Pages

Monday, 31 October 2011

Bercanda di pantai Blue Lagoon

 

Sebenarnya akak ni malas sangat nak bawak budak2 mandi laut walaupun hampir setiap minggu balik PD. Dalam setahun nak dapat sekali mandi laut pun susah, komplen anak2. Bukannya apa, nanti bila mandi laut, badan dah lah melekit, lepas tu transfer pasir laut tu semua bawak balik sampai rumah. Lagi pun selalunya bila balik PD, sibuklah pulak pergi beli stok barang2 keperluan mak akak untuk seminggu dua. Maklumlah kak wok dah tak boleh drive kereta lagi. Berjalan pun kena guna tongkat kaki empat.

Tapi hari tu, akak kesian beno nengok muka bebudak ni merayu mintak mandi laut. Esoknya akak bawaklah 2 orang anak akak plus 2 orang anak sedara.

076 Seronok sakan budak berempat  ni. Tapi oleh kerana air tengah pasang, akak pun tak masuk sekali, maka mereka hanya dibenarkan mandi di tepian sahaja.

 

073 Hanginnya bebudak ni bila akak tak bagi pergi ke tengah. Tapi diorang tak berani komplen lebih2, silap haribulan En. AHBY suruh kemas dan balik, haru je nanti. 

 

081 Inilah pulak akibatnya mandi di tepian. Pasir masuk dalam poket seluar. Hehehe.

 

092 Kerut muka nampak! Ini mesti kes tak puas hati sebab tak dapat mandi puas2. Tak pe lah, lain kali kita pergi lagi, bukan jauh pun. Tapi kena tengok mood En. AHBY lah ya.

 

 069

Pantai Blue Lagoon ni memang cantik tapi kalau nak mandi, kena datang awal pagi. Kalau lewat, parking pun penuh. Orang pun ramai di pantai tu. Yang paling best kat sini ialah keropok lekor yang dijual kat tepi parking tu. Mak cik tu dah lama  berniaga kat situ, tak silap akak dah lebih 5 tahun. Ada juga dijual karipap dan goreng pisang yang panas2. Tak payah risau kalau tak bawak makanan dari rumah.

2 comments:

Dinas Aldi said...

Muka berkerut tu mahal tuh, kihkihkih! Kat tepi pun jadilah dari tak dapat langsung, itu kira ok sangat dah tu. Takut la biar bebudak mandi sampai tengah.

Aidah said...

Bukan apa, akak ni tak reti pun berenang. Sekarang ni dah tua, baru rasa rugi tak belajar berenang. Malu pulak rasa nak gi belajar. Hehehe.