Hari ini Selangor cuti sebab hari ini 17 Ramadhan. Hari istimewa turunnya Al Quran dan secara berperingkat2 menjadi sebuah kitab buat panduan kita dunia dan akhirat.
Selalunya masa ni kat KL jalan tersangat jam sebab wilayah tak cuti manakala orang Selangor pulak berduyun2 shopping untuk persiapan raya. Saya memang tak kuasa nak masuk KL masa ni. Tiap2 tahun sama je ceritanya. Nanti adalah yang terpaksa buka dalam kereta sahaja.
Rasa2nya eloklah hari ini kita mengenang semula bagaimana kitab agung itu diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai wahyu dan menjadi mukjizat Baginda.
Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:
1. Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dada, kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan: “Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku”. ( As-Syura: 51)
2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.
3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat.
Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: ” Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa”.
4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : “Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".
(sumber : Internet)
Inilah Quran saya yang dihadiahkan suami masa nikah 18 tahun dulu. Kecil je, senang nak bawak ke sana kemari tapi rasa2nya kena beli lain kot,yang tulisan besar sikit. Ke ahkak ni kena pakai reading glasses? (oooohhh tidak! Huhuhu)
2 hari lepas, saya terpaksa berdampingan dengan kitab hadis ni pulak. Ini kira kes raya sebelum waktu lah. Entah apasal si hormon dalam badan nak berlawak dan beraya lebih cepat dari biasa. Agaknya berhorey2 cik hormon ni mendengar lagu2 raya kat radio yang tengah meriah sekarang ni. Apa2 pun ahkak redho.
Lupa lak nak bagi tahu, kitab hadis tu memang sangat best. Kebanyakannya adalah riwayat Bukhari dan Muslim. Menusuk hati wa cakap lu dan bertambah cinta saya pada Rasulullah saw. Kedua-dua ni adalah pemberian arwah abang saya dan menjadi harta bernilai dalam hidup saya sekarang ni (buat ubat hilang stress).
3 comments:
Salam Nuzul al-Quran...
Pengubat stress terbaik :)
Sentimental value sungguh Al-Quran hadiah perkahwinan tu.
Siti Murni,
Salam Nuzul Quran.
Dinas,
Memang betul. Kertas pun dah kusam dah tapi makin sedap baca tuh!
Post a Comment