Pages

Thursday 29 September 2011

Chef Suster Ngesot.

 

Minggu lepas akak balik kampung. Kiranya kali ni agak lamalah tak balik iaitu dah 3 minggu katakan. Semuanya sebab anak2 berperang dengan major exams di sana sini.

Dua tiga hari sebelum balik, call mak, dia cakap Puan Alang nak buat open haus untuk bebudak kliniknya. Menu pulak adalah laksa Johor dan sate. Nyum...nyum..dah terasa2 kesedapannya. Agak terharulah jugak sebab kepulangan akak  kali ni disambut dengan majlis open haus. Rasa macam perantau obersi pun ada gak masa ni.

Hari Jumaat akak dah sampai kampung. Jengah ke dapur, tengok bahan2 masak berlambak atas meja. Biasalah dengan cili kering, bawang dan rakan2nya.

Lepas tu akak naik atas, jumpa mak dan salam mak dan mmmuah2  bagai. Eiii, apasal tangan mak hanyir semacam ni?  Lepas tu mak akak jawab, " Mak barghu solosai ngan ikan kombung tu haa. Lopeh ni bawak tughun bawah, mesen. Lopeh tu buek samba belacan lak. Gogheng lu bolacan ngan cili tu, bia wangi."

"Haa, jangan lupa mesen cili kering sekali da. Nasi impit pun kena rebus malam ni jugak tau!", sampuk Puan Alang. Masa ni akak masih terpinga2. Senyum pun dah mula nak kelat. Alahhaiii akak ke tukang masak terbilang yang bertugas untuk open haus ni? Aduhhh mak aiiii, akak ingat akak ni tetamu kehormat. (perasan tak habis2)

Hehehehe. Macam tu lah ceritanya. Mula2 adalah terharu  lepas tu cembeng pulak. Tapi tak pe lah, siapa lagi nak uruskan kalau bukan akak. Puan Alang kerja, mak akak pulak dah uzur, setakat tolong dengan ikan kembung pun, akak dah bersyukur sangat.

 

 004 Inilah dia hasil kelentung kelentang akak di dapur. Laksa Johor.

 

 

002  Samosa, nasi impit dan kuah kacang.

 

 003

Dan yang paling dinanti2, sate yang ditempah dari Hj Samuri.

Nasib baik sate boleh tempah, kalau tak merangkaklah akak keluar dari dapur. Dah macam sister ngesot pulak gamaknya. Muka dahlah cembeng, buruk na rupa akak masa tu. Tapi adalah juga dibantu oleh Farah dalam bab menggoreng samosa dan Puan Alang dalam bab air dan penyediaan dan pengemasan pinggan mangkuk.

Tapi yang tak boleh blah ialah statement mak akak lepas tu. "Haa, lopeh ni bulehlah kito bukak ketering lak yo! Mak ghaso kau buleh buek, da. Haa, canno?"

Akak terus mengensot masuk bilik sendiri sambil cembeng. Lepas tu kunci pintu. Yang kedengaran hanyalah suara seram seorang perempuan 40an melolong dan menangis.

Wednesday 28 September 2011

Ada hati

 

Akak ni memanglah peminat kucing yang tegar dan di handphone pun semestinya gambar Milo je melambak2. Tapi hari tu, mak sedara akak tegur, "Apolah kau ni da, gamba kucing kau lotak kat henpon. Anak duo oghang cecantik. Kok yo pun lotaklah gamba anak, posalah eh!"

Hmmm....ya tak ya jugak. Tapiii......anak akak  dua orang ni sangat low profile, kata orang kampung akak. Nak buek canno kan.

