Sebaaab menghantar budak bujang ni belajar di Kolej Politek Mara di Kota Bharu.
Inilah dia Muhammad Faez, anak saudara saya. Sejak arwah abang saya meninggal dunia 3 tahun lepas, saya dan kakak sedaya upaya menjalankan tanggungjawab ke atas anak-anak arwah.
Alhamdulillah walaupun banyak dugaan, kami masih mampu kuatkan diri melaksanakannya. Tak dinafikan, anak-anak yatim yang kehilangan bapa secara mengejut ni memang berubah sikapnya. Kadang-kadang agak rebellious tapi setakat ni kami bersabar di samping cuba menasihatkan mana-mana yang patut.
Dari anak dua, otomatik anak saya bertambah lagi lima. Stress memanglah stress tapi takkan Allah swt nak bagi pahala besar menjaga anak yatim ni secara free je kan. Tentulah ia datang dengan seribu dugaan. Doa saya, semoga Allah tabahkan hati kami, dorongkan kami ke jalan yang betul untuk membesarkan anak-anak ini untuk menjadi umat Rasulullah saw yang cemerlang hidupnya dunia akhirat dan permudahkan segala usaha kami. Amin.
Kolej ni letaknya kat tepi jalan aje, di jalan pengkalan chepa. Bayaran yuran agak boleh tahan, RM16,500 untuk 3 tahun (diploma). Itu tak termasuk yuran asrama, RM150.00 sebulan. Untuk pendaftaran saja , kami perlu bayar RM1250.00. Rasa-rasanya masa kami hantar kakaknya ke UITM 2 tahun lepas, taklah kena bayar banyak ni. Makan minum sendiri pulak tu. Harap-harap pandailah bebudak ni berjimat. Nasib baik makanan di Kelantan tak semahal di KL.
Ini pulak asrama pelajar lelaki. Banglo 3 tingkat yang diubah suai menjadi asrama. Satu dorm ada 12 katil. Yang tak bestnya bathroom/toilet hanya satu saja untuk setiap dorm (12 pelajar).
Sikit punya happy bila kami datang hantar bantal keesokan harinya. Malam sebelumnya, dia tidur tanpa bantal sebab tak pulak kami tahu yang bantal tak disediakan di asrama ni.
Hati saya rasa sebak bila kami pulang ke KL. Sedih sebab anak-anak yang seketika dulu sangat manja dan agak mewah hidupnya, terpaksa hidup sederhana dan berdikari sekarang ini. Begitulah ketentuan Allah. Hanya Dia yang tahu kenapa perjalanan hidup begini yang tersurat untuk kami sekeluarga. Kami yakin pasti ada hikmahnya.