2 minggu lepas, mak akak punyalah risau sebab si gebu ni domam.
"Alahaiii Da, Wahau domam agak eh! Moyok yo mak nengok. Cor kau anta Wahau ni poie kelinik. Ghisau mak nengok eh. Makan tak nak, minum tak nak. Tiduuur yo bawah katil tu haa."
Akak pun suruhlah si Arif masuk bawah katil amik Wahau. Kalau akak yang masuk, takut tersekat lak nanti. Dah jadi keje nak angkat katil pulak kang.
Dah bawak keluar tu, akak pun tengok lah keinginan bergurau si Wahau ni. Kalau nampak attentive tu, okeylah tapi kalau tak nak lansung, risau gak dibuatnya. Goyang2 sikit pensil depan dia, dia nak jugak tangkap tapi sambil baring je lah. So akak kata ngan mak.
" Tunggu esoklah mak yo. Macam okey ni. Dia kan memang spesies pemalas, makan tidur, makan tidur yo kojo eh."
Mak akak sentap tetiba, " Eh! Tak lah. Wahau tu tak do macam Milo kucing kau tu doh! Kalau tingga ngan mak, mauuu dio gughau, melompek-lompek. Milo tu yo maleh! Asik buek taik mato yo kojo eh! (tak pasal2 Milo dikutuk oleh omak den. Siaaaaan Milo)
Lepas tu mak akak sambung lagi, " Cor kau ghaso tapak kaki eh tu. Paneh, angka yo kan." (angaka tu maksudnya macam dedar lah atau panas tapi tak berapa panas, sebutannya macam sebutan bahasa baku ya, anak2 semua)
Akak pun rasalah tapak kaki Wahau, memanglah panas sikit tapi taklah terlampau panas. Tapi akak pujuk mak lagi, biarlah dulu. Nasib baik malam tu dia dah okey sikit. Dan esoknya Wahau dah mahu berlari sana sini. Lepas tu bila akak masuk bilik mak akak, akak terdengar suara mak.
" Wahau, tok sah lah sakit yo, sayang! Ghisau oghang. Tok sah domam2 lagi lopeh ni yo!"
Mak akak bercakap dengan Wahau lah pulak. Mak akak memang macam tu dari dulu lagi. Dia cukup sayang dengan kucing2nya. Dan kucing2 mak memang macam faham je dengan mak terutama Wahau ni. Bila mak tidur, dia akan naik tidur sebelah mak dan cium2 pipi mak, siap letak tangan lagi kat kepala mak. Bila mak akak ke tandas dengan tongkat kaki empat tu, dia akan tunggu depan pintu tandas, kadang2 dia masuk sekali teman mak. Hehehe tak malu Wahau tengok orang buang air. Ketumbit baru tahu.
0 comments:
Post a Comment