Pages

Wednesday, 4 May 2011

DAY 1 KOTA KINABALU

 

Selesai check in lebih kurang pukul 11.00 pagi

 


 

P4280149

 


P4280151
Wan yang sedang bermesyuarat dengan cucu-cucunya pasal itinerary hari ini sementara En AHBY menguruskan check in.

Bila dah selesai semua perut berkeroncong dan berdondang sayang bagai. Apalagi makanlah! Oleh kerana kepenatan kami order room service sahaja. Haaa ambik kau, 6 orang makan, lebih RM200.00 ya! (macam biasa En AHBY tak ingat exactly berapa)

 

P4280163
Nasi goreng kampung yang tak berapa nak kampung sebab tak ada ikan bilis.


 

P4280164
Seafood Beehoon Soup ini tersangatlah sedap. This is our first taste of fresh seafood in KK untuk kali ini. Sungguh manis udang, sotong dan scallopnya. Haa scallopnya punyalah meriah besarnya. Terperanjat gaklah!




P4280167 

Ini pulak Farah’s order. Wedges and chicken from Kid’s menu. Makan sikit je Cik Taya ni. Diet ke?

P4280165

Arif punya makanan memang selalu tak sempat nak ambik gambo sebabnya kemain laju lagi NGAPnya. Pusing belakang tengok-tengok pinggan dah licin. His order is Nasi Ayam Hainan Le Meridien, sama gak dengan cik Bibik.

 

Bila perut dah kenyang apalagi    ….zzzzzzzzzzzzzzzz………terutama cik Bibik yang sangat menepati makna bercuti ya.

P4280178
Bagi orang yang imsomnia macam saya ni, tak sabar-sabar menunggu cuaca redup sikit sebab nak gi jalan-jalan ke pasar filipina dan ke medan ikan bakar.

 


P4280181 
Macam pasar malam je rupanya tapi tiap-tiap petang lebih kurang pukul 4.00 dah start aktiviti di sini.




P4280179
En AHBY memulakan jalan-jalan cari makannya dengan air kelapa pandan



P4280180
Lepas tu kita ke gerai makanan pulak seperti murtabak sayur yang popular di Sabah ni. Bezanya ialah isinya sayur-sayuran dan telur, lepas tu murtabak tu dimasak secara deep frying macam goreng cakoi!!




P4280183

P4280184
Surprisingly rasanya sangat sedap dan menepati citarasa saya tapi Arif tak suka sebab banyak sayur!!!

 

Lepas tu kita gi gerai Mee goreng Sabah yang special ni. Punyalah penuh bekas tapau tu sampaikan cukup untuk 3 orang makan. Rupa mee ni macam maggi saja tapi rasanya boleh tahan. Yang ini memang favourite si Arif.

P4280189  

Last sekali kami ke gerai seafood bakar. CAALO!

P4280186
Sila nikmati gambar-gambar sajelah ya. Dah kecur air liur ni haa! Gambar Lobster tu ditujukan khas buat En Abang (Thaqif) yang setiap hari nak makan lobster di Sabah ni. Harganya antara RM40.00 hingga RM150.00 ikut saiz.

Pernah sekali kami dapat lobster dengan harga RM10.00 tapi itu jarang-jarang terjadi ya! Dah rezeki kami hari tu. Alhamdulillah.


 

P4280187


P1020015
Sotong kecil-kecil ni lebih sedap dari yang besar yang agak liat. Harganya RM10.00 untuk 4 ekor. (rasanyalah, tak ingat)



P1020016
Ikan kerapu biasanya antara RM30.00 – RM45.00 seekor. Ikan yang paling sedap, lembut dan manis seperti isi ketam ialah ikan Sulip Manis dengan harga RM18.00 seekor.



P1020012
Udang harimau yang paling besar tu RM12.00 seekor. Untuk udang kertas pula RM10.00 untuk 5 ekor.

 



P1020018
Berseleranya makan dengan nasi panas…..cecah pula dengan air asam special yang sedap tu. Uuumak aii tak ingat donia!!!

Masaknya simple saja iaitu dibakar guna arang tapi mengancam kesedapannya. Cuma kalau membeli di sini kena pastikan gerai yang ada air asam berwarna kelabu tu. Ada gerai hanya serve sambal saja.

Kerabu yang campur seaweed tu pun sedap mengancam gak tau, jangan lupa cuba!

P1020020

Semuanya kami tapau untuk makan bersama – sama dengan kak wok di bilik hotel. Hari pertama ni habis gak dalam RM150.00. Sebabnya adalah culture shock dan nafsu makan yang tak terkawal gamaknya!!

Akibatnya banyak yang tak habis dan terpaksa disimpan dalam fridge.

P4300297
Aktiviti di medan seafood bakar ni berlanjutan sehingga selepas 12 tengah malam terutamanya kalau pengunjungnya masih ramai. Hmmm masih terasa-rasa kemanisan seafood yang fresh belaka ni.

0 comments: