Alhamdulillah. Akak masih kurang sihat tapi body and MIND sudah mula menerima kenyataan. Walaupun menangis jugak terutama bila menadah tangan mengadu pada Allah mohon ditetapkan iman akak sepanjang masa.
Sakit akak ni kadangkala pelik jugak. Macam on off dan selalu beralih2 tempat. Baru rasa okey kat perut dah rasa senak di sepanjang tulang belakang, sampai nak tidur pun rasa serba tak kena. Bila mintak tolong anak2 dan suami gosok2 belakang akak, lega sikit rasanya dan barulah boleh lelap. Bila hilang sakit di belakang, tiba2 muncul pulak sakit di bawah tulang rusuk. Nak kata perut, tak jugak. Dah hilang sakit kat situ, beralih pulak di belakang kepala sebesar duit syiling tu. Kadang2 akak sembahyang, rasa macam dalam bot yang dibuai ombak. Dah berapa kali akak hanya dapat sembahyang duduk je. Sedih sangat tak dapat sujud dengan sempurna.
Macam2 ubat yang doktor sarankan tapi itulah akak cakap, sakit ni beralih2 pulak. Akak memang rasa pelik tapi tak nak lah layan sangat kepelikan tu. Cuma sekarang ni akak amalkan beberapa surah dalam Quran macam surah Toha, surah Annahl, surah Muhammad, surah Fussilat dan banyak lagi. Alhamdulillah rasa tenang tapi bila sakit menyerang, memang menangis jugaklah.
Sebenarnya dulu akak pernah diganggu ni tapi akak memang tak percaya benda2 ni semua exist zaman sekarang ni. Tapi semua makhluk tu kejadian Allah jugak kan. Dan akak juga hanya mengadu pada Allah, tiada yang lain selain dari Dia Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Akak hanya mampu beristighfar banyak2 kerana jika ujian ini satu kifarah, akak redha. Banyak dosa, akak sangat maklum. Tak apa ya Allah.
Dah lah tu kan. On a more positive note, walaupun duduk KL ni tak de sedara mara pun, akak tetap dikelilingi anak2 yang sangat banyak membantu. Begitu juga suami yang selalu telefon bertanyakan akak dari tempat kerjanya. Anak akak esp yang sulung tu memang terpaksa in charge banyak perkara di rumah. Sebenarnya first time akak sakit pelik macam ni ialah 5 tahun lepas. Masa tu dia baru form one. Dia lah yang masak utk akak, bagi akak makan bila ada hari2 yang akak tak boleh bangun. Kadang2 seminggu dia tak ke sekolah masa tu. Kemudian uruskan adiknya yang baru darjah dua masa tu. Basuh kain, sidai kain semualah.
Makanan orang sakit. Dah 4 hari akak hanya makan bubur. Alhamdulillah masih boleh makan.
Ini pulak cheer leaders akak. Selalu motivate akak untuk tidur, tidur dan tidur. Sebenarnya banyak lagi yang dia buat atas katil akak ni. Ada masa tu bergurau sampai bergegar satu katil ni. Si Milo tu pulak asik nak menjilat akak. Dia ingat macam kucing kan, jilat je lepas tu sembuhlah apa luka atau sakit tuh. Dia tahu agaknya akak kurang sihat. Tapi method rawatan tu sangatlah kelakar sebab pakai air liur je. Hahaha.
Mohon maaf pada sahabat2 sekelian kalau akak tak datang menziarah sejak akhir2 ni. Kadang2 baru ziarah sorang, sakit datang balik, terpaksa off laptop. Bila akak dah pulih sepenuhnya nanti, insyaAllah akak akan jalan2 lagi, ya. Kat tepi kaki akak tu ada Milo yang tengah terbongkang tidur tapi tak masuk lam gambar. Hehehe.
Milo si Bomoh Air Liur dalam pelukan akak. Hahaha. Dan iyaa, makan bubur dah 4 hari pun tangan akak masih gebu tembam macam bomoh tu jugak. Tak de maknanya nak selim melim. Hehehe. Macam ni lah akak dan akak sangat bersyukur. Alhamdulillah.
P/S Terima kasih sahabat2 yang sudi doakan akak. Doa kalian sangat membantu, akak yakin, dengan izin Allah.
16 comments:
moga akak cepat sembuh & diberikan kesihatan yang lebih baik..
dugaan dariNYA,insyaAllah dengan kuasaNYA jugak akak boleh sembuh...
salam pluk cium buat akak,tok bomoh air liur & Moli si jakun....rinduuu!!!!
salam kak..ya Allah...sedih nya bc entry kak ni..sakit macamana ya kak..nak suruh p jumpa doc sure dah pergi kan?..akak dah ke darul syifa'.? saje la suggest kot2 blh baik..sedihnya ..bila pergerakan tak lancar..nasib baik ada anak dh besar blh tolong2..take care ya kak..saya doakan akak cepat sembuh ya..
owh terrer milo jadi bomoh eh? dia pun susah hati tgk akak tak sihat cuma tak boleh nak cakap je
moga akak cepat sihat ya
alahai..shahdu nyer baca entry akk nie..menitis air mata baca..huhu terharu akak punya kucing yg amat memahami..
akk..sudilah klau boleh akma nak membantu akk??
