Inilah dia gambar sunset dari balcony rumah mak akak, di Teluk Kemang, PD. Tengah elok fokus matahari di celah2 pokok tu, lalu pulak kereta sport Fairlady ni. Sekarang ni memang nampak jelas laut. Dulu ada kebun getah saja disitu, sekarang semua dah diratakan untuk buat projek perumahan. Nasib baiklah rumah ni atas bukit, jadi pemandangan laut tu masih dapat dinikmati.
Ramai tetamu yang bertandang bertanya kenapa mak akak tak duduk bilik bawah saja memandangkan dia dah uzur dan tak larat turun naik tangga. Mak akak jawab, walaupun dia dah tak larat berjalan, dia masih mahu meluaskan pemandangannya. Kat balcony ni saja dia dapat merenung laut setiap pagi dan petang, menikmati angin laut, melihat telatah mak ayah yang menghantar anak2 ke sekolah waktu pagi (kat bawah bukit tu ada sekolah). Tak sunyilah dia, insyaAllah.
"Kek bawah tu apo ado? Sunyi den. Cakap sengsoghang lak den kang. Kau nak den nyanyuk ko?"
Akak dan Puan Alang sangat setuju dengan pendapat omak. Biarlah dia tinggal di bilik atas ni yang pernah dikongsi bersama arwah abah suatu masa dulu.
Dan mak pernah cakap, suatu hari nanti dia akan tahu waktunya dia harus berpindah ke bilik bawah. Kami anaknya yang tinggal dua orang ni tak nak fikirlah tentang hari tu.
4 comments:
subhanallah cantiknye :)
luv,
cik ana
Begitulah ciptaan Allah, sangat indah dan berupaya pula memberi ketenangan pada kita.
Keindahan ciptaan Allah (subhanallah!) tu dapat dinikmati juga oleh kami sebab pandai tuan Nikon tu ngambek gambor :)
Masa tu jugakla Fairlady nak lalu, terima kasih jugak pada tuan Fairlady tu, cun wehhh!
Saya pun tak sanggup memikirkan bahagian akhir tu..
Akak sebagai anak cuba membuatkan mak rasa selesa dan damai di hari2 tuanya. Dahlah dia sakit dan jarang dapat tidur malam hari, biarlah waktu siang dia dapat lihat pemandangan begini.
p/s Akak bantai je amik gambar, tu pun pakai auto mode. Hehe.
Post a Comment