 

 

P1010440

Jadinya, hari ni akak nak cerita sikit pasal anak akak Muhammad Arif. Hobinya ialah kereta.....just kereta and anything related to KERETA. Dulu masa dia umur 4 tahun lagi, dah boleh identify kereta, model apa (sangat detail, hokey) just by looking at the tyres. Serius nii, akak pun terperanjat gak sebab masa mengandungkan dia tak de pulak akak keje part time kat workshop Ah Seng ke ape kan. Entah mana datang bakat ni, tak tahulah akak. Bila balik kampung, mesti ada sedara mara nak uji IQ dia tentang kereta ni. Lepas tu semua pakat melopong mulut bila tekaan dia tepat.

Tapi akak tak galakkanlah si Arif ni sebab setahu akak, mana ada company offer kerja teka brand kereta kan. Takkan sampai besar nak asah bakat tu je. Tapi di masa lapang adalah jugak dia membelek2 kereta mainan dia yang dah dibeli oleh kami sejak kecik lagi.

 

007

Haaa...ni lah dia koleksi Hot Wheels Arif. Ada lagi yang terperosok celah kerusi, bawah katil bagai, malas akak nak kemaskan. Yang masuk dalam vacum cleaner pun ada jugak. Sape suruh tak nak kemas bila dah habis main kan.

 

008 Yang kecik2 tu bukan Hot Wheels tapi Maisto, siap keluar lampu lagi. Kebanyakan adalah burstday present. Hihi. Tu kat belakang tu, model kereta yang seksi gebus.

 

 

010

Ini kereta kesayangannya setakat hari ni lah. Burstday present last year. Baru2 ni akak bagi hadiah kamera digital Lumix yang paling murah kat dia. Nak tahu apa keje dia?

 

P1010550 Amik gamba kereta menan dia bebanyak.

 

P1010525 Lagi.......

P1010492 Dan lagi. Banyaaaaaaaaak lagi tapi tak kose akak nak tepek bebanyak gamba kereta menan dia ni. Kalau kereta betul okey gak kan. Itupun ada hati nak lawan koleksi kereta Sultan Brunei. Ada hati? Ish, ish, ish.

Tuesday 27 September 2011

Kat sini pun ada hay fever?

 

Mintak mahaaaaaplah ye. Lama benau tak menghapdet belog. Bukannye ape, akak selsema dua tiga hari ni. Bila jengah belog orang obersi, terbaca pulak pasal hayfever. Apa kemendenye demam jerami ni yek. Belum sempat akak google, dia dah google hidung akak dulu. Maka berairlah sana sini. Sebenarnya kat Malaysia ni memanjang je orang selsema kan. Tak de maknenya nak berhay fever.

Dan satu lagi yang akak tak faham, idea untuk mengarang pun ikut tersumbat jugak sebagaimana tersumbatnya hidung akak. Akak pun dah telan ubat itu, ini, jadi insyaAllah lepas ni tanah akak ni tak sunyilah lagi.

 

012 Selama memeramkan diri atas katil ni, akak ditemani oleh Michael Scott dan geng kelakarnya. Yang lebih terbahak gelaknya ialah si Farah yang ada 3 hari breaks dari trial exam. Dia pulak yang lebih.

 

011 Ini pun perangai terlebih dramas. Risaulah kononnya bila akak memerap dibilik, atas katil. Tidur pun nak peluk kaki akak jugak. Sabar jelah.

Friday 23 September 2011

Mata sepetku.......

 

Dulu masa sekolah, memanglah akak tak pakai tudung. Dressing pun tak mau kalah, wa cakap luuu. Baju kurung memang tak de dalam agenda. Yang ada cuma skirts and blouses. Kalau baju kurung moden tu adalah jugak selai dua.

Kalau akak gi kedai mana2, memang selalu orang ingat akak cina. Siap mengorat dalam bahasa cina lagi. Kadang2 akak jawab jugak, "saya bukan cina lah!". Tapi ada masanya akak blah je dari situ, malas nak layan sebab dah selalu sangat orang cakap cina ngan akak.

Lepas tu sebelum abis sekolah, akak pun pakai tudung. Bajet baiiik punya, konon bertaubat sebelum SPM kaaan. Walhal sebelum tu pakai skirt belah sana sini. Tapi sebenarnya cahaya keinsafan tu adalah jugak masuk sikit dalam kepala otak ni. Sampai bila nak free hair, free betis bagai kan.

