru yang lagi satu tu untuk letak atas pinggang. Motipnya, entahlah, rasa selesa je pulak.
Bantal ni dah bersama-sama saya, susah dan senang selama lebih 30 tahun tau. Sarung tu bertukarlah tapi yang isi dalam bantal beropol-ropol tu dah banyak kali ditambah isinya dan dijahit.
Yang ini pulak tersangat istimewa. Masa makku, kak wok nak pergi haji (1984), achiknya jahitkan dua bantal kecik untuk alas tidur kat Arafah ke atau mana-manalah yang sesuai. Satu untuk mak dan satu untuk abah.
Sekarang ni dua-dua saya bolot. (tamaklah pulak). Yang bestnya, bantal ni sejuk je walaupun time cuaca panas. Subhanallah. Selalunya saya akan peluk je bantal ni.
Bantal besar pun ada 2 di kepala dan 1 lagi letak dibelakang badan.
Yang letak kat belakang badan tu pun ada kena mengena dengan anasir-anasir yang tak diingini gak.( Green Ladylah apa lagi). Takdelah expose sangat belakang kita tu kan. Hi hi hi.
Boleh cuba kalau tak caye. Kita akan rasa secure semacam je, kalau ada bantal kat belakang.
Inilah set bantal tidur saya .
Bantal peluk tu penting yang amat gak ya! Ini memang masalah keturunan kak wok. Dari yang tua sampailah cucu-cucu, asal nak tidur, mulalah cari bantal peluk.
Bila semua orang berkumpul kat kampung, akan adalah bab menyorokkan bantal peluk masing-masing bila nak malam. Takut ada yang curi, maklumlah tak cukup bekalan bantal peluk.
Kadang-kadang boleh berkelahi lagi! “Kang Wan antuk kopalo duo-duo ni kang. Kelaiilah lagi! Bilo nak tidur borobut, kang dah tidur tah mano-mano poii eh banta tu!’’, leter kak wok. Lansung sonyap cucu cucu eh.
Dulu masa arwah mertua masih ada lagi, saya akan pack bantal-bantal ni dalam kereta setiap kali balik Muar. Sekarang ni kalau balik PD saya hanya pack 2 bantal biru tu saja.
Ini pulak keperluan Cik Taya untuk tidur. Taya ni peminat tegar kucing tapi sebab athma tak dapatlah bawak Milo tidur sekali.
Untuk En AHBY sangatlah ringkas, cukup dengan 1 bantal tidur sahaja.
Arif pun sangat simple walaupun tetap dgn bantal peluknya yang wojib ada.
Ini pulak bantal busuk sape yek?
Ini Milo punyeee. Jangan jeles! Bantal ni ehsan dari Arif (KH project std 5).
Amboi, tengok muka Milo tu, tengah layan nafsu untuk lolap sepanjang hari. Ceh!
0 comments:
Post a Comment