Pages

Showing posts with label Wahau. Show all posts
Showing posts with label Wahau. Show all posts

Thursday, 26 January 2012

Haiiii! Lamanyaaaaa cuti!

 

 

Assalamualaikum,

Fullamak cuti panjang akak ya. Tengok kawan2 gigih update. Ahkak jugak yang terbabas cuti padahal dah balik KL pun. Cuma agak malas sejak akhir2 ni dan badan pun agak kurang sihat.

 

021

Cuti hari tu akak balik kampung jugak dari hari Sabtu sampai hari Selasa. Hari Sabtu tu bertolak pukul 7.15 am tapi highway S'ban KL dah sesak  dengan kereta. Berensot jugak tapi masih bergerak, Alhamdulillah.

Sampai PD terus memerap duduk rumah sebab jam yang tiap2 hari dihadap dek orang KL tu dah berpindah pulak ke PD. Hari Ahad tu akak keluar jugak pagi2 pergi Giant. Perjalanan balik rumah semula sampai dekat 2 jam. Padahal hanya lebih kurang 12 km je. Menanges disitu.

Jadinya kali ni, nak berjalan sepoi2 manja exercise tepi pantai pun akak tak dapat buat. Hanya makan tidur, makan tidur macam.............

 

112

Macam si tembam atas tu. Tak de maknanya dia nak duduk bersantai dgn kucing2 lain kat luar tu. Pot baiiiiik punya dalam bilik atas katil bawah ekon. Yang anak ni pun asik nak berkepit dengan daddy debab tu sebab kalau balik kampung bertambah jakun si Moli tu. Semua benda pelik. Semua benda nak disemburnya. Orang gelakkan dia pun disemburnya. Kelakar betul. Dah tak kenal dia dgn tempat asalnya. Dasar lupa daratan betul.

 

 

041046

Kat rumah mak akak ni ada 3 ekor kucing yang sangat suspicious di mata Moli. Antara ramai2 tu, inilah yang paling ditakuti Moli. Ketua mafia cawangan Teluk Kemang, Wahau.

 

 

143142

Sebab apa dia takut? Sebab Wahau ni ada kuasa luar biasa tau. KUASA HIMPITAN BERAPI!!!! Tak de lah berapi sangat pun. Hanya berbulu je dan mungkin Moli takut lemas dgn bulu Wahau ni kot. Menjerit2 dia panggil  Daddi! Daddi! Help meeee!!!

 

 

P6140867

Tapi Wahau tu harap muka je garang, hati lembut macam span. Daaaan Wahau juga sangat takuuuut pada ketua gangster cawangan Seri Kembangan ni. Muahahaha. Tak boleh lawan ganasnya, der. Masa kat kampung hari tu sempat jugak dia melempang Wahau. Berterbangan bulu Wahau akak tengok atas simen balkoni tu. Dan Mak akak telah menggunakan kuasa veto dan mengarahkan Milo dibawak masuk bilik akak, jauh dari Wahau.

 

 

P4240045

Jawab Milo, " Lagiiiii aku suka sebab dapat tidur bawah ekon. Hahaha ......zzzzzzzz."

Thursday, 22 December 2011

Milo yang anti-Wahau.

 

 

Tak tahulah akak kenapa kucing 2 ekor ni tak boleh berjumpa. Mengggerrrrrrem je dua ekor ni. Entah2 parti politik dia lain2 kot. Baka memang tak samalah tapi apa hal anti sangat.

 

005

Milo dengan muka menyampah terlampau kat Wahau. Si Wahau pulak dengan muka, 'engkau tak nak, aku lagi tak hingin!'. Moli pulak duduk terselit kat Milo tu, nampak mata je. Milo ni dah mula memasukkan jarum hasutan kat anak dia, Moli tu. Moli bila jumpa Wahau, siap sembur2 lagi tapi kucing kecik ni kalau sembur pun bukannya ada apa, cuma macam spray mist je. Hahaha. Agaknya Wahau dengan bongkak cakap, " Kalau nak lawan aku, datang sendiri face to face lah, Milo. Apa kelas hantar budak kecik ni. Aku lempang sekali tercampak celah lemari. Muahahaha." 

 

028

Ada satu pagi tu, si Milo tengah syok2 usha burung kat balcony rumah. Tetiba si Wahau datang sebelah tanpa rasa takut macam samseng je. Moli pulak hasut2 daddy dia, Milo tu. "Daddy! Look Daddy! That enormous ugly cat is at your nine o'clock! Finish him off, Daddy!" (kemain speaking si Moli ni kan)

 

029

Milo pun apa lagi. " Cis! Berani kau keluar dari bilik dan datang duduk sebelah aku! Dahlah gumuk, kusut masai pulak tu."

