Hari Ahad lepas, akak ke sini lagi dengan family. Sukeeee sangat sampai tak sedar hampir 2 jam melepak kat dalam tu padahal banyak lagi urusan lain.
Sebelum tu pekena pulak nasi lemak kat kopitiam level 4, Rasa tu. Akak tengok kat KLCC ni cop Halal Jakim kat kopitiam ni cukup besar dipampangnya. So tak de lah rasa was-was, insyaAllah. Hmmmm....minggu ni nampaknya dah 2 kali akak makan nasi lemak. Ini dah kira bukan kes teringin ni. Ini namanya lemak menari-nari di bawah pohon beringin. Huaaaaaa...... Tapi Alhamdulillah sedap terutamanya teh o ais limau tu. Haiik! Takkan air je sedap kan, statement guilty lah tew.
Dah byk tanglung digantung kat KLCC tapi akak rasa tak cantik sgtlah deco nya. Macam simple je, mungkin nak jimat duit kot. Tak tahulah kalau dragon emas kat bawah tu memang tulen kan. Kalau tulen, memang akak akan pergi tiap hari dan kikis sikit2 dragon tu. Dapat agak2 penuh handbag cukuplah. Hihi.
Kami sampai awal, kedai pun belum bukak lagi. Akak memang camni. Kalau pegi memana memang nak pegi awal2 sebab malas betul nak redah jam. Lagi satu kalau pegi awal dapat parking baiiiiik punya kat depan pintu escalator tu. Maklumlah akak kan sayang lemak. Kihkihkih.
Mari kita tengok hasil tanggukan dan hasil kelip2 mata dgn En.AHBY di Kinokuniya.
Semua buku2 tu sangaaaaaat bessst. Yang Arabic for beginner tu bukan akak punya tapi si Arif ni yang kena ambik bahasa Arab utk sek men. Buku Ellen tu akak dah ada 2 dan ini the latest. Sangat kelakar daripada kulit ke kulit tau. Tina Fey tu pulak baru first time tulis buku kot. Akak memang suka beli buku kat section humor tapi sangat mahal. Susah nak cari yang berharga bawah RM45. Jadi tak selalu lah dapat membeli. Cuma bila EN.AHBY terkesima dgn kelipan mata akak yang sepet ni, barulah dpt kaut dua tiga buah. Heheh.
Tapi kaaaan, buku ini paling menarik untuk akak yang curious sangat nak tahu pasal royalty Brunei ni. Ini memoir Jillian Lauren yang pernah tinggal selama 18 bulan di 'harem' adik Sultan Brunei yang namanya Prince Jefri tu. Alah, yang baru2 ni kecoh cerita pasal dia simpan sculpture tak senonoh diri sendiri dgn mistress dia di sekeliling rumah tu. Akak ada dgr abang dia kerugian berjuta2 dolar sebab adik dia ni satu masa dulu. Tak tahulah sbb bad investment ke apa kan, sebab dah lupa dah.
Jillian Lauren ni macam ahli kelab escort service tu, lebih kurang. Memula dia ingat pegi Singapore rupa2nya ke Brunei yang dia tak tahu pun kat mana. Biasalah omputih ni manjang tak tahu pasal kewujudan negara2 Melayu ni. Padahal negara paling kaya tuh. Menarik jugak citernya tapi dia ni bukanlah type 'tipah tertipu' tu. Akak rasa dia dah tahu pun apa yang dia akan lalui. Dpd citer dia, akak tahu yang Sultan Brunei tu ada nama western, Martin. Adik dia yang Prince Jefri tu, Robin. Daaaan segala perabutnya bersalut emas, uols. Kalau boleh buat lawatan mahu saja akak mengkikis emas kat perabut tu. (tak abes2 nak kikis kan)
Setakat tu je yang akak dah baca. Okey jugak tapi tak tahulah ada elemen tokok tambah ke tidak, dia ni. Akak baca pun bukan nak pikir serius sgt cuma saja mengisi masa lapang sementara tunggu lam kereta anak balik sekolah tu kan.
Okey lah ya. Akak nak sambung baca buku balik dan memanjakan lemak. Ya lah, takkan nak baca buku sambil jogging kan. Tentulah duduk dendiam atas kerusi ataupun terbaring. Kalau sape ada tips nak exercise sambil baca buku, boleh bagi tahu akak ya. Sebab dah melampau na rasanya lemak ni bila dimanjakan. Makin ngade2 hokey!
9 comments:
last sekali jojak kaki kat klcc rasanya tahun 2007.
lepas tu,lansung tak jumpa jalan ke klcc,mid valley,0ne utama & yg seangkatan dengannya.....
sebab apa?..sebab asyik jumpa jalan ke sungai aje nak memancing...aduuuhhh!!
Eloklaaaah tu, Nini. Jimat duit. Akak ni pun bukan selalu pegi pun. Kalau pegi pun tak boleh nak round, set lam kepala mana nak tuju dan lepas beli apa yang nak, terus balik. Kalau tidak, bocor poket.
ai pon sgt suke membaca(mcm puji diri stetmen ni). dlu boleh jer sekang mate tp bila dh dekat2 4 series ni kn, bukak buku jer dgr dengkur. naik kete nk p psr mlm pon ai bole tido nyenyak:)
Saya pun suka pi awal & nak parking dekat dengan entrance sebab saya ni lone ranger, pi mana sorang2 jadi takut kalau dapat parking space jauh sangat..nak fikir pasal kemungkinan2 buruk pun dah takut jadi tak mau sebut.
Berkenan buku last tu. Ni buat tergoda nak pi cari nih..
Salam Aidah,
Geli perut Kak Ros bila baca N3 Aidah ni....he.he.he....bukan Milo ngan Moli ja yang perlu di manjakan...lemak pun nak jugak....he.he.he....
Samalah kiteeee. Itu yang buku sebuah nak habeskan baca sampai dekat setahun. Yang kelakarnya, last2 tengok movie tie-in je. Buku lansung tak bersentuh. Kahkahkah.
kalau sy baca buku omputeh ni konfem 2 tahun lom tentu abis :)
Dinas,
Akak pergi reramai tapi bab malas berjalan tu yang paling tak boleh blah. Akak tahu mesti Dinas suka sbb best baca mcm misteri lah jugak.
Ros,
Itulah pasal. Camane lah nak kuruskan. Hobi pun tak de yang aktiviti membakar kalori. Asik memeram je lam bilik atas katil.
Irfa,
Alahai Irfa, akak baca yang simple je. Kalau berbelit sampai lidah pun berbelit nak menyebutnya, sila kirim salam. Orang nak bersantai2 je kan bukan nak bagi pening kapla lagi. Hehehe.
leka bc kisah klga brunei tuh. akk dh hbis bc nnti buat rview smpai hbis lah he..he..
klaka je ayat 'hasil knyit mata kat suami tu hahhaa... nak plagiatlah ayat ni, bleh? hahaha
Post a Comment