Macam biasa, pagi–pagi buffet breakfast (complimentary bb for 2 person/room). Okaylah jugak buffet spread di sini, setiap hari ada nasi lemak, nasi goreng, meehoon/mee/kuew tiow goreng, kari ayam/kambing, roti canai, congee, dim sum, noodle soup dan macam-macamlah.
Untuk tekak ala-ala barat tu, ada all kind of pastries, macam biasa omellette, garlic bread, cereals, yoghurt dan lain-lain.
Ini adalah makanan En Arif. Akibat beratnya punggung nak bangun amik makanan ulang alik, boh je serba sedikit dalam pinggan.
Hari ini kami menggunakan khidmat En. Syaifuddin dan vannya untuk ke pasar tamu. Kalau pergi Kota Kinabalu dan tak pergi sini tersangatlah ruginya.
Pasar Tamu ni hanya pada hari Ahad sahaja dari pukul 6.00 am hinggalah pukul 1.00 pm. Kalau pergi hari lain, compom lengang je Gaya street ni. Jangan pulak nanti buat muka compius ok. Saya dah bagi tahu siap-siap ni ha!
Dua orang bebudak yang buat playground sendiri depan hotel akibat kebosanan menunggu van En.Syaifuddin. Apesallah dia lewat lak hari ini, selalunya kalau janji 7.30am, pukul 7.00am dah ada menunggu depan hotel. RUPA-RUPANYA…..
Ada marathonlah pulak di pagi-pagi hari minggu ni. Akibatnya banyaklah jalan yang telah ditutup. Aduuuiii aiii!!
Dah agak-agak 30 minit menunggu, Cik Nisya yang sangat berbakat mengisi masa lapang, telah tersekat sekejap di railing depan hotel tu. Kih kih kih. Muka tu dah macam nak panik tu. Si Bibik ni pulak agak lama jugak memikirkan cara nak meloloskan Cik Nisya ni. Kelakar….kelakar!
Itu nak buat lagilah tu! Tak serik-serik budak ni.
En Abang dan idolanya En.Arif. Lama sangat menunggu, dah lapar balik ke si Arif tu?
ARIIIFFF! Tutup mulut tu bila menguap! Masuk lalat kang ! Cik Nisya, a flower luvah, was admiring the flower on the table. Van tak sampai lagi kee?
Akhiirnya…. kami sampai juga ke pasar tamu dengan jalan yang sangat jam. Dah nasib, KL jam, bila kami ke KK jam jugak?
Macam-macam ada dijual di sini. Ada arnab…..
Ada persian cats……. Ini memang tempat favourite Cik Nisya. Cukup susah nak tarik pergi tempat lain. Harga kucing itu adalah RM950.00. Kucing-kucing itu sudah dewormed, vaccinated dan toilet trained tau. Kalau nak beli bawak semenanjung, boleh, tapi kena arrange dulu dengan pihak tertentu ya.
Tapi kann, tok sahlah beli, lebih afdhal kalau kita pungut je kucing yang orang buang-buang tu. Siiaaaan….
Dan satu lagi tempat Cik Nisya akan sangkut agak-agak 10-15 minit.
Harga persian cats ini ialah RM1350 seekor.
Yang ini pulak spesies kucing kampung. Cik Nisya ni asal nama kucing je melekatlah dia.
Kalau korang perasan, kat sangkar belakang itu adalah anak-anak itik dan ayam. Kat depan tu pulak hamster.
Yang ini pulak gerai yang jual seashells dan corals. Ada satu je kat pasar tamu ni. Banyak jugak kami beli sebab murah sikit dari filipino market.
Ini pulak kegilaan kami. Unik lor! Rambang mata memilih jam-jam tangan ni. Harganya dari RM10.00 hingga RM15.00. Tali jam tu ada yang diperbuat dari beads, sisik ikan, kristal, kayu dan macam-macam lagi. Kreatif betul orang Sabah ni.
Dah dekat 2 jam berjalan, Cik Nisya pun dah berpoluh-poluh, kami pun bergerak ke van dan pergi tempat lain lak.
Destinasi seterusnya….. Kami tak pulak ke pantai sebab lebih kurang macam teluk kemang je rasanya TETAPI…
Cik Nisya telah ternampak orang menjual durian kat parking lot tu. Apalagi… si penggemar no 1 durian ni tak bergerak-geraklah dari situ selagi tak makan.
RM 20.00 sekilo, kalau di semenanjung cakap mahal, tak payah belilah tapi di Sabah ni boleh sajaa macam orang kekaya. Keh keh keh.
Tapi berbaloi-baloi….. sebab rasanya sedap macam durian kampung.
Tengok muka Cik Nisya je dah tahu kesedapannya. Khusyuk no makan derhoyan!! Sampai lolap-lolap.
Kak wok tak larat nak keluar, makan dalam van saja.
Sangat happy budak ini bila dapat makan durian.
Haa…. apa susah-susah, kalau mengantuk tidur ajelah! Inilah dia prinsip kanak-kanak kan. Lapar, makan dan kalau mengantuk, tidur. Kita yang dah tua ni banyak betul yang difikir. Itulah sampai imsomnia tu! Cubalah sekali sekala kita adopt cara pemikiran macam ni, boleh tak agaknya?
Seterusnya pulak kami ke Teluk Sepanggar. Di sepanjang perjalanan tu banyak juga jumpa rumah yang dibina di lereng-lereng bukit. Cantik-cantik pulak tu. Tak ada pulak dengar kes tanah runtuh ke. Mungkin kerana masih banyak kehijauan di bumi Sabah ini.
Singgah sekejap di restoran ini untuk makan tengahari.
Roundabout yang agak terkenal di sini. Kalau tak caye, pegi blog walking under title Kota Kinabalu, mesti ada je jumpa si ikan tu. Nama monumen ini adalah Blue Marlin Statue. Dibina pada tarikh 2 Feb 2000 semasa Kota Kinabalu mendapat status bandaraya.
En.AHBY mengucapkan terima kasih pada En.Syaifuddin yang berkhidmat dengan kami selama 2 hari. Kami sangat berpuas hati dan harap kita akan berjumpa lagi. Sesape yang nak menggunakan khidmat beliau sila e-mail saya ok.
0 comments:
Post a Comment