Hari ni cerita sedih pulak. Semalam pak sedara akak telepon. Dia cerita pasal dia jalan2 masuk area kampung kat Labu utk beli buah2. Lepas tu berboraklah dgn mak cik yang jual buah tu. Tetiba mak cik tu tanya, " Mintak maaflah ya. Mak cik tengok muka anak ni serupa dgn arwah Dr. Adib yang kerja di Klinik Kassim dekat Senawang tu."
Pak sedara akak lansung terdiam. Lepas tu dia beritahu mak cik tu, " Arwah tu anak sedara saya sebenarnya." Lepas tu mak cik tu cakap dia rindu dgn senyuman arwah sebab bila masuk ke dalam klinik tu dan nampak senyumannya, separuh sakitnya hilang macam tu saja.
Sebenarnya akak dah siapkan satu n3 khas ttg arwah berbulan2 dulu tapi tak rasa macam nak publish sebab rasa sedih yang teramat sangat. Hari ni akak cuba cerita seringkas yang boleh untuk kenang-kenangan sebab akak tahu kalau dia masih ada, mesti dia dah jadi follower blog akak. Dan sebenarnya dia juga antara sebab kenapa akak mula menulis blog.
Arwah Mohd Adib bin Othman tu ialah abang sulung akak. Pada 7 oktober 2008 dia jatuh di kliniknya masa menunaikan solat zuhur. Tiba2 dia black-out beberapa saat mungkin, dan bila dia cuba bangun, kepala dia sakit sangat. Mula2 ingat pening kepala biasa saja tapi bila dia start muntah2, Dr. Kassim terus hantar ke hospital. Akak dapat call tak lama lepas tu dari mak akak. Akak terus drive ke KPJ S'ban dan doktor bagi tahu, abang akak ada bleeding di otaknya dan suspected brain aneurysm. Penyakit ni memang sgt ditakuti sebab kita tak tahu pun kita ada abnormality macam tu pada salur darah kat otak until terjadi macam ni. Macam time bomb jugaklah. Sebelum ni abang akak tu tak pernah sakit teruk pun cuma kadangkala dia sakit kepala. Dia pun tak menghidap hypertension atau diabetes. Setiap minggu mesti pergi jogging at least 3 kali. Tapi beberapa hari sebelum tu memang dia ada komplen sakit kepala teruk yang tak mahu hilang walaupun dah makan ubat macam2. Lepas tu dia nampak drowsy dan kerap terlena walaupun tengah berbual.
Lepas doktor kat S'ban check, diorang buat keputusan hantar Damansara. Abang akak terpaksa undergone 3 surgeries selama 15 hari di situ. Yang sedihnya after first surgery 8hb OKT tu, dia terus coma. Dan akak tak dapat lansung bercakap dgn dia until 5 hari sebelum dia meninggal. Masa tu keadaan dia dah okey dan dia dah mula sedar dari coma tapi tiub yang sambung kat mulut tu belum boleh buka lagi jadi kami berbual guna sign language dan mata sahaja. Agaknya memang Allah bagi kesempatan untuk dia ucap selamat tinggal agaknya. Bila akak salam dan cium tangan dia, dia terlebih dulu cium tangan akak. Memang terperanjat akak masa tu. Tak sedar akak peluk dia dan cium pipinya berkali-kali walaupun wayar berselirat kat tangan dan kepala dia masa tu. Punyalah akak suka tengok respon dia sebab maklumlah bila otak dah diusik ni byk benda yang akan jadi tak sama mcm dulu terutamanya memory dia. Masa ni pun tangan dan kaki kanannya dah tak boleh gerak lagi. Tapi doktor kata mungkin boleh pulih semula dgn fisio. Akak memang rasa positif sangat masa tu.
23 oktober 2008, lepas surgery terakhir yang bermula lepas maghrib macam tu, akak diberitahu doktor yang abang akak dah tak ada. Dia meninggal pukul 9.15pm , hari khamis malam Jumaat. Masa tu akak rasa nak lari keluar dari bilik tu dan jerit sekuat hati. Memang tak sangka dia akan pergi. Selama 15 hari akak berumahtangga kat hospital tu, tunggu dia dan nak bawak dia balik utk recovery. Dah plan pun utk bawak dia buat fisio kat mana semua. Tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Masa tu akak menangis tapi suara tak keluar lansung. Rasa nak meraung tapi at the same time macam rasa abang akak tu dah selamat di sana. Tak perlu risaukan dia lagi. Akak memang tak boleh lupa wajah dia kali terakhir akak cium dia masa kat katil ICU tu. Macam orang tengah tidur je. Segala bengkak dan lebam di kepalanya hilang serta merta. Masa tu yang ada di hospital hanyalah akak, suami, kakak ipar dan pak sedara serta mak sedara akak. Semuanya macam bingung, terperanjat, tak tahu nak buat apa. Mujur lepas tu ada sepupu datang bawak suami akak pergi report polis semua kan.
Jenazah abang akak dimandikan di salah satu masjid di Damansara. Akaklah orang terakhir yang menyiram jenazah arwah. Masa tu memang tak boleh tahan airmata. Lemah sangat rasa badan. Lebih kurang pukul 4 pagi jenazah sampai di PD. Mak akak lagi lemah masa tu. Walaupun dia tak boleh bongkok nak cium abang akak, dia nak jugak melutut cium anaknya tu buat kali terakhir. Memang sedih sangat masa tu. Berkali2 dia cakap, ingatkan abang akak tu yang uruskan jenazah dia tapi dia pulak yang uruskan jenazah abang akak tu. Memang perit bagi seorang ibu melahirkan dan kemudiannya menyempurnakan jenazah seorang anak. Takdir Allah kan.
