Eh, dah sampai ke kat sana, boleh tahu pulak rasa sejuk camane kat
Kutub Utara tu.
Sekali lagi tajuk macam bagussss je. Sebenarnya sajeeee je nak
compare sebab akhirnyaaa..........
Aircond akak di service jugak hari Jumaat lepas. Punyalah berkeladak
hitam air yang keluar bila dia sembur dgn water jet tu. Gas pun dah
kering kontang ya. Patutlah bahang panas je yang keluar bila on
aircond tu. Badan akak ni dahlah gebu kentang. Baru lepas mandi pun
panas.
Kali ni yang datang servis semuanya pekerja indon. Last time ada
jugak tauke china tu dtg. Diorang buat keje okey je tapi tang muka
memasing tu suspicious sikitlah. Mata macam melilau tengok sana
sini. Dahlah akak tinggal berdua dgn Farah je pagi Jumaat tu.
Bukanlah nak syak wasangka sebab kebanyakan mereka masuk sini
nak cari rejeki kan tapi ada jugak yang buat dajai kat Mesia ni. Tapi tu
lah kan, dulu diorang dtg sini buat keje kasar je, sekarang ni bab letrik
dan teknikal ni pun diorang expert gak kan. Apa-apa pun semua alright
je dan macam biasa caj semuanya RM260. Mahal jugaklah, akak rasa.
Masa akak duduk rumah lama kat Selayang dulu biasanya servis dan
taruk gas sekali hanya RM160. Sekarang ni gas kira lain pulak. Kalau
letak penuh 80 psi, kena caj RM2.50 utk 1 psi. Servis pulak RM90.
Aduuiiimak aiii, macam air water jet tu, duit keluar. Macam tu lah nilai
duit sekarang.
Yang paling menikmati kesejukan melampau dalam bilik akak ni ialah
2 ekor ni. Bergelung tidur sehari suntuk. Kejut macamana pun, macam
magnet dia berpaut dgn selimut akak tu. Tak nak berpisah dari selimut
dan katil dan aircond. Dan dua tiga hari ni Milo asik tiduuuuuuur je
sepanjang hari, lepas tu malam2 pukul 2 pagi dia mengiau2 dan
cakar pintu nak keluar buat qiamulaill. Haiiiih. Akak pulak cam tak
cukup tidur.
Patutnya bangun jugaklah kan, qiamulaill. Kucing dah insaf, yang si
manusia ni bila lagiiiii? Hehehe.
P/S Akak baru tukar template baru dan semuanya macam bercelaru lagi so mintak mahaplah ya. Maklumlah akak ni bukan canggih sangat bahagian ni semua. Zaman dulu pergi computer lab pun takut nak usik komputer dalam tu, takut meletop. Hahaha.
15 comments:
samala.. ekon kat umah tu dah sampai masa kena servis.. dah tersumbat dengan bulu budak2 kat umah ni kot..air menitik dari indoor unit
amboi kemain sedap lg 2 ekor tu tido dlm ekon eh? mengebat!
mrs azmi,
Ha ah. Hari tu menitik je air siap kena tadah lagi. Dah servis baru okey.
Munnafendy,
Memang tu je kepakaran berdua tu. Makan dan tidur, lepas tu buat muka kesian.
kat area saya dalam rm130 je..tapi dah lama pun tak servis.skrg pakai kipas je sbb ekon jenama akira tu susah sgt nak cari sparepart kipas dia yg rosak..malas nak pikir lagipun rm tak mengizinkan ;)
wah sakan dia berselimut lg
hihi fuh!seves aircond harga macam nak beli barang dapor tok sebulan taw..hihi nice layout :)
akak... kalu sejuk... peluk la ci abe tuh.. haha..:)
**Anyway cun arr template br akak.. sy pun teringin gak la..:)
Irfa,
Tu lah. Apasal kat area umah akak ni mahal sangat. Terkedu tau setiap kali nak serbis ekon. Tak pakai tak buleh pulak sebab umah akak ni kecik je, tak bertanah, tak berpokok lak tu macam duduk lam oven je rasa. Hahaha.
Akma,
Memang betul Akma. jadiknya bulan ni alamat makan telur sambal, kurma telur, gulai telur, kari telur.....
Mama maman,
Cantik kerr? Alhamdulillah ada org suke. Bukannya apa, yg lama tu payah sikit nak upload gamba, asik tak menjadi je.
hihi fuh!terliur sudeeeyyy baca menu2 akak 2 :)
Suka hiasan baru rumah akak nih! I LIKE!
Lega dah sejuk. Kemain lagi Milo menikmati kesejukan kutub utara tu, hehe..
Hahaha...deret kalau mai sini gelak macam nak pecah perot..adoyaii...kak aidah oi...haha...milo bangun buat qiamullail..malu saya kak...subuh pun selalu liat..huhu