Bukan jogging pun……jalan manja-manja sahaja. Oleh kerana jerubu dah melanda, lemak di badan pun tak sampai hati nak dibakar di kawasan terbuka ni.
Arif jogging jugak sebab lepas ni dia nak makan nasi lemak ayam. Cuma kakinya masih tak boleh pakai kasut sebab ibu jarinya bengkak.
Lepas 4 round, singgah kejap hirup udara laut ni. Tenang je air laut pagi Sabtu itu.
Khemah-khemah kecik ni dah mula dipasang. Dengar-dengarnya sewa khemah ini ialah RM40.00 sehari. Masa zaman dulu-dulu tak ada pun macam ni. Bentang tikar je. Lagi best.
Tapi kitorang yang berkampung kat sini memang tak mainlah mandi kat sini. Airnya kadang-kadang gatal. Pantainya pun tak berapa cantik. Adalah kawasan-kawasan rahsia kitorang kalau nak gi peknik.
Farah yang sangat sayang dengan lemaknya telah duduk saje dalam kereta. “Tak yahlah mama. penatlah pagi-pagi nak gi jogging.”
“Okaylah, mama tak suka nak paksa-paksa.” Dia dengar saja perkataan tak ada paksaan tu terus je duduk tersandar dalam kereta.
Bye, bye, beach…….(pronunciation kene betul ya!)
Kucing pantai ni asyik pandang kita aje. Nampak manje, bila dekat, lari pulak.
Ingat cakap ustaz ‘zamdurrani’ tu pasal kucing jelmaan tu kan. Kalau kucing sebenar, bila kita gosok-gosok dagu dan leher dia, mesti matanya lelap-lelap. Tapi kalau jelmaan jin , kita buat camtu, dia takkan lelap.
Apa-apa je lah, yang penting mata kucing ni bersinar-sinar macam ada super power. Hi hi hi.
Lepas tu gi makan breakfast di sini.
Mihun dan telur goreng untuk saya dan En.AHBY.
Nasi lemak ayam untuk anak-anak. Farah……….walaupun tak bakar lemak tetap gigih menambah lemak.
Roti canai ditapau untuk yang di rumah.
0 comments:
Post a Comment