Pengalaman kali pertama adalah satu pembelajaran yang bernilai. Ada member blogger sibuk promote firefly, kita pun terujalah nak try kan. Katanya lagi murah dari MAS dan paling penting check-in luggage up to 20 kg tak dikenakan bayaran seperti Air Asia. Okeylah tu, takkan lah kita nak travel bawak seluar dalam dan baju dalam je kan.
Untuk flights to Langkawi, Penang, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bharu dan mana-mana kawasan Semenanjung Malaysia dan Singapura, kapalterbang akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. (dulu dipanggil terminal 3).
LTSAS Subang dah cantik sekarang ya, kawan-kawan. Tapi tempat duduknya sangat menyedihkan. Ada lebih kurang 16 buah je sofa hitam tu disusun kat tengah-tengah. Cantik memang cantik tapi tak praktikal sebab saiz besar tapi sorang je boleh duduk kat situ.
Aircraft firefly pulak ialah jenis ATR 72-500 series. Ada 10 buah ATR ni menggantikan Fokker 50 series. Kalau isi penuh, pesawat ATR ni boleh muat 72 orang, tak termasuk 2 pramugari dan seorang pilot dan seorang co-pilot.
Kalau nak gi Kucing atau Kota Kinabalu pulak, berlepas di KLIA. Pesawatnya jugak mungkin berbeza, kalau tak silap Boeing 737-400 atau 737-800. Di KLIA siaplah package airbridge bagai. Tapi kalau di Subang, jalan kakilah untuk naik kapal torbang. Dan pintu naik ialah di belakang jadi kalau sesape yang masuk Amazing Race , siap-siaplah mintak duduk di belakang sekali, senang nak keluar. Tempat letak baggages pulak ialah di belakang pilot. Kalau pramugari bukak pintu depan menuju ke pilot cockpit tu, bolehlah panjangkan leher tengok beg kita ada ke tidak kat dalam stor tu. Manalah tahu, tak de pulak beg yang dah check-in tu kan. Saya pernah kena cam tu. Beg2 saya hilang di KLIA. Kelam kabut beli baju dan diapers anak-anak bila dah sampai ke destinasi cuti.
Inilah dia kapal terbang ATR 72-500 series tu. Rendah je dan…
pakai kipas ya, tuan-tuan dan puan-puan. Maka di sepanjang penerbangan tu bolehlah mendengar dengung kipas tu yang agak menggegarkan otak. Bunyi bising kat dalam kapal torbang tu lebih sikit lah dari pesawat MAS. Kalau sesape yang ada tinitus (masalah telinga berdengung) memang harulah jugak.
Untuk mereka yang dah amik tiket firefly untuk kemana-mana, sila berhenti membaca perenggan seterusnya.
Pengalaman pertama saya menaiki firefly sangat membimbangkan. Bila dah take-off, kapal terbang tu beroleng-oleng lah pulak. Macam perahu dilanda ombak. Dalam 5-10 minit macam tu, tanpa bunyi ombak tapi ada bunyi kipas yang berdengung tu. Mula-mula ingat sebab cuaca tak elok ke apa tapi bila 3 kali naik macam tu jugak, gerun wo. Kepala saya pun mula fenin. Tapi saya tengok orang lain rilek je.
Selalunya journey on firefly akan ambil masa lebih lama dari MAS. From langkawi to KL dengan Firefly ialah 1 jam 15 minit tapi dengan MAS hanya 50 minit sahaja. Bertambah lagi faktor kegerunan saya.
Susunan seatsnya adalah dua-dua. Model blog saya hari ini ialah En.AHBY yang sedang khusyuk membaca cara-cara menyelamatkan diri jika pesawat berada dalam kecemasan. (eksyen je tu. Bukan nampak pun, saje tak nak pakai reading glasses.)
Kalau nak kurang rasa oleng-oleng tu, cubalah mintak seats tengah instead of depan. Kata ticketing crew tu, biasalah depan tu goyang sikit sebab apa-apa hal depan sampai dulu kan kak. (lawak yang tak lawak pada saya yang dah start berpeluh dingin dan berdebar-debar)
Masa landing pun sangat merisaukan jugak. Kedudukan pesawat yang rendah dan kecil menyebabkan kita terasa tayar tu keluar bila nak landing. Kalau nak keluar pun terasa gegarnya, inikan pula bila landing. Terhentak kuat! Menakutkan betul bila nak break atas runaway tu. Yang paling seronok masa ni ialah si Arif tu. “Wow! Ha ha ha! Best mama macam naik thrill rides.” Saya sempat jeling je, tapak tangan dah basah dek peluh. Punyalah kuat pegang seats depan tu sampai nampak kesan jari 10 minit lepas tu.
Walau bagaimanapun ini hanyalah pengalaman saya. Orang lain mungkin suka dan berpandangan lain dari saya. Mungkin saya ni dah tua dan tak serugged masa muda-muda dulu, naik helikopter pun selamba je. Apa-apa pun tak kenal maka tak cinta kan. Tapi kalau dah kenal, tak nak cinta boleh tak?
Anyway I would suggest Firefly to my backpacker friends, the young ones, but definitely not for those who have tinitus and occasional vertigo like us. Gerun weeiih.
Bila sampai ke destinasi, saya sangat mamai sebab hampir pitam atas kapal torbang tadi. Di airport, saya telah mengikut sorang mat saleh ni yang saya sangka suami saya. (bajet…omputih) Si Farah pula telah menolak trolley bersama seorang gadis ranggi, berseluar yankee dan berbolero pink (tak tau kenapa dia masuk group ni pulak). En. AHBY pula berpegangan tangan dengan seorang wanita berambut blonde dengan sunglasses yang menutup hampir sepertiga wajah pan asia nya. Manakala Arif masih berada di dalam kapal torbang firefly untuk another dose of adrenaline.
Setelah agak-agak 10 minit, barulah kami sedar dari mamai dan regroup semula dengan muka yang agak cuak dan separuh cembeng.
5 comments:
Dah 10 tahun tak ke langkawi, teringin betul nak ke sana.
Macam adventure jer naik firefly ni yer.
Memang sangat adventure. Monggigil kopalo lutut den. Sib baik buleh turun tanggo sendiri, kok kono papah, malu den. Hu hu hu.
adehh tak bleh tahan gelak!
but banyak info yg saya dpt dari entri ni. nasib baik saya tak beli tiket lagi, hahaha!
Hi Aidah, wow, Subang airport looks different to my time back in the '80s. Very nice today from your pics.
And that Firefly flights murah, anyone can fly now....
No frills flights....
But better than driving, more comfortable too.
You have fun, and have a pleasant weekend.
Lee.
Dinas,
He he. Begitulah special efek dari firefly. Sekali naik, nak naik lagi!
Uncle Lee,
All in all, I would prefer firefly than Air Asia. Assign seatings, no rush and Subang Airport is much cozier than LCCT.
Post a Comment