Teringat-ingat pulak si Yus (Jambu-Maharaja Lawak) mengorder cendol lepas jogging. Lawak betul Jambu minggu tu. Dah ulang banyak kali pun tetappp layannn. Si Arif pun lepas 2,3 kali tengok pun masih gelak guling-guling.
Cakap pasal cendol ni memanglah terasa-rasa ais cendol tu melarut je kat lidah ni. Huisshh sedap betul makan cendol time cuaca panas berdentang ni!
Kat PD ni mana ye nak makan cendol? Ohh banyak tempat cendol sedap kat sini. Salah satunya ialah depan Pizza Hut kat pekan PD tu.
Abang, bagi cendoi satu! (dialog Yus)
Slrrrp.. sedaaapnyeeeee…
Ada macam-macam filling. Ada jagung, kacang dll.
Begitu khusyu’ dan tawadhu’ menikmati cendol. Kami makan kat dalam kereta saja sebab meja dah penuh pastu malas nak meninggalkan aircon dalam kereta. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu, abah selalu bawak kami makan cendol kat bus stand Kuala Pilah. Kami makan dalam kereta gak ala-ala A&W je! Dengar khabarnya cendol bus stand KP tu dah tak de lagi.
Nak pekena rojak pun boleh gak. Rojak sayur ada, rojak mee pun ada.
Rojak RM3.00 dan Cendol pulak RM1.20 semangkuk. Sangat berbaloi.
Di Bandar Sunggala pun ada gak cendol sedap. Kalau datang PD bolehlah try ya!
0 comments:
Post a Comment