Pages

Monday, 25 July 2011

Istimewa Isnin

 

Omputih tu pandai-pandai je cakap manic Monday kan. Hari lain pun ada gak kelam ribut, bukan khas hari Isnin je kan.

Jadi nya hari ini saya nak kongsi sikit kejadian istimewa berlaku pada hari Isnin ini.

 

1.   Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan.

2.   Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

3.   Bukti keEsaaan Allah diturunkan.

4.   Nabi Idris AS dinaikkan Allah ke langit.

5.   Nabi Musa AS mengunjungi bukit Tursina.

6.   Nabi Muhammad s.a.w wafat.

 

Walau bagaimana pun ada jugak beberapa kejadian kurang istimewa yang selalunya terjadi pada hari Isnin.

1.   Anak-anak masuk bilik pagi-pagi dengan muka berkerut dan cembeng disertai dengan mulut   yang tak habis-habis memberi alasan untuk cuti sakit.

2.   Mak cik yang berniaga nasi kerabu dekat depan 7-11 tu bercuti pada setiap hari Isnin.

3.   Kalau weekend tu tak duduk rumah maka berkoyan-koyanlah baju yang hendak dibasuh.

4.   Perut meragam, kapla fenin sebab asik melantak masa weekend, maklumlah jemputan kahwin segala bagai. (konon....alasan macam terpaksalah teww)

5.   Wallet yang sudah kempis akibat sale pada hujung minggu di merata tempat.

Daaaaaaaaaan  banyaaaaaaaaaak lagi yang selalu terjadi pada hari Isnin disebabkan oleh diri kita sendiri yang tak tahu nak mengisi Sabtu dan Ahad dengan berhemah dan sopan santun.

Bak kata Mak saya sepatah: Buek apo kau carhik pasal. Cubo ontok-ontok kek ghumah, kan elok. Ni tak. Asa cuti yo mulolah moghambu. Dah tak ghoti nak duk ghumah ko?

Translation :  Kenapakah anda selalu mencari masalah? Bukankah elok duduk diam sahaja di rumah. Apabila cuti umum, anda selalu pergi bersiar-siar. Adakah anda tak jumpa rumah sendiri lagi? (okeylah saya tahu, terjemahan tak tepat tapi biasalah kan kalau pakai penterjemah tak bergaji ni memang macam tu)

 

DSC00017

DSC00018Hari Isnin juga ialah hari di mana saya dan dua orang ahli kumpulan ini sahaja yang tinggal di rumah (yang lain pergi skolah dengan muka masam). Hari ini kami akan merancang bagaimana untuk mencuri masa untuk menyelesaikan perkara tertangguh.

Sekian. Terima kasih.

5 comments:

Murni Alfathunnisa said...

tu la..pandai je omputih kan...diorang la yg dok create monday blues la..ape la...kesian monday yang tak bersalah! mindset orang kita memang macam tu...susah nak ubah...kans...

Mak Wardah said...

Penatnya today..nice blog

Aidah said...

Siti Murni,
Biasalah tu. Kita ni pulak jangan rela dijajah terutamanya pemikiran.

Mak Wardah,
Kalau penat, mintak tolonglah sikecil yang bermata cantik kat rumah tu picit-picit kaki tu. Gerenti hilang penat.

Dinas Aldi said...

bukannya apa, lepas 2 hari cuti (kadang2 1 hari ja cuti iaitu Ahad) peh tu kena pi keja balik, tu yg asyik cakap black Monday. dah la tu, Monday balik lewat dari hari2 lain, lagi la rasa black seblack2nya.

tapi lepas mengetahui akan perkara2 istimewa yg telah berlaku pada hari Isnin, saya takkan verungut pasal Isnin lagi :D

Aidah said...

Memang teecha, lemah rasa badan. Tambah-tambah bila bateri badan perlukan masa untuk recharge.
Kat rumah ni, sayalah tolong motivatekan bebudak ni bila tiba hari Isnin. Last-last bateri sendiri lemah di hari Isnin lagi. Canno nak buek tu.