Tapi bila pakai tudung dan jalan2, ada jugak orang ingat akak ni mualaf pulak. Begitulah sepetnya mata akak. Dan asal usul mata sepet ni ialah dari mak akak yang sememangnya anak cina tulen yang diadopt masa dia baby lagi.

Bila dah berkeluarga, barulah dia jumpa balik dengan adik beradiknya yang berjaya dikesan, ala2 jejak kasih. Adik perempuannya juga diadopt oleh keluarga Islam, Alhamdulillah, tapi abangnya masih menganut agama Budha sehinggalah dia meninggal dunia beberapa tahun lepas. Dulu masa kitorang kecik2, uncle ni selalu datang rumah. Kitorang ni pulak tak tahu yang dia ni abang mak. Memang marahlah bila tengok mak mesra semacam je dengan dia. Bila mak cerita, barulah kitorang faham. Tapi saya tabik sebab Uncle Lee ni sangat sayang dan prihatin pada adik-adiknya. Selalu je bawak buah tangan untuk mak.

 

004  Inilah my chinese family. Yang kiri sekali tu lah Uncle Lee, abang mak saya. Akak pulak yang paling kanan sekali tu, di barisan depan. Sangat amoi kaaaannn.

 

001 Haa cer tengok kesepetan mata akak. Tapi bila akak kahwin dengan En.AHBY yang muka ala2 mamak dan bermata besau, anak perempuan akak pun ikut macam mata dia, besau juga. Tapi anak lelaki akak tetap dengan mata sepet.

 

034 Inilah produk kebanggaan kami, anak-anak Malaysia. Sorang sepet dan sorang mata bulat.

Thursday 22 September 2011

Kucing Debab

 

 

007

Ini kucing. Namanya Milo. Kucing ini sangat gemuk. Dia sangat suka makan. Makanan kegemarannya ialah Royal Canine (hair and skin). Saya sangat sayang kucing saya.

 

P5090618

Hobi kucing saya ini ialah makan dan tidur.  Dia tidak suka bermain-main. Kucing saya ini juga sangat manja. Saya sangat sayang kucing saya.

 

014 Ini ialah permainan baru kucing saya. Namanya ialah buluan burungan. Kucing saya sangat suka main permainannya ini. Saya sangat sayang buluan burungan.

 

024 Ini Milo. Milo sedang bermain dengan buluan burungan. Walaupun hanya bergerak sebanyak 2 atau 3 inci di atas katil. Katil itu sangat empuk. Saya sangat sayang katil empuk. (tetiba)

 

021Setelah penat bermain selama 2 minit, Milo akan tidur semula. Begitulah cerita Milo, kucing gemuk saya. Saya sangat sayang kucing saya.

Haiissy! Penat aiih nak cerita cam gitu.  Milo ni sebenarnya lebih kurang 7 tahun umurnya. Tahun lepas masa bawak annual check up di vet, beratnya cecah 7.2kg. Vet dah warning suruh kitorang catu makanannya. Nak catu sakan2 memang taklah sebabnya bila dia tak cukup makan, dia akan mengacau orang tidur memalam nanti. Bila catu lebih kurang, beratnya naik lagi dan sekarang ni hampir 10 kg.  Serammm nak bawak jumpa vet tak lama lagi untuk check upnya. Yang pasti, ahkak jugak kena sound ngan vet tu kang. Jadi saya pun belikanlah permainan baru tu. Sebelum ni kitorang beli yang berbulu biasa dan ada tali plus loceng sekali, tak de diendahkannya. Tapi yang ini memang buat dia bergerak dan mahu bergurau semula. Jadi sebelum check up seterusnya, Milo akan dipaksa bermain dengan buluan burungan setiap hari. Kalau tak nak main, tak leh makan. Amacam, cukup tegas tak?