 

 

006 Haaa? Cantik gebus macam ni kau cakap kusut masai, Milo?  Tak faham ke yang Wahau ni kan macam ala2 mat saleh datang Malaysia kan. Mixed tu bukan kucing kampung kan walaupun dipungut jugak. Hehehe.

 

035

Lepas bertikam lidah semua tu, ada lah aksi aku tampar kau, kau tampar aku yang agak mencemaskan. Cuba tengok, bulu Wahau bersepah sana sini atas carpet tu. Akak tak sempat amik gambar pun sebab kalut jugak menjerit2 nak pisahkan kucing 2 ekor tu. Tapi ayat skema akak bila ditanya mak, " Ianya berlaku dengan sekelip mata saja, omak!". Mak akak masa tu cemas betul, takut Wahau cedera ke apa. Tapi akak tengok tak de apa2 luka pun  sebab hanya bulu je yang tercabut sikit, tak botak pun. Lagipun dia kan mewah bulu, memang patut dikenakan zakat sikit.  Walau macamana pun Wahau terus dimasukkan ke dalam bilik untuk rawatan kecemasan dan observation. Tapi sebenarnya nak bagi tarbiyyah sikit supaya dia amik iktibar.   Masa scene kecoh2 tu manalah pergi Moli agaknya.                 

 

033 Si penghasut ni menyorok belakang langsir ni. Memang dasar pengecut tau. Macamlah orang tak nampak dia. Kucing sekor ni dah mula menunjukkan kelakuan tak semenggah. Nak kena babab ni tau.

Tuesday, 18 October 2011

Wahau domam

 

 

001 2 minggu lepas, mak akak punyalah risau sebab si gebu ni domam.

"Alahaiii Da, Wahau domam agak eh! Moyok yo mak nengok. Cor kau anta Wahau ni poie kelinik. Ghisau mak nengok eh. Makan tak nak, minum tak nak. Tiduuur yo bawah katil tu haa."

Akak pun suruhlah si Arif  masuk bawah katil amik Wahau. Kalau akak yang masuk, takut tersekat lak nanti. Dah jadi keje nak angkat katil pulak kang.

Dah bawak keluar tu, akak pun tengok lah keinginan bergurau si Wahau ni. Kalau nampak attentive tu, okeylah tapi kalau tak nak lansung, risau gak dibuatnya. Goyang2 sikit pensil depan dia, dia nak jugak tangkap tapi sambil baring je lah. So akak kata ngan mak.

" Tunggu esoklah mak yo. Macam okey ni. Dia kan memang spesies pemalas, makan tidur, makan tidur yo kojo eh."

Mak akak sentap tetiba, " Eh! Tak lah. Wahau tu tak do macam Milo kucing kau tu doh! Kalau tingga ngan mak, mauuu dio gughau, melompek-lompek. Milo tu yo maleh!  Asik buek taik mato yo kojo eh! (tak pasal2 Milo dikutuk oleh omak den. Siaaaaan Milo)

Lepas tu mak akak sambung lagi, " Cor kau ghaso tapak kaki eh tu. Paneh, angka  yo kan." (angaka tu maksudnya macam dedar lah atau panas tapi tak berapa panas, sebutannya macam sebutan bahasa baku ya, anak2 semua)

Akak pun rasalah tapak kaki Wahau, memanglah panas sikit tapi taklah terlampau panas. Tapi akak pujuk mak lagi, biarlah dulu. Nasib baik malam tu dia dah okey sikit. Dan esoknya Wahau dah mahu berlari sana sini.  Lepas tu bila akak masuk bilik mak akak, akak terdengar suara mak.

" Wahau, tok sah lah sakit yo, sayang! Ghisau oghang. Tok sah domam2 lagi lopeh ni yo!"

Mak akak bercakap dengan Wahau lah pulak. Mak akak memang macam tu dari dulu lagi. Dia cukup sayang dengan kucing2nya. Dan kucing2 mak memang macam faham je dengan mak terutama Wahau ni. Bila mak tidur, dia akan naik tidur sebelah mak dan cium2 pipi mak, siap letak tangan lagi kat kepala mak. Bila mak akak ke tandas dengan tongkat kaki empat tu, dia akan tunggu depan pintu tandas, kadang2 dia masuk sekali teman mak. Hehehe tak malu Wahau tengok orang buang air. Ketumbit baru tahu. 

Monday, 4 July 2011

Pencinta Kucing

 

Dari kak wok sampai anak-anaknya dan sampailah ke cucu-cucu, semuanya sayangkan kucing. Masa kecik dulu, kucing peliharan kami berbelas ekor tapi lepas bebas macam tu saja. Maklumlah kucing kampung, tentulah rugged kan. Makanan pun hanya nasi yang digaul dengan ikan bilis.

Sekarang ni kucing kat rumah hanya kenal friskies, whiskas dan royal canine saje. Bertuah betul. Tapi yang eloknya kalau makan macam ni, tahi dia pun tak busuk sangat dan senang untuk dibuang. (ya, orang yang sayang kucing ni tak kisah pun kena buang tahi kucing ni.)