Macam tulah serba sedikit citer yang dah terpendam lama tapi tak sanggup nak luahkan. Sebenarnya kalau mak cik jual buah tu pun boleh rindu kat arwah, apatah lagi akak ni yang lahir dari rahim yang sama dan membesar bersama2 dengan arwah. Lepas dia meninggal, akak sakit, lama jugak. Sampai sekarang akak tak dapat merasakan badan tu sihat seperti dulu. Rasanya macam separuh semangat dan jiwa tu ikut pergi bersama arwah. Akak memang sangat rapat dgn arwah dan arwah pun selalu luahkan masalahnya pada akak. Dalam seminggu berkali2 telefon. Ada sekali tu dia merajuk dan tak telefon akak lebih seminggu. Itu semua tinggal kenangan. Dan akak pun masih tak delete nombor tepon dia dalam hp akak walaupun dah tak de lagi nombor tu dalam servis. Puan Alang pun sama, masih simpan nombor hp arwah. Kami tak sampai hati......
Oleh kerana dia meninggal mengejut macam tu, banyak urusan dunia yang tak selesai. Maka akak pun ke hulu ke hilir menyelamatkan rumah dan serba sedikit harta yang ada utk isteri dan anak2 arwah yang tinggal. Akak terpaksa berurusan dgn macam2 ragam manusia tapi Allah permudahkan jua di sana sini. Baru2 ni dah selesai semuanya. Alhamdulillah.
Al fatihah untuk Mohd Adib bin Rokiah. Semoga Angah tenang di sana..........
Ni hari raya terakhir 2008 tu. Kali terakhir dia peluk akak dan bersungguh2 dia minta maaf dgn akak masa ni. Tak sangka 3 minggu lepas tu, dia meninggal dunia. Dan sekarang ni tinggallah akak dan Puan Alang dua beradik utk jaga mak. Kami redha sebab perancangan Allah lebih besar dari jangkaan kita yang serba lemah dan tidak tahu ini.
P/S Dah berjurai2 airmata dah ni. Mintak maaflah pada semua sebab hari ni citer sedih pulak. Harap lepas ni tak de citer sedih lagi kaaaan.
9 comments:
moga arwah bahagia disana.. kita disini hanya mampu berdoa dan juga berharap dpt tmpt yg baik disisi ilahi.. tabah la ye kak.. semua org akan kesana, cuma tak tau bila dan bagaimana.. sy pun terasa sayu bila baca entry nih.. tau akak menahan rindu kat abg kandung akak.. sabar ye kak..
SEDIHNYA..SAYA PUN MENITIK AIR MATA
ALFATIHAH BUAT ARWAH
org baik cepat dipanggil oleh Allah..saya duk Labu gak..tapi area taman bukan dalam kampung.
moga rohnya dicucuri rahmat..
Nini yang membaca coretan akak pon bergenang air mata..teringat pakcik Nini yang meninggal dunia hujung tahun 2010..lama sgt dia sakit sbb hasad dengki org lain..
Mama maman,
Memang dik, semua akan ke sana satu hari nanti. Moga ketika itu nanti terubat rasa rindu kan.
Irfa,
Itulah akak rasa macam Irfa duduk area s'ban. Oh Labu ya. Terima kasih atas doa dan sedekah alfatihah tu.
Nini D,
Tak selamat orang yg menganiaya tu, besar sungguh dosanya. Harap dia bertaubat segera. Takziah juga atas keluarga Nini.
Salam Aidah,
Alfatihah buat arwah..semoga rohnya diterima allah jua....Allah lebih menyayanginya....
Sedihnya kak...Al-Fatihah buat arwah. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.
Allah lebih sayangkan dia kak. Tak bleh tulis lagi dah, dah keluar air mata dah ni..
Ros,
Alaikumussalam kak. Amin. Semoga dia bahagia di sana.
Dinas,
Tu lah Dinas sebahagian dari kenangan sedih akak. Memang ingat akak akan sama2 tua dgn dia tapi Allah lebih sayangkan dia. Akak redha walaupun kadangkala rasa hati tu pedih sangat menahan rindu padanya.
Assalamualaikum akak, saya reader baru, jadi saya kelebet2 la entry akak satu. Sampai entry ni, x sangka kecik je dunia. Saya pon rindu Dr. Adib. Sb Dr. Adib selalu buat locum di Klinik Dr. Kassim di Taman Telawi. Jd mmg da lama kami sekeluarga menerima rawatan dgn Dr. Adib. Adik saya pon pernah bersekolah sama dgn anak Dr. Adib. Jasa Dr. Adib merawat keluarga saya amat kami kenang.
Liyana,
Alaikumsalam. Tak sangka akak, Liyana salah sorang patient angah. Selalu jugak jumpa patient dia di S'ban. Semuanya rindu dgn dia. Dan bila dia dah tak de, diorang dah tak pergi ke klinik tu lagi. Rasa lain, kata diorang. Terimakasih dik atas komen ni. Semoga arwah angah mendapat rahmat dari jasa2nya yang telah merawat ramai orang. Amin.
Post a Comment