Kalau sesape peminat spongebob tu mesti ingat episode ‘indoor’ spongebob ni kannn.
Menurut En AHBY, saya dan Cik Farah ialah pengumpul habuk yang tegar. HEK……ELEH !! Dia tu lagi teruk. Tuuu suratkhabar lama kat tepi rak kasut tu, sayang no nak buang. Belum masuk lagi part kotak – kotak handphone dengan pc yang dah berkurun dalam ‘yard’ tu, bila nak buang?
At least, perangkap habuk kami cantik – cantik.
Seminggu selepas dibeli dan diletak atas almari, kadar pengumpulan habuk masih agak-agak 5 %.
Milo cuba menyedut habuk menggunakan kuasa hidungnya .
Antara koleksi terbaru kami…..
Menjeling aje En.AHBY bila kami sibuk memilih dan membeli semua ini di pekan Nabalu.
Ini adalah lesung paling cute yang diperbuat dari kayu dan bukan untuk perhiasan saja malah boleh digunakan di dapur. En.AHBY dengan berkerut muka sambil meletakkan tangan dibawah dagu, bertanya, “ YE KE?”
Seterusnya supermodel yang termahal bayarannya dalam dunia ini telah menggayakan 3 utas ‘bracelet pearls’ yang bernilai 2,500 sen setiap satu.
Tiga Charm Bracelets yang dibeli dengan harga RM10.00. Cik Farah telah dileteri oleh En.AHBY sebelum membelinya. “Lagi satu barang perangkap habuk!”, katanya.
Kerongsang yang diperbuat dari seashells.
Dan ini pulak cekak rambut yang juga diperbuat dari seashells. RM10.00 satu.
Adoooii…..aii, penatnya jadi supermodel ni! Tak sempat nak kemas tempat tidur, menyelit je lah kat tepi ni….Janji..zzzzzzzz…………..
0 comments:
Post a Comment