Wednesday 21 September 2011

A first time for everything.

 

 

118

Alolololo shuweeetnyeeee. Budak ni memang cukup takut dengan En.AHBY, paktehnya. Agaknya tang bulu kening tebal tu kot yang paling ditakutinya.  Tapi demi duit raya, boleh saja kiss pak teh on the cheek walaupun takuuuut.

 

172Ini first time wat apo pulok?

 

171

First time for Arif, assisting Pak langnya sembelih ayam. Yang kelakarnya lepas disembelih, ayam ni lari keliling rumah. Puas lak nak memintas dan mengejar. Nasib baik lari sekitar kawasan rumah saja.

 

181

Daaaan ini juga buat pertama kalinya Mr.Nikon amik gambar diri sendiri. Oooooh....so vain. Kehkehkeh. Kasi canlah. Asik amik gamba orang lain jeee, gamba sendiri tak pernah masuk blog.

Tuesday 20 September 2011

Masuk U pun ingat makan.

 

P9181095 Kalau dapat cabut keris ni , memanglah Hang Bertuah. Dah lama tertanam kat situ ala2 Excalibur pulak.

Last weekend memang kami ulang alik sini sebab menghantar Cik Farah untuk pecutan akhir Bio dan Chem.

P9181102 Tak ramai yang hadir kot sebabnya kebanyakan sedang mengadap trial exams.

 

P9181096 Masuk2 bangunan kolej Keris Mas ni, terus ke cafe yang style open air di ground floor. Banyak pilihan makanannya. Murah2 pulak tu. Mee goreng + kuey teow goreng + roti canai 2 keping + roti pisang dan air teh o, semuanya RM9.70 sahaja. Rasanya pun sedap2 belaka. Haaiiihhh.....ingat zaman U dulukala. Rindu pulak nak gi belajar semula. (haruskah bila bab makanan mengingatkan kita ke zaman U? Nampak na akak ni pemakan orangnya. Tak dak cover lansung. Hahahahaha)

 

P9181097

Inilah dia roti pisang idaman akak. Dua hari ulang alik, dua hari jua pekena roti pisang ni. Nyumm..nyumm.

 

P9181099 

Ini budak makan itu roti canai banjir juga. Ooopss sori, kalu itu macam kita kasi panggil tsunami juga haa .

 

P9181100 Air jus mata kucing yang sangat ngam ho. Kurang manis tapi ciput sangatlah buah mata kucing kat dalam tu. Seketoi ja ka?

Begitulah cerita hujung minggu kami, anak gi blaja, mak bapak gi melantak. Kahkahkah.

Monday 19 September 2011

Erti Merdeka.

 

Waahhh serius betul bunyi tajuk citer hari ni. Apahal pepagi Senin nak citer pasal erti merdeka lak ni.

Bukan...bukan merdeka 31 Ogos tuu. Tapi merdeka bagi budak yang dah abis exam ni haa.

 

001 Hari Jumaat lepas, basuh balcony. Walaupun muka agak kelat tapi buat jugak.

 

013 Setiap petang, "Sudiiiin! Angkat kain di jemuran, hujan nak turunnn.

Daaaaan juga beberapa chores lain seperti memvacum rumah, kipas (yang dah rupa macam christmas tree).

Kata kak wok, wan budak ni, " Siaaan den nengok eh. Toruih di koghah eh buek kojo ghumah. Niii macam lopeh mulut ghimau masuk lak mulut nago. Apooolah kau ni da!"

Jawab saya, " Biasolah mak. Mano nak dapek bughuh pakso laie zaman sekaghang. Tu kono upah bagi main Wii lopeh tu. "

Lepas tu mak saya pulak cakap, " Haa, cor kau anta balik kampung, kaki mak ni biso2. Kalau diughut dek Arif, sodap mak tido memalam."

Haiiik? Mak saya nak jugak buruh paksa saya? Ingatkan dia nak berjuang untuk kemerdekaan buruh saya yang sorang ni. Hihihihi.

