Pages

Thursday, 4 August 2011

Alahai........ keturunan ke?

 

 

Kata orang, jangka hayat kucing biasanya ialah 7 hingga 10 tahun. Tapi ada jugak kucing yang panjang umur dan hidup selama berbelas tahun.

Milo, kucing kesayangan kami tu dah 7 tahun umurnya. Kalau ikut umur manusia macam dah 60 tahunlah agaknya. Dah tuo rupanya Milo tu, patutlah tak larat lagi nak lari. Kadang-kadang kesian nengok dia, asik tidur sepanjang hari. Agaknya kaki dah lenguh-lenguh dan badan pulak bisa-bisa. Nak tanya mana sakit, tak reti pulak menjawab walaupun dah ajar dek Arif bercakap sejak kecik lagi. Tapi kalau dia tetiba bercakap, mahu demam terkejut saya satu hari agaknya.

Bebudak di rumah ni pulak suka sangat memanjakan Milo tu. Bila dah hantar buang air besar dan buang air kecil di tandas dia tu, Milo akan dicebok dan dilap guna wet tisssue oleh budak dua orang ni. Memang si Milo tu tak payah susah-susah membersihkan apa-apa yang patut sebab ada dua orang cacai yang sukarela buat untuk dia.

 

nikon2 046

Maka bila dia dok ralit membasuh muka dan badan begini, haruslah diamik gambarnya. Memang kadang-kadang saja dibuatnya, kata omputih once in a blue moon.

 

nikon2 051 Kalau dia buat aksi jilat tangan macam ni kita orang panggil jilat aiskrim. Kadang kadang ada gak saya buat dajal pergi tarik lidah dia yang tengah syok menjilat tu. Sampai terluek kucing tu. He he.

 

 

P5020491

Ini kes terlampau rajin sampaikan tangan saya pun dijilatnya. Ya, anda boleh saksikan ketembaman setiap jari saya dan daripada saiz jari dah boleh agak ketembaman badan pulak.

 

P5120463

Arif yang dah terlampau kesian tengok Milo yang tak dapat jilat sampai ke perut, terus amik wet tissue dan lapkan badannya. Setakat kepala dan tangan sahaja yang boleh dijilat sendiri. Tempat lain sorrylah, out of reach kerana perut boroi sangat. Di gambar ini, saksikan juga ketembaman jari anak saya.

Dari kucing sampailah ke jari-jari gebu tangan yang telah dipamerkan, maka bolehlah kami menyalahkan faktor keturunan atas ketembaman badan masing-masing. Nak buek canno mak, mano ado lam keluargo kito solim-solim, sumo eh gomuk, bulat-bulat! Translation: (dgn suara ala-ala penterjemah drama bersiri Arab) Ibuku, apakan dayaku ini. Aku tidak dilahirkan didalam keluarga Claudia Schiffer atau Kate Moss. Marilah kita pasrah, wahai ibuku dan terima sahaja takdir ini. Ha ha ha ha ha.

Minta maaf ya, penterjemah elektronik yang saya pakai ni dah mula nak mereng pulak. Over tu kuasa terjemahannya. Siap keluar suara orang alih bahasa cerita Arab pulak. Lepas tu sesuka hati nak gelak kat hujung ayat tu, apa hal?

So, the moral of the story here is, the genes are the real culprit. Saya tidak bersalah, anda tidak bersalah dan Milo pun tidak bersalah. Yeaaah right, you wish!!! Yang tiap-tiap hari belasah roti canai 3 keping tu kerana dirasuk oleh genes ke atau jins? Sekarang sila jawab sambil mencubit-cubit lemak di peha, perut dan punggung sendiri.

Kenyataan mengguris di atas ialah untuk diri sendiri dan tidak ada kena mengena dengan orang lain jadi kalau ada yang terasa, saya menyusun sepuluh jari yang tembam dan memohon maaf.

7 comments:

fadz said...

ermm comelnya milo ni... geramnya tgk dia... bleh buat bantal peluk ni... fadz pun ada kucing gak... nama mew mew.. dh umur 7 tahun gak... mew mew tu dh x de gigi.. tinggal gigi geraham je.. tp makan still kuat lg... well akak wok bg makan apa kat milo ni?

Murni Alfathunnisa said...

tembam pun tak mengapa kak...janji sihat....
tak caya tanya milo...ade dia kesah perut dia boroi...muahaha....
janji ada orang tolong lap itu peyot....hehehe

Aidah said...

Fadz,
Mew mew tu yang dalam gambar tu ke? Si Milo ni akak bagi royal canine. Kata vet tu mknan ni bagus untuk control weight dia tapi akak tengok makin lama makin bulat Milo ni. Tak tahulah apa nak cakap.

Siti Murni,
Kalau kucing memang cutelah kalau boroi, kalau akak ni mahu naik nyampah orang nengok. Walau macamana pun akak bersyukur sebab orang kata cantik tiada tapi manis ada. (hek eleh perasan)

fadz said...

hi kak aidah.. mew mew tu si kucing putih dalam page facebook fadz... yg kat page blog tu kucing member.. tu pun gambar mew mew masa dia umur 2 tahun... laa ni dh 7 tahun... dia asyik tidur je.. tak pun dia suka mengiau.. bunyi macam membebel... kalau dia balik rumah... bising suara dia je laa... plak tu cukup sensitip kalau panggil mew mew gemok... hahaha :P well dia dah macam orang plak.. hehehe

Dinas Aldi said...

bertuah si Milo, ramai orang sayang sungguh kat dia. susah nak cari tuh, Milo wehhh!

saya pun ingat nak salahkan keturunan gak sebab gebu tembam tapi malangnya dalam family saya sorang ja yg tembam, kahkahkah!

Aidah said...

Fadz,
Eh, memang betullah. Kucing akak pun sensitip kalau panggil gemuk terus merajuk tak nak makan dan tidur jauh-jauh.

Dinas,
Tak pe Dinas, ada hikmah di sebalik kejadian. He he he.

Iz said...

Akak, kucing kesayangan nenek saya, 20 tahun umur dia. Dah meninggal dah beberapa bulan lepas. Kata doc kalau spay/neuter kucing, hayat dia lebih panjang sebab kurang risiko penyakit dalamam. Hehe