Pages

Friday, 3 February 2012

Berhati-hatilah

 

 

Weekend ni cuti panjang lagi kan. Mesti ada yang plan nak pergi bercuti lagi kan. Kalau pergi PD tu bolehlah roger2 akak ya. Boleh akak belanja makan ke.

Sebut pasal makan ni, kalau sape yang pernah sampai Teluk Kemang, mesti perasan ada satu kedai cina tapi dia tulis muslim seafood. Terlebih dulu, nak mintak maaf pada yang dah pernah makan di situ. Halal atau tidak restoran tu sangat diragui sebab ownernya bukan islam. Dan tukang masaknya pun bukan islam. Akak pernah tanya kenapa dia tak nak mohon sijil halal. Dia cakap kebanyakan customernya tourist dan ada yang minum beer. Kalau ada beer, Jakim tak mahu bagi halal, katanya.  Dan owner tu hanya letak a few perhiasan ayat kaligrafi di kedainya. Tak tahulah apa tujuannya kan. Sebab kalau akak mintak dia baca ayat tu, kompom dia tak tahu baca. 

Selalunya bila akak balik PD, memang ramai akak tengok orang melayu makan di situ. Nak buat announcement kat situ, kang tak pasal2 akak masuk lokap pulak. Tapi memang betul, orang PD memang takkan makan kat situ sebab kami tahu sangat diragui kehalalannya. Jadi mostly tourist yang tak tahu.

Lagi satu, pasal homestay yang ala-ala ni. Berhati2 kalau nak tinggal di situ terutama kalau ownernya tak strict pasal penyewa dan apa yang nak dimasak oleh penyewa. Sebab kat area rumah mak akak ni, ada satu homestay tu memang saban minggu penuh. Tapi akak selalu nampak semua kaum tinggal di situ, siap guna bbq yang disediakan. Masak apa tu tak tahulah. Tapi carefullah ya. Sebab mana tahu masak oink2 ke. Mana kita tahu kan. Kalau botol2 beer tu memang melambak lah. Kadang2 akak tengok keluarga melayu tinggal situ. Mungkin nak attend kenduri kahwin ke kan. Kesian sangat sebab nampak ada orang tua2 lagi. Jadiknya akak nak pesan, berhati2 lah.

Mintak maaf pada yang rasa n3 ni macam bagus pulak. Tujuan akak ikhlas untuk bagi semua saudara sesama islam yang baca ni tahu pasal perkara2 yang kadang2 kita terlepas pandang dan tak perasan. Tak ada niat di hati nak singgung perasaan sesiapa.  Cuma rasa bertanggungjawab nak beritahu pada sesama saudara. Maaf sekali lagi.

 

017

030

Oleh kerana n3 ni berat sangat, akak kasik penutup gambar munge, buleh? Bukan apa, gambar ni dah lama bertapuk, sayang pulak. Pokok ros tu dah habis pun riwayatnya dan munge kat atas tu akak snap kat lobby hotel je. Tapi bunga hidup tau. Sebab akak siap potong sikit kelopak tu dgn jari, nak tahu plastik ke bunga segar. Hehehe.

10 comments:

Akma_cikyong said...

erk??btul ker kak??ish..kdg2 perlakuan dpt kite cegah dari segi pengharaman..tapi dlam sedar xsedar..dari makanan jugak kiter bley terjerumus ke arah yg dimurkai Allah S.W.T..

Munn Jaafar said...

ape nama kedai n hommestay tu akak? bg la hint sikit2..

Irfa said...

dengar akak nak blanja kalau sesapa kePD saya tetiba nak gi PD gak la..hehe

eh apa pulak nak rasa bersalah.diorang yg dtg makan tu mana tahu..kalau akak bagitau ni boleh la kita war2 kan..sy pun selalu g PD..tp beli kepsi makan tepi pantai je

Irfa said...

kak aidah..
kalau sudi bagi la kontek number yer.mana tau sesat kat PD buleh tumpang solat umah akak.ehhe

tinggal kat komen box pun buleh,sy janji x publish komen tu

So Shy Lady (SSL) said...

homestay mn tu kak?

ya Allah sy tringat dkt x bos sy cina muslim ada bw sy mkn kt satu kdai, ktnya halal tetiba hidang beer plak ya Allah trus sy rs nk muntah kt situ jugak, smpai skrg sy duk mnyumpah kt x bos tuh gram sgt!

Dinas Aldi said...

Benda2 gini memang sangat patut dikongsi2kan, berat nih. Kalau dah termakan terminum di situ, susah la. Sekurang2nya kalau tak dapat tulis terang2, dapat email diam2 pun ok. Janji akak yg bagitau, sumbernya saya dah memang yakin dah.

Gambar2 bunga tu sangat cantik kak! I LIKE!

Unknown said...

bagus gak dpt info cam ni...tq sudi bagitau

Nota Cikgu Anum said...

a very good entry. kdg2 kite lupe mencari yg halal itu wajib kn..

Nini D.. said...

berkongsi maklumat tu kan bagus kak...

terpulang pada org lain kalo diaorg fikir akak ni kepoh ke..hape ke..I suka aje!

yang penting NAWAITU akak baik..utk mengelakkan umat ISLAM yang lain makan makanan yang diragui keHALALannye..sekian!


wah!!

mama maman aka yana said...

bg sy.. bagus akak ckp je nama kedai tuh... bukan nak menyusahkan org berniaga tp mslhnya menyusahkan kita yg muslim yg tak tau kannn...