Apa2 pun terima kasih Arif kerana tolong mama. Mama upah dengan kasih sayang peluk cium saja lah ya sebab buat kerja kena IKHLAS. Hihi.

Friday 16 September 2011

Mengimbau kenangan 31 Ogos 1984

 

Sajalah nak cerita jugak zaman bangga kembang hidung akak sebab terlibat dalam perarakan merdeka di Dataran Merdeka. Masa tu akak form 4. Biasalah kalau sekolah, kalau ada event besar mesti bebudak form 2 dan form 4 kena kerah. Kalau form 3 dan form 5, tak buleh sebab exam classes. Yang form 1 ni pulak hingus meleleh lagi sebab asik menangis, homesick bagai kan.

Akak masa tu masuk brass band jadi meratalah kitorang perform di bandar JB tu. Yang paling gah, mestilah merdeka ni kan sebab dapat perform kat KL. Haruslah jakun dan kembang hidung tak sudah.

Preparationnya saja lebih kurang 5 bulan. Instructor untuk marching formation kitorang pulak diimpot dari Singapore. Masa tu, kitorang bergabung dengan satu sekolah lain di JB iaitu SIGS. Ini memanglah our arch enemies dari zaman senior2 yang dah veteran lagi. Maka persembahan pun meletop2 lagi bila dua sekolah ni bergabung. Bila marching tu, time 180 turn atau 360 turn, siap lawan lagi sape punya turn paling sharp. Dahlah pakai  short skirt yang ada pleats penuh masa tu. Mentang2 sekolah pompuan. Tak kisah lansung kalau nampat shorts kat dalam tu. Haa shorts yang pakai pun kena seragam warnanya tau. Tak bulehlah pakai yang gambar bunga2 hawaii ke apa kan.

On the actual day itself, kami kena bersiap untuk bertolak pukul 4.30 pagi. Kami diberi penempatan sementara di asrama stadium hoki Tun Razak. Tak de lah jauh mana dari situ nak ke dataran merdeka tapi cikgu2 kami tu saje nak kitorang jadi yang paling awal. Tah ape2. Akak curi2 solat subuh masa tu, waktu subuh belum masuk lagi tapi akak tawakal sahaja. Dalam band ni memang strict macam lebih kurang askar jugak. Kalau tak obey arahan, kena denda macam2. Kena tempik, jangan cakaplah, boleh pekak sekejap.

Tempoh perfomance kitorang tu sekejap je, lebih kurang 15 minit. Ada jugaklah masuk gamba akak dalam TV. Hiiii....bangga, sampai haus tape VCR tu akak rewind, tengok muka sendiri. Hehehe. Untuk formations tu pulak kami diberi steps masing2. Contoh macam logo merdeka, akak diberi arahan untuk Left 5, forward 8, 180 6 dan 90 5. Kawan sebelah, mungkin lain stepsnya dan serentak kami akan buat as arahan tu. Tup2 jadilah bentuk logo merdeka di akhir lagu. Memang susah dan mencabar nak ingat semua plus main lagu2 marching.

Walau macamanapun akak tetap treasure memories tu semua. Rindu zaman sekolah dulu walaupun ada masanya terseksa jiwa raga jugak.

 

001 Akak adalah salah sorang dalam reramai tu. Masa ni kitorang dalam formation konsert untuk hari terbuka sekolah.

Gambar dalam 31 Ogos tu tak de lah pulak. Entah kemana melayang tak tahulah. Hanya ada kenangan sahaja.

 

002Masa ni pulak akak form 2, sedang menunggu ketibaan pengantin diraja yang baru berkahwin iaitu Raja Zarith Sofia dan Tengku Ibrahim (sekarang ni Sultan Johor).  Masa ni topi kitorang kemain tinggi lagi, keras lak tu. Uniform Band ni memang selalu gak ditukar tapi skirt pendek masih lagi. Ish..ish. Istighfar bebanyak sekarang ni. Bebudak zaman sekarang dah boleh pakai tudung kalau join band sebab uniformnya ialah seluar panjang. Kenapa yek zaman dulu macam orang tak nak pentingkan sangat aurat ni. Tapi syukurlah sekarang ni dah berubah kan.

