Bulan Oktober 2011, akak pungut dia yang kesejukan di belakang rumah. Ketakutan sangat dia masa tu, menggigil bila akak pegang. Badan pun kurus sebab maklumlah rasanya dah 4 hari mak akak dengar suara anak kucing di belakang rumah tu. Lalu akak pun buat keputusan nak bela dia senyap2 sebab En.AHBY dah cakap yang dia akan benarkan utk bela sekor je. Tapi takkan akak nak biar je anak kucing ni mati kesejukan dan kelaparan sebab masa tu tiap malam hujan.
Masa nak balik KL, Moli diam je dalam kereta. Pandai dia, tak nak bagi En.AHBY dengar. Hehehe. Tapi sampai je kat rumah nak sorok kat mana lak kan. Jadi akak pun pepelahan lah bagi tahu En.AHBY. Sikit lagi nak meletus perang dunia ketiga tuh. Tapi akak rasa dalam marah2 tu tentu dia ada serba sedikit rasa kesian kat anak kucing ni. Alhamdulillah dia boleh terima tapi masih tak suka Moli duduk dekat dia. Milo tu tak pe pulak. Eksyen Milo taw, sebab En.AHBY tu boleh tahanlah suka kat dia, kengkadang akak dengar jugak dia tegur Milo tu. Siap ada panggilan manja lagi taw, En.AHBY panggil Milo, Mr. Shake Leg. Kengkonon macam nama red indian lah. Hihihi.
Kecik je Moli masa mula2 sampai tu. Bulu pun tak semenggah, tegak2 je macam kucing banyak cacing tu.
And this is Moli today. Lebih tembam, bulu pun dah cantik, time kasih Royal Canine Hair and Skin. Hehehe. Tapi walau besar panjang macamana pun akak saspek dia ni akan masih berkepiiiiiit je dgn daddi debab dia, Milo tu. Maklumlah anak tunggal, manja terlebey lah kaaaann.
11 comments:
akak..meh kita trade in..akak kasik saya Milo & Moli..saya kasik akak dobot (wah..!mcm rela aje.kikiki)
Hihi. Ada yang menangeh kang. Che Mat dah tentu cembeng punya. Akak dah terbayang Dobot yang aktif jugak tu, mati kutu bila duduk kat umah akak yang kecik, tak de kawasan rewang ni. Milo dan Moli kompom gayat. Ke dia masih macam biase, makan tidur, makan tidur.
I love you lah Milo and Moli hihihi.
Dulu encik hubby ida yang minta izin ida nak bawak masuk Bella yang dia jumpa dalam tong sampah waktu hujan, Mengiau sejuk dan lapar. Agaknya baru umur sebulan pun tak sampai masa tu. Suka suki je buang dalam tong sampah. Mula-mula ida berat hati juga nak benarkan sebab masa tu ida tak nak ada komitmen bela apa-apa binatang dalam rumah tapi tak tak sampai hati nak biarkan dia mati sejuk kat luar tu. So bela lah sampai skrg.
Tengok tengok sekarang ni sayang terlebih lebih pulak kat diorang hahahah
Kalau orang yang buang tu nampak Bella sekarang, mesti nyesal sebab lawalah dia. Akak memula dulu tak berapa sgt ngan Moli ni. Saje nak bela sbb kesian. Memang betul cam ida jugak, lelama sayang pulak.
Salam Aidah,
Kesiannya tengok Moli masa dia kecik...beruntung lah dia dapat tuan macam Aidah ni....
Makan RC pasti debab..tak lama ikut jejak langkah daddy debab dia si milo tu lah...hehe..:)
Sekarang En Ahby akak tu dah boleh terima moli..sebagaimana adanya...??kihkih..soklan tak menahan...
jap nanti klu en bebi ai bace ni konfom die jadikan hujah utk p kutip kucing kt pasar borong :) pic yg memula tu nmpk nor mate Moli yg penuh sengsara( chewahh ayat haku). luckily she met u...ke u found her.
0ff topic jap...ahkak penat tau dok taip word verification kt bawah ni. sila la remove utk melancarkan pengomenan ahkak ye :)
Sangat bertuah la si Moli sebab akak yg jumpa dia. Yg pelik tu Milo boleh terima dia sebab saya ingat lagi akak cerita yg Milo cukup tak suka dengan kucing lain sebelum ni, kalau tak silap..Sweet kan :)
Ros,
Alaikumsalam. Masa tu keadaan dia mmg menyedihkan. Bawak dia masuk pun sbb kat area rumah mak saya tu byk anjing liar yg suka makan kucing.
Siti Murni,
Masa memula vet suruh bagi mkn RC kat Milo tu, dia ckp boleh control diet dia dan supaya dia tak mkn byk tapi akak tengok terbalik pulak. Makin debab.
Ha ah. En.AHBY dah menerima takdir Tuhan yg memberi rezeki seekor anak kucing bernama Moli. (jawapan pun tak boleh blah taw. Hihihi)
Cikgu Anum,
Akak, saya ni kalau bab2 adjust ni slow sikit. Nak tukar template pun 3 hari bekerja tak termasuk cuti awam. Hehehe. Tapi insyaAllah akan saya usahakan utk kemudahan akak. Betul tu, saya setuju. Kdg2 berpinar mata nak nengok word verification tuh.
Dinas,
Memang Dinas. Akak pun terperanjat gak dgn reaksi dia. Kalau dia reject mmg akak tak dpt bela Moli sebab takut si tua tu merajuk, susah nanti. Tapi bila tengok Milo boleh terima stranger mcm tu dgn hati terbuka, rasa insap pulak.
saya rasa bila baca blog akak ni saya dah jatuh chenta sama kucin.
huhu
Irfa,
Mari kita sama2 sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah saw ini. Alhamdulillah bertambah lagi orang yang syg kuchin.
Post a Comment