Kalau dapat cabut keris ni , memanglah Hang Bertuah. Dah lama tertanam kat situ ala2 Excalibur pulak.
Last weekend memang kami ulang alik sini sebab menghantar Cik Farah untuk pecutan akhir Bio dan Chem.
Tak ramai yang hadir kot sebabnya kebanyakan sedang mengadap trial exams.
Masuk2 bangunan kolej Keris Mas ni, terus ke cafe yang style open air di ground floor. Banyak pilihan makanannya. Murah2 pulak tu. Mee goreng + kuey teow goreng + roti canai 2 keping + roti pisang dan air teh o, semuanya RM9.70 sahaja. Rasanya pun sedap2 belaka. Haaiiihhh.....ingat zaman U dulukala. Rindu pulak nak gi belajar semula. (haruskah bila bab makanan mengingatkan kita ke zaman U? Nampak na akak ni pemakan orangnya. Tak dak cover lansung. Hahahahaha)
Inilah dia roti pisang idaman akak. Dua hari ulang alik, dua hari jua pekena roti pisang ni. Nyumm..nyumm.
Ini budak makan itu roti canai banjir juga. Ooopss sori, kalu itu macam kita kasi panggil tsunami juga haa .
Air jus mata kucing yang sangat ngam ho. Kurang manis tapi ciput sangatlah buah mata kucing kat dalam tu. Seketoi ja ka?
Begitulah cerita hujung minggu kami, anak gi blaja, mak bapak gi melantak. Kahkahkah.
2 comments:
Hidup mesti diteruskan. Kalau tak makan, camna nak teruskan hidup. Mesti makan. Mesti.
Sokong sesaja kerana saya pun pemakan orangnya, kehkehkeh!
Yeayy! Dapat sorang penyokong Persatuan Pemakan 1 Malaysia. Hehehe.
Post a Comment