Tapi bila kita join band macam ni, sangatlah patriotik rasa di jiwa. Semangat pasukan dan disiplin tu memang melekat sampai sekarang. Akak bersyukur sangat sebab dapat merasa semua tu. 

Wednesday 14 September 2011

Tak serik-serik nak bertandang.

 

Setiap kali datang menjengah memang sangat sakit hati. Tak pernah dijemput tapi tiap2 tahun mesti nak datang. Sesak nafas bila buka pintu rumah, tengok dah ada terpacul. Nak halau balik bukannya senang. Kadang2 duduk rumah orang berminggu2 pulak tu. Tak tahu malu ke apa?

 

 

Semenjak akhir2 ni dah bersedialah kalau tahu musim dia nak datang. Perisai pun dah kasi up lelebih sikit. Bukannya boleh tolak kalau dia nak datang, hadap jelah.

 

 

010

Antara perisai yang anak saya pakai. Yang bulat purple tu untuk prevention. Harganya lebih kurang RM200 dan boleh pakai dalam 2 bulan. Yang biru tu biasalah untuk rescue dan solve problem sesak nafas. Musim periksa ni, 2 benda ni wajib ada dalam poket baju sekolah anak2.

 

007   Haa inilah dia tetamu yang tak diundang. Jerubu. Dalam tahun ni je dah 2 kali datang.  Nyampahsssssssss..........!!!!!!!!

Tuesday 13 September 2011

Selamat berjuang anakku.

 

Semalam ada sorang budak kat dalam rumah ni menangis sebab nervous sangat. Lama jugak nak pujuk dia dan bagi dia tenang semula.

 

016 Pagi ni, alhamdulillah dia senyum dan bersedia untuk masuk dewan UPSR.

 

017

Anak dah okey tapi mak pulak gigil sampai amik gamba pun blur. Aparaah....chit!

Selamat berjuang anakku. Buat yang terbaik dengan hati yang tenang. Mama redha akan apa saja keputusannya nanti. Semoga Allah kurniakan yang terbaik dan cemerlang dunia dan akhirat untuk Muhammad Arif. Amin.

Monday 12 September 2011

Gambars rayas dah siaps.

 

Tak de mana nak bergambar, time raya nih. Dah 3 tahun, kitorang sekeluarga tak bergambar sebab tak cukup korum. Malas nak kenang2, orang dah tiada, nanti kang meleleh lagi airmata.

Layan je lah yang mana ada ni.......

 

121

   Ini keluarga satu2nya kakak saya. Mak saya tu dah uzur dan tak boleh turun naik tangga lagi jadi sesape yang nak bergambar dengannya, silalah mengadap di kamar beradunya.

 

137 Ini pulak the anak daras in the family. Yang bertudung hitams dan biru tu ialah anak2 perempuan arwah abang saya. Sorang study di UM dan sorang lagi di UITM Segamat, manakala yang bertudung biru tu masih skolah lagi, form 4.

 

140  Yang ni the men in the family. Kat depan tu kecuali sikecik adalah the menantus. Yang belakang tu, dari kiri ialah Haqeem dan Faez, anak lelaki arwah abang saya.

Itu je lah the potograps on hari raya. Akak tak de lam gamba sebab akak adalah potograper ari tu. Kenapa ek tak de mood je time raya ni nak bergamba. Agaknya tak de new addition kot. Tapiiiii....kilang akak dah hampir tutup. Mesin2 dalam kilang pun dah berkarat. Asik breakdown sana sini.  Kilang my sister pun macam nak dipaksa tutup je. Tunggu bercucu lah gamaknya. Hmmm...bilaaa lah agaknye tu.

