Akak ni memanglah peminat kucing yang tegar dan di handphone pun semestinya gambar Milo je melambak2. Tapi hari tu, mak sedara akak tegur, "Apolah kau ni da, gamba kucing kau lotak kat henpon. Anak duo oghang cecantik. Kok yo pun lotaklah gamba anak, posalah eh!"
Hmmm....ya tak ya jugak. Tapiii......anak akak dua orang ni sangat low profile, kata orang kampung akak. Nak buek canno kan.
Jadinya, hari ni akak nak cerita sikit pasal anak akak Muhammad Arif. Hobinya ialah kereta.....just kereta and anything related to KERETA. Dulu masa dia umur 4 tahun lagi, dah boleh identify kereta, model apa (sangat detail, hokey) just by looking at the tyres. Serius nii, akak pun terperanjat gak sebab masa mengandungkan dia tak de pulak akak keje part time kat workshop Ah Seng ke ape kan. Entah mana datang bakat ni, tak tahulah akak. Bila balik kampung, mesti ada sedara mara nak uji IQ dia tentang kereta ni. Lepas tu semua pakat melopong mulut bila tekaan dia tepat.
Tapi akak tak galakkanlah si Arif ni sebab setahu akak, mana ada company offer kerja teka brand kereta kan. Takkan sampai besar nak asah bakat tu je. Tapi di masa lapang adalah jugak dia membelek2 kereta mainan dia yang dah dibeli oleh kami sejak kecik lagi.
Haaa...ni lah dia koleksi Hot Wheels Arif. Ada lagi yang terperosok celah kerusi, bawah katil bagai, malas akak nak kemaskan. Yang masuk dalam vacum cleaner pun ada jugak. Sape suruh tak nak kemas bila dah habis main kan.
Yang kecik2 tu bukan Hot Wheels tapi Maisto, siap keluar lampu lagi. Kebanyakan adalah burstday present. Hihi. Tu kat belakang tu, model kereta yang seksi gebus.
Ini kereta kesayangannya setakat hari ni lah. Burstday present last year. Baru2 ni akak bagi hadiah kamera digital Lumix yang paling murah kat dia. Nak tahu apa keje dia?
Amik gamba kereta menan dia bebanyak.
Dan lagi. Banyaaaaaaaaak lagi tapi tak kose akak nak tepek bebanyak gamba kereta menan dia ni. Kalau kereta betul okey gak kan. Itupun ada hati nak lawan koleksi kereta Sultan Brunei. Ada hati? Ish, ish, ish.
4 comments:
haha lawak lah entry nie!ader jugak 2 model yg gebus dok interprem!suka taw!
tgok mlo da xsuka tgok kete~~hihihi
Sungguh manis si hensem tu ok (Arif, bukan Milo, kehkeh!)
Mana tau takdir dia berjaya di bidang automotif, jadi CEO kat mana2 syarikat kereta ka, haaa, toboliak nanti!
Insyaallah, fuang fuang fuang semoga Muhammad Arif berjaya dalam apa jua bidang yg dia minati.
Akma,
Jangan tengok lelama model tu. Seksi abis, topless gitew! Hihihi.
Dinas,
Haiiii, kombang idung budak ni bilo cikgu cakap hemsem.
InsyaAllah kan Dinas.
sgt cntik pic kete mainan yg die ambek, artistic la sgt,,
Post a Comment