Pages

Wednesday, 27 April 2011

COUNTDOWN TO KK

 

Checklist-checklist-checklist… Sila tambah apa-apa yang patut bila teringat dalam kepala barang-barang yang nak dibawak ok.

P4270017

 

Arif gigih vacum living room sebab wan dan Alang & family nak datang petang ni. Milo pun sama nyebok gak!

P4270006 

 

Ni pulak bilik yang sekali sekala je kemas bila wan nak datang. Kalau tak mcm baru dilanda taufan je tau!

P4270015

 

Bilik si Taya tak sampai ati nak amik gambo sebabnya ialah bukan macam dilanda taufan TAPiiiii macam baru lepas tsunami!!! Ni nak kena leter ngan kak wok lagi ni kang, “Apo lak anak daro macam ni. Tak konanlah wan sepah-sepah ni!’

Haa Farah, mama dah kasi can tau, tak masuk dalam blog, bilik yang bersepah nun. Not todaylah kan, esok-esok belum tauuu. AWAS!

 

P4250024

Milo sedang menikmati carpet yang baru divacum. Kucing ni memanglah sangat pembersih. Kalau dia termuntah di sleeping basket dia tu, mau kembang bulunya kalau kita suruh dia tidur kat situ. Harus dibasuh dulu (dry clean je guna wet tissue). Dah dibasuh dia akan inspect dulu, cium-cium, bau-bau. Bila dah ok baru dia tidur. Kalau tak, maunya dia tidur atas kepala kita malam kang! Dahlah berat lebih 7 kilo, lemas pun boleh tau!

0 comments: