Weekend ini saya sekeluarga tak balik kampung. Kalau tak, hari Jumaat dah terpacul depan pintu rumah mak. Pelik pulak rasanya tak balik kampung. Sunyiiiii sahaja rasanya. (dah tua-tua pun masih rindukan omak). Pagi-pagi lagi dah bergayut telefon, berborak dengan mak. Oleh kerana tak balik kampung, maka perbualannya pun agak lamalah jugak. Nasib baik free, kalau tak bopoluh ayam itik nak membayar bil tepon.
Cuaca pulak mendung kat luar tu. Silap-silap kang boleh hujan yang kat dalam rumah ni. Sejak kerap balik kampung ni, kami sekeluarga macam dah tak reti nak mengisi hujung minggu di KL. Pelik betul. Mungkin bila dah tua-tua ni, jiwa tu lebih damai di kampung agaknya.
Nasib baik malam ni ada lawan bola Malaysia dan Singapura. Bolehlah layan kejap (tapi tengok celah jari je macam cerita hantu sebab suspenslah).
Semoga Malaysia dapat membelasah Singapura dengan 4-0. Dan harap-harap malam ni Malaysia pakai jersi biru yang seakan bertuah ni.
Tapi malam ni ada sorang player tak masuk padang sebab sangat keletihan selepas menghadiri bengkel UPSR sehari suntuk. Yang mascot tu pun tak dapat jugak ke padang sebab terlampau boroi, dah tak larat nak lari.
2 comments:
kesian player yang letih sakan tuh, lena sungguh!
Hu hu hu...sedih sebab kalah 3-5. Tak pe, tak pe, Bukit Jalil 28hb, player ni mungkin boleh turun jadi kita akan MENANG insyaAllah.
Post a Comment