Pages

Sunday, 3 July 2011

Membeli batik di Kelantan

 

 

Pergi Kelantan sebab ada tanggungjawab. Tapi untuk orang yang pertama kali sampai sini, dah tentulah saya nak membeli belah seadanya kan. Yang terbayang kat kepala bila ke Kelantan ialah baju kelawar batik. Baju-baju ni sangat sesuailah dengan cuaca panas Malaysia ni dan lagi satu, ianya sesuai untuk semua saiz badan. Boleh gak sorok lemak berlebihan yang dah berlipat-lipat tu.

Kata orang Kelantan, kalau nak beli belah kena bawak orang Kelantan sama supaya bahasa tawar menawar tu tak terlalu janggal bunyinya. Kami beruntung jugak sebab ada kakak angkat di sana. Jadi dialah yang bawa kami ke sana-sini.

 

nikon2 114

Kedai yang kami tuju ialah Gaya Warisan. Di sini memang banyak pilihan baju batik. Ada yang lengan panjang dan ada lengan pendek. Harganya antara RM15.00 hingga RM65.00. Kain batiknya sangat berkualiti. Kain ela pun ada dijual untuk buat baju. Crepe silk batik dijual dengan harga RM250.00 untuk 4m. Memang rambang mata memilih baju kat sini sebab corak batiknya sangat cantik.

 

 

nikon2 113

Ini pulak kain biasa bukan silk. Kain silk diletakkan di ruang eksklusif sebelah kiri kedai itu.

 

 

030 Baju batik lengan panjang bercekak musang ni harganya RM65.00. Yang berleher V atau bulat harganya cuma RM 35.00 kerana kualiti kain yang berbeza.

 

033Yang lengan pendek ni harganya RM35.00 hingga RM45.00.

Di Gaya Warisan ni ada jugak saya beli songket samarinda untuk dijadikan sampin. Harganya antara RM75.00 hingga RM200.00. Kalau songket penuh agak ribu-ribu jugak.

Esoknya Che Ta, kakak angkat saya tu bekerja, maka bergeraklah kami sendiri dengan tour guide yang disediakan pihak hotel.

 

nikon2 161Kami dibawa ke Kartika Kiara Batik. Di belakangnya ada gudang kecil untuk tempat melukis batik.

 

nikon2 163  Semua pelukis batik ini terdiri dari wanita. Tapi kalau saya buat gerenti fail sebabnya tangan tak stable, asik gigil aje.

 

nikon2 165

Macam best je buat kerja macam ni. Kat sekolah dulu, kalau dapat soalan pendidikan seni buat corak batik, cukup saya suka.

 

 

nikon2 166 Pewarna yang digunakan untuk melukis batik.

 

nikon2 162

Dah puas hati melukis, batik ni dijemur. Kalau musim hujan memang haru lah.

 

 nikon2 172

Di depan tu pulak kedai batik. Kedai ni punyalah penuh dengan baju batik, nak jalan pun sangat sempit untuk orang XL macam saya ni. Ada kain batik crepe silk Sri Jeanne dijual disini dari harga RM480 onwards. Kartika Kiara Batik ni hanya ada di Kota Bharu, Kelantan dan tiada cawangan di KL. 

 

032 Di sini kami beli blouse batik ni dengan harga RM35.00.

 

036 Yang ni pun harganya RM35.00.

Tapi antara dua kedai ni, saya lebih suka Gaya Warisan sebab coraknya sangat cantik dan eksklusif.

Ada satu lagi kilang batik yang pemes kat Kelantan ni iatu Nordin Batik tapi saya sengaja buat-buat tak nampak sebab poket dah kontang. Asyik sangat memborong batik di kedua-dua kedai tadi. Bolehlah buat stok 2 3 tahun pakai dan disedekahkan sana sini.

4 comments:

Dinas Aldi said...

menarik info ni. cantik la corak batik yg sedang dilukis warna merah hitam & kelabu tu.

Aidah said...

Memang cantik. Sibbaik tak de atm kat luar kedai tu.

So Shy Lady (SSL) said...

mmng rambang mata lah klau pgi kan. mmng xclusif skit klau bli kt kilang die

Aidah said...

Dasat membeli, dasat juga duit yang keluar. Tapi tak pe, stok baju tu boleh saling tukar menukar dgn anak.