Ini bukan lep story tau. Ini bukan juga kisah fantasi tapi kisah benar yang terjadi hari Isnin lalu. Akak masa tu tengah sibuk di dapur masak hidangan tengahari, ikan jenahak goreng kunyit dan gulai pucuk pegaga berduet dengan sotong. Lepas masak tu akak pun buatlah aktiviti paling dibenci oleh semua orang iaitu membasuh kuali dan periuk. Masa tengah syok sental kuali sambil menyanyi lagu omputih Siti tu, akak terdengar bunyi anak kucing. Sebenarnya sehari sebelum tu, mak akak dah dengar bunyi anak kucing tu.
" Da, cor kau carik anak kucing tu. Siaaaaaan mak dongar eh, ngiiaaaau yo tang semalam laiie. Sapolah membuang tu agak eh!" (sangat mendayu2 pulak suara mak akak)
Akak sebagai seorang anak yang taat (masuk bakul angkat sendiri) telah cuba mencari sejak semalam tapi tak kejumpaan pulak. Bila akak dengar je bunyi ngiau tu, akak terus tinggalkan kuali kat sinki dan redah semua sudut luar rumah tu.
Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya. Memang kejam bin zalim betul orang yang membuang ni. Kecik sangat anak kucing ni untuk dibuang macam tu saja.
Petang tu, lepas zohor akak bawak pergi vet. Doktor tu kata, anak kucing ni baru umur sebulan lebih. Gigi pun masih belum keras lagi jadi tak bolehlah bagi makan dry food.
Bila bagi makan soft food yang dalam packet tu kemain laju dia makan. Lapar betul dia. Entah berapa hari tak makan dan minum.
Doktor tu bagi makan ubat cacing dan spray bulu dia dengan ubat kutu. Bil pertama anak kucing ni di Vet ialah Rm20.00. Kalau kat PD lah tapi kalau kat klinik di Ikano tu mahu RM50.00 agaknya.
Akak memang bercadang nak adopt pun anak kucing ni jadi kenalah pastikan sihat semuanya.
Milo pun tak marah masa akak buat sesi suai kenal dengan Moli, si anak kucing. Sebelum ni menggarang je dia kalau akak bawak kucing lain dekat. Mula mula tu akak cuak jugak nak letak atas perut dia. Manalah tahu kalau di ngapnya. Sekali telan je dah lesap masuk dalam perut. Tapi kali ni baik je perangai Milo. Mungkin sebab anak kucing ni betina kot.
Cukup nyenyak tidur terselit kat perut Milo tu. Terharu akak. Berat Moli ni sekarang 0.35 kg. Sila bandingkan dengan berat Milo yang hampir mencecah 10 kg. Silap hari bulan boleh penyet Moli tu. Huahuahua. Jangan marah ya, Milo, gurau-gurau membawa bahagia sempena Deepavali, takkan tak boleh. Hehehe.
8 comments:
hihi sweet sgt kasih syg si milo 2,..wlupun xkenal ngan moli :)
*geram tgok gmbr last 2,leher milo xderk!kih3
Ada chemistry antara budak berdua tu. Kaler pun nak dekat sama. Mungkin telah ditakdirkan gitu, sebab tu dia tak garang dengan Moli. Comel la eh nampak budak berdua tu!
hi kak aidah..
alahai comelnya moli dok sebelah milo... lepas ni sure milo tak sunyi lagi.. baru laa ada semangat nak exercise.. almaklum ada awek baru.. hahaha...
Akma,
Akak pun terperanjat jugak tengok dia okey je ngan Moli. Risau jugak takut dia merajuk sebab dah lama sangat jadi kucing tunggal dalam rumah akak ni.
Dinas,
Mungkin rembesan hormon antara jantan betina yang tak sama menyebabkan dia ada chemistry kot. (saja nak guna perkataan rembesan, ingat masa blajar bio. Hihi)
Fadz,
Amboiii Fadz, gatainya Milo kalau cam tu. Ibarat orang tua ganyut berawekkan budak bawah umur. Kahkahkah.
alololo comelnye Milo & Moli..hehe
baik je dorang..haiwan pun lagi fhm erti kasih syg drpd manusia akhir zmn nih kan kak
luv,
cik ana
Memang betul, Ana. Akak ni sejak akhir2 ni suka ja menatap kelakuan 2 ekor kucing ni. Sangat bertoleransi gitew. Kadang2 rasa kecewa dgn sesetengah manusia yang tak boleh bertolak ansur walaupun dikurniakan akal olehNya.
Salam kenal kak,
Geram betul kat budak demuk tu kak. Rasa nak pijak pijak je perut dia yang comel tu. Leher pun bukan main lagi siap ada layer. Punyalah demuk. Tapi sweet betul dak Moli tu tidur kat tepi dia. Alahaiiiiiiiii.....
Terima kasih datang. Memang demuk dia tu dan sekarang Moli pulak yang nak ikut macam daddy dia. Hahaha.
Post a Comment