 

113 Budak ni pepagi raya dah bertugas mengetuk wan yang bisa2 satu badan. Tu pengetuk spesel untuk buang angin dalam badan yang kita beli kat KK hari tu. Tak sangka berkesan. Bila dah diketuk2, adalah empat lima das tembakan angin yang keluar. Hahahahaha.

Friday 9 September 2011

Pak Lebai main bunga api.

 

092

Haji Leman bawak lori;

Mari main bunga api.

 

 

076 

Anak nelayan memancing kurau;

Anak petani menjaga sapi;

Selesai sahaja takbir di surau;

Sakan Si Lebai main bunga api.

 

Keesokan harinya......

 

142 2 orang konco-konco Pak Lebai sedang melawat lokasi kejadian penuh meriah malam tadi.

 

143  Seringgit, dua ringgit......doploh henggit. Begitulah taksiran kerugian.

 

146  *Gulp*....ini berapa lak? Satu ratut ooohh!! Hehehehehe.

 

112 Muka hepi budak ni tak ternilai. Semoga menjadi kenangan manis bila besar nanti. Tapi segala bunga api itu dibakar oleh seorang manusia berumur 40an. Kanak2 kecil dan orang dah pencen hanya perlu mendongak ke langit sahaja.

Wednesday 7 September 2011

Badang ko apo?

 

Rhayo lopeh, toghuk den. TAK DO BIBIK!!! Sumo den buek sendiri. Monangieh den. Dari poii carik daging mantai sampailah morondang. Askar den duo oghang yo. Masa mudo lu, tak nak branak bobanyak, kan dah susah. Balik2 duo oghang tu yo lah nak den koghah.  Kalau tak labu, labi lak kono panggil. Muko eh tok sah cakaplah. Komain masam laiiee! Manieh lak laiie asam koping.

Darhi pagi den tak bodiam. Ko bayangkanlah, daging 5 kilo bolun siang, ayam ompek ekor dah tolontang kek singki tu haa.  Bawang, halio, kunyit sumo bolun kupeh laiie. Cili api bun bolun pongopan. Sibbaik den ni tak ulit buek kojo. Tu pun mak den, kak wok, nolong gak kupeh bawang bagai.

Lopeh tu kan, abang ipar den, alah laki akak den, borhajat lak nak buek lomang. Tak ko pengsan ko kek situ, dongar eh. Iiii haiii, den tak nak campur doh. Kau bueklah sendiri yo.

 

014  Leceh kojo eh. Momulo, salur lah buluh tu pakai daun pisang.

 

015 Lopeh tu, susun dalam baldi, sanda kan kek topi tiang.

 

021

Masukkan boreh pulut yang dah campu ngan santan. 5 kilo boreh pulut, 5 kilo gak santan eh. Sambil masuk tu tok sah hontak2 lak buluh tu. Jangan lupo lotak garham kasa sogonggam sotongah tapi jangan lak gonggam kuek na yo! (cam tu lah posan mak montuo akak den).

 

036 Dah sudah masuk boreh pulut, bakar lah lomang tu. Jangan moriah na lak api eh, bokorhak lomang tu kang, tak sodap.

 

039  Abang ipar den ni memang pakar jago lomang. Tauu yo deh nak jauh ko, nak dokekkan ko, bagho api tu. Elok lomang eh, tak bokoghak lansung. Den nak puji akak den gak, halalan thoyyiba botul kekdah isi lomang eh. Elok botul lomang eh. Tak basi sampai ghayo ketigo. Cayalah!

Cam tu lah cito ghayo den. Bukan tak do oghang nolong, ado tapiiii.........paham2 yo lah. Kang den cakap bobanyak doso lak. Sabar yo lah.

Hari ini mesin translator saya masih bercuti raya. Jauh kampungnya, nuuun di Switzerland. Tak bagi cuti nanti mogok merajuk pulak.  Mahap ye pada yang kurang faham. Alah kalau translate pun tak semenggah jugak. Hehehehehe.