Kami ni pantang jumpa kucing, mesti nak membelai. Kalau tak de badan pemantau yang ahli tunggalnya En.AHBY, memang banyaklah kucing kat rumah ni. Selalunya kalau lebih-lebih sangat sampai nak bawak balik stray cats tu, En.AHBY akan menggunakan teknik kerutan muka melampau dan kadang-kadang diikuti dengan membuntangkan mata. Lansung tak jadi nak bawak balik rumah. 

Baru-baru ni, adalah manusia yang tak berhati perut membuang seekor anak kucing kat dalam semak di tepi jalan tak jauh dari rumah kak wok. Puan Alang yang tak sampai hati telah membawa anak kucing tu balik rumah. Kesian, kecik sangat lagi dah kena buang.

 

 

020Hujan turun dengan lebat pada malam tu. Tak tahulah apa kan jadi kalau kucing ni tak di ambil oleh Puan Alang.

 

028Bertuahlah kucing ni sebab lepas ni makan pun sedap-sedap.

 

P5290900Sekarang ni di ruamah kak wok ada 3 ekor kucing pungut iaitu Wahau….

 

P5140551  Yang berotak tiga suku, Sagwa dan

 

 

nikon2 074

Milo yang selalu bertandang ke rumah kak wok every weekend untuk meraih subsidi makanan.

 

 

012 Oopps…sesat pulak gambar seekor dari rabbits peliharaan anak-anak Puan Alang.

 

002

Kalau dah sayang kucing, memang biasalah ada kesan calar di sana sini. Budak ni bila kita tanya kenapa ada calar kat hidung tu, dia senyap saja. Lepas tu dia bisik pada si kakak “Isya kena cakar dengan Wahau”. Sebabnya adalah dia telah melakukan keganasan melampau dengan menunggang Wahau ke sana kemari. Hmmm….jatuh saham penyanyi femes ni.

Tuesday, 17 May 2011

IMPORTED MANICURIST

 

 

P5140580
Ohh  TIDAK!  Jangan potong kukuku ini! Manicurist dari Jemari Spa telah menjalankan tugas ke atas Wahau.


P5140578
Bersilat dia bila nak potong kuku. Semua jenis silat keluar. Hebat SiWahau ni. Kalau camni kena caj lebih ni.


P5140582

Last-last dah penat bersilat, diam jugak dia. Tapi muka masam kelat!
Buat pengetahuan semua, Jemari Spa akan membuka cawangan di Teluk Kemang tak lama lagi.

Saturday, 23 April 2011

INI IALAH WAHAU

 

 

Pada suatu pagi di sebuah rumah teres 2 tingkat di Bandar Baru Selayang, En. AHBY sedang bersiap-siap untuk pergi kerja.
Seperti biasa En. AHBY akan keluar membeli sarapan kegemarannya iaitu roti canai. Isteri En.AHBY pula sedang sibuk membawa bakul kain kotor untuk dimasukkan ke mesin basuh yang terletak di luar dapur rumah itu.

Tiba-tiba sebaik saja pintu dapur dibuka muncullah seekor kucing yang sangat kotor dengan bulu yang berkeping-keping masuk ke dalam rumah. “Waaahaaau” kata kucing itu.

Macam itulah mulanya riwayat kucing bernama Wahau dalam keluarga kami. Dari hari pertama kami beri makan dan dia pun memang muka tak malu buat macam rumah sendiri saja (siap baring-baring lagi atas sofa).

Yang paling kami kesian ialah bila kami balik kampung dan hari pulak hujan, Wahau akan berteduh di garaj kereta dalam kesejukan dan kelaparan. Puas kami tanya  jiran-jiran siapalah agaknya tuan kucing ini tapi tiada siapa tahu.

Sehinggalah tiba hari kami untuk berpindah rumah, Kak Wok yang sangat penyayang pada kucing bersedia mengambil Wahau sebagai kucing angkat. Lalu kami pun membawa Wahau pulang ke Port Dickson.

 

 

P1010600
Masa mula-mula dulu Wahau sangatlah selekeh dan serabai. Kak Wok kata macam ‘Ramakutik’.

Siapakah itu? Ramakutik ialah orang gila dengan rambut panjang berkeping-keping (hasil dari tidak pernah jumpa sikat rambut seumur hidupnya), yang kami sangat takut masa kami kecik-kecik dulu.

Sekarang ini Wahau sangatlah cantik setelah dilakukan teknik membotakkan bulunya oleh veterinar dan bibik Puan Alang, Ning.

Hasilnya lihatlah buluku, ala-ala pedigree kan…. 

 

face wahau (2)P1010602

 

Semua orang bertanya, mana kami beli kucing ni, berapa harganya?  Oooh….tidak dibeli, kami pungut je kat belakang rumah.