Pages

Monday, 19 September 2011

Erti Merdeka.

 

Waahhh serius betul bunyi tajuk citer hari ni. Apahal pepagi Senin nak citer pasal erti merdeka lak ni.

Bukan...bukan merdeka 31 Ogos tuu. Tapi merdeka bagi budak yang dah abis exam ni haa.

 

001 Hari Jumaat lepas, basuh balcony. Walaupun muka agak kelat tapi buat jugak.

 

013 Setiap petang, "Sudiiiin! Angkat kain di jemuran, hujan nak turunnn.

Daaaaan juga beberapa chores lain seperti memvacum rumah, kipas (yang dah rupa macam christmas tree).

Kata kak wok, wan budak ni, " Siaaan den nengok eh. Toruih di koghah eh buek kojo ghumah. Niii macam lopeh mulut ghimau masuk lak mulut nago. Apooolah kau ni da!"

Jawab saya, " Biasolah mak. Mano nak dapek bughuh pakso laie zaman sekaghang. Tu kono upah bagi main Wii lopeh tu. "

Lepas tu mak saya pulak cakap, " Haa, cor kau anta balik kampung, kaki mak ni biso2. Kalau diughut dek Arif, sodap mak tido memalam."

Haiiik? Mak saya nak jugak buruh paksa saya? Ingatkan dia nak berjuang untuk kemerdekaan buruh saya yang sorang ni. Hihihihi.

Apa2 pun terima kasih Arif kerana tolong mama. Mama upah dengan kasih sayang peluk cium saja lah ya sebab buat kerja kena IKHLAS. Hihi.

2 comments:

Dinas Aldi said...

Banyak pahalo ekau eh Arif tolong omak tu haa! Kono ikhlas tuh, baghu bonar banyak pahalo tu haa!

Mintak ampun kalau tersilap tulis jadi makna lain, kehkehkeh!

Aidah said...

Setiap hari akak bersyukur pada Allah atas 2 orang anak-anak yang sangat baik dan menenangkan hati. Alhamdulillah. Doa akak agar Dinas juga mendapat kurniaan tak ternilai ini.Amin.