Pages

Friday, 20 January 2012

Pilihlah Hari Jumaat

 

 

 

 

129

Pagi Jumaat yang penuh barakah, insyaAllah, sebab seawal 6.30 pagi hujan turun dengan lebat.

 

 

nikon2 130

Setahu akak waktu hujan adalah antara waktu mustajab untuk berdoa, apatah lagi bila ia turun pada hari terbaik iaitu hari Jumaat. Yaaa, akak faham bila hujan, jalan mulalah jam. Nak2 nya hari Jumaat yang kalau tak hujan pun jam teruk dari hari biasa kan. Tapi tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan2 sambil dalam hati menyebut Subhanallah. Semoga hari ini ialah hari Jumaat yang penuh barakah buat semua. Amin.

 

 

028 

Konon nak ambik gambar titisan air atas kelopak ros tu tapi apakan daya akak tak de makro lens pun. Tapi syukur dapat jugak pakai kamera kan.

Dah terlanjur bagi gambar bunga ros merah ni, akak bagi tahu jugaklah peristiwa yang pernah berlaku hari Jumaat.

Dari pengetahuan akak, banyak perkahwinan2 penting berlaku pada hari istimewa ini. Seperti perkahwinan antara Rasulullah saw dan Khadijah, Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha dan perkahwinan pertama sekali iaitu antara Nabi Adam a.s dan Hawa. Dan sesape nak kahwin, kalau tak keberatan pilihlah hari Jumaat ya. Semoga perkahwinan itu dirahmati. diberkati dan bahagia dengan zuriat2 yang soleh.

Akak tak dapat pun nikah hari Jumaat dulu sebab tak cuti dan satu lagi tak tahu. Sekarang baru tahu.

7 comments:

Nini D.. said...

Nini dulu menikah konon nak amik tarikh 20.07.2007 tapi ramai bebeno yang udah ngambik tarikh tu...

tak kose le nak berebut..nini amik aje tarik 18.08.07

Akma_cikyong said...

alahai..sayu baca entry akk di pagi hari jumaat yg nyaman nie..
insyallah..andai ada jodoh dan takdir akma nak pilih hari jumaat tok bernikah..hihi

Aidah said...

Nini,
Tahun ni ramai orang akan pilih 20.12 pulak agaknya. Tapi akak rasa kalau dilanjutkan ke esoknya lagi best sebab hari Jumaat kan.

Akma,
Elok tu. Semoga Akma dikurniakan jodoh orang yang beriman dan sangat kasihkan Allah ya. Kalau dia betul2 kasihkan Allah, dia pun takkan mempersia2kan kita nanti, insyaAllah.

So Shy Lady (SSL) said...

wah akk blik kg ke? syiok tuuu...drive leklok ;D

1st pic tu walla artistik la kak...mcm dlm video clip je he..he..sy tde kamera mhl T.T

hari ni hari barakah. kami amik kunci rmh baru hari ni ;D

Dinas Aldi said...

Saya suka ya amat gambar hujan & titis air..

Terima kasih jamu mata saya dengan bunga ros yg sangat cantik itu kak :)

Irfa said...

huhu..pun baru tahu..sy pun lupa nikah dulu hari apa

lawa apa bunga ros tu w,pun tak nampak sgt embunnya..boleh pinjam?ehhe

Aidah said...

SSL,
Dah amik kunci rumah baru ke. Bila nak pindahnya?

Dinas,
Samalah ngan akak. Sangat suka tengok hujan. Tapi tak suka drive tengah hujan. Takut.
Pokok bunga ros tu dah habis riwayatnya, Dinas. Sedih sangat.

Irfa,
Akak pun lupa tapi yang pasti bukan hari Jumaat. Huhuhu.
Akak tak pandai sangat amik gamba, Irfa. Baca manual pun malas. Hehe.