Assalamualaikum Kak Aidah,
Subhanallah, subhanallah, baru tadi baca keadaan kesihatan kakya Deru Ombak dan sekarang akak pula.
Jadi untuk sekali lagi Mieza titipkan juga, doa buat akak dipenghujung bacaan surah al-kahfi (sekarangni dah pukul 9:04 Khamis malam Jumaat) buat Kak Aidah semoga sentiasa diberi kesihatan dan perlindungan oleh Allah...
assalamualaikum kak aidah... fadz harap kak aidah semakin sihat... sorry sangat coz lama fadz tak jengah blog akak... bila fadz baca baru tau pasal akak sakit.. sabar laa ye kak... tentang sakit pelik yg kak aidah cakap tu.. fadz paham.. sebab br2 ni pun fadz kena something unexplainable (sakit yg fadz citer kat blog br2 ni)... sabar ye kak aidah... mudah-mudahan kak aidah cepat sembuh n dijauhkan dari penyakit yg berat... ni cuma petua laa... cuba kak aidah try baca surah alam nasyrah laka dzodrak & surah alam tarrakaai fafa a'ala... (maaf fadz tak ingat nama surah)... baca lepas setiap kali solat... insyaallah kalau tak kurang sakit.. sekurang2nya hati kita tambah tenteram...
Kak Aidah, sedih saya bila akak sakit. Saya selalu doakan semoga akak diberi kesihatan yg baik olehNya tapi itulah kan, selagi bergelar manusia, sakit demam tu harus kita hadapi. Dugaan dariNya.
Akak dah cuba berubat cara tradisional? Haritu mak saya ada gak try tapi kami pegi pada orang yg memang dah kenal la, guna ayat Quran & diberi anugerah olehNya untuk mengubat. Alhamdulillah, lega mak saya dengan izinNya walaupun lepas 3x pegi wad kecemasan hospital tak jadi menda.
Apapun saya akan terus mendoakan akak. I love you kak, walaupun kita cuma kenal kat blog aja.
akak, kuatkan smgt ye, tak mo layan perasaan sgt. kirim slm kat anak akak sekali. sy pun dulu pernah jaga mak yg skt, sy faham apa yg dia rasa. biasa la tu, kita semua kena buat tanggungjawab kita. jgn fikir sgt, nt terasa beratnya. insyaallah semua pasti akan dipermudahkan. percayalah. hehe, terkenan dr fazilah kamsah pulak.
kirim slm ye kat bomoh gendut tu. tak dapat cubit dari dekat, tengok dr blog pon boleh la
much,much love and prayers from me
ps: susah bebenau word verification akak ni. saya tak paham russian,harap maklum
milo dah ada profession baru..:)
sayu baca entry akak ni...harap akak cepat sembuh seperti biasa...banyakkan la rehat..insyaallah ya kak..pergi berubat lagi tau..:) kami semua doa kan kesihatan akak...
slama ni sy ingatkan Aidah sakit bese2 jer. bersabarlah. sy pon dah setahun solat atas kerusi. tp ape pon kite kne redha dan berserah. hanya Dia yg tahu ape yg terbaik utk kite kn. neway, hope u ll get better soon n b able 2 update us with ur amusing stories of Milo n Moli.
biasa klau bc n3 akk pasti sy duk ngekek ktawa sorang2 tp bila akk skit, rasa sayunya...
kak pnah dngar darul ruqyah kat batu caves? slalu msuk tv psl DR ni...cubalah brubat cr rwtn alternatif plak kak.
takutlah klau pnyakit ni dr gangguan makhluk halus. Ya, sy doakn akk cpat2 smbuh. Yakin dgn ayt Allah Setiap kesulitan ada kemudahannya
Jaga diri, kak Aidah..
semoga akak sihat kembali
Kak Aidah, semoga semakin sihat :)
Get well soon kak. Semoga teknik rawatan Milo tu berkesan, hehe. Tolong pesan dekat Milo & Moli, jangan buli mummy yang tengah sakit tu :)
Semoga cepat sembuh Kak.
Ida tidak tahu bagaimana untuk membantu tetapi ida doakan agar akak dan keluarga sentiasa di lindungi Allah dari segala ancaman dan kejahatan yang tidak kita ketahui.
Post a Comment