Entah mana silapnya, dari hari rabu akak diduga dengan gastrik yang sangat kuat sakitnya. Tengok tv citer stress sikit pun sakit pedih perut. Sekarang ni rasa macam kelakar pulak. Tapi hari tu masa sakit memanglah menanges sebab tak kelakar lansung. Hari ni Alhamdulillah, okey sikit tapi ada masa sakit jugak.
Maka tenggelam timbullah jadinya n3 dari akak semenjak dua menjak ni. Sejak akhir2 ni kalau sakit memang hebat betul darjah kesakitannya. Tak tahu kenapa. Mungkin umur yang dah gelincir dan masuk fasa peringatan dah ni, kan.
Bila akak tak boleh bangun, dua ekor ni lah peneman setia. Sebenarnya tak sangka dia nak naik atas meja breakfast akak tu. Meledung meja tuh, sibbaik tak patah.
Kadang2 tengok tv sama2 ngan akak. Dan favourite channel Moli ialah Animal Planet. Sangat khusyu' dia tengok, nek moyang dia lam tv tuh.
Milo ni tak heran dah apa citer kat tv . Dia lebih khusyu' mempengsankan diri sepanjang hari.
Kacaulah macamana pun, dia tetap nak lelapppppp............
14 comments:
sape sebenarnya yg lagik sakit nih?
akak atau milo?...(milo tido lebey nampak)..
akak suruh la milo turun dari atas meja tu..riso kang penyek moli yg duduk kat bawah meja.hakhak
cepat sembuh kak ye..
teman pon pesakit gastrik kronik.tu sbb tak kurus2 sbb tak boleh DIEt.nnti perot kosong kalo tak makan..(alasan!!!)
Assalamualaikum Kak Aidah,
Mendoakan agar akak sihat sentiasa dan dibawah jagaan Allah. InsyaAllah.
Tak tertahan tengok Milo lelap grrrr.
kak aida..patot lah senyap membisu en3 akk..rindu rasanyer..huhu
sekurang2 nye terubat gak pilu di aty tgok milo n moli..
dah meningkat umur ni senang penyakit nak singgah ;)
Patutla senyap ja akak tak update, rupanya akak tak sihat. Sedih pulak saya baca akak sakit tapi tercekik saya gelak bila tengok Milo atas meja brekpes akak tu, memang meledung tuh!
Semoga akak akan segera sembuh & dikurniakan kesihatan yg baik olehNya, amin.
Semoga akak cpt sembuh.. Saya bru jmpa blog akak ni, geram tgk kucing2 tu...
Get well soon kak. Jgn culas makan ubat tau hihihi.
Milo and Moli, please jgn nakal ok
Nini D,
Milo tu tukang motivasi akak untuk tidur sepanjang hari. Kahkahkah.
Mieza,
Alaikumsalam. Terimakasih kerana mendoakan akak ya.
Cik Yong,
Memang sekarang ni akak selalu tak sihat, dik. Redha je lah. Dah lama hidup, dah banyak jugak dosa yang nak kena dibayar. Itupun kalau Allah sudi ampunkan.
Irfa,
Memang pun, dik. Macam tu lah resamnya hidup ni.
Dinas,
Terimakasih banyak2 kerana selalu mendoakan akak bila akak tak sihat. Akak tak boleh bangun pun, anak2 tetap bawak laptop dekat akak supaya akak dapat ziarah kawan2. Buat ubat. Hehehe.
Marina,
Terimakasih dan syukur pada Allah kerana akak bertambah lagi kawan. Sangat menghargai semuanya.
Suara Kalbu,
Terima kasih. Dah berbotol ubat akak makan sejak 3 hari ni. Nasib baik stok banyak kat rumah. Hihi.
akak... ingatkan akak yg sakit tadi... take care ye..:)
sy pun jika ada peluang.. nak gak dodo taknak bangun2... hahaha
Good nite kak Aidah, take care yaa! Ada ubat lagi tak? Kalau ada, makan betul2 tau. Semoga akak cepat sembuh, amin!
Mama maman,
Teruk kali ni akak kena gastrik. Nak gerak lebih2 pun sakit. Apa lagi nak tidur. Tak boleh lelap, dik.
Dinas,
Good nite, Dinas. Sebenarnya good morning sebab baru baca message Dinas dan seperti biasa sangat terharu sebab bila akak tak sihat, Dinas sangat mengambil berat. Terima kasih. Kalau rumah dekat akak jugak boleh lend my shoulder to you whenever you're feeling down. In fact, tak payah rumah dekat pun, bila2 masa, I'm here for U too, ok. Thank you very much, dik.
jadi ngantuk tengok milo tidoo...
moga akak cepat sihat ya
akk, take care ye! risau plak
semoga cepat sembuh kak..
Milo ngah bagi sokongan moral tu..
Post a Comment