Entah fenomena ribut apa agaknya , dua beradik ni asyik nak bercakaran saje.
Si Abang ni memang suka mereka cipta. Kalau tengah khusyuk, dia memang tak mahu beralah.
Si adik ni sangat garang okey! Jangan kacau barang dia! Dan lagi satu, mainan dia, dia punya sorang tapi mainan orang pun mainan DIA jugak ya! Ada fahamm!
PUK! PAK! DUSH! DUSH! PANG! PUNG!……..Maaf ya, tak dapat nak amik gambar hanya sound effect sahaja. Sebabnya adalah kerana terlalu ganas dan tak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
TIBA – TIBA ……si Adik yang banyak melepaskan tumbukan curi ni pulak yang menangis. (kes overactinglah tu)
Si Abang telah membolot semua building blocks sambil tergelak besar………….…Muahahahaha….
BAKSO JAWA MALAYSIA
3 months ago
0 comments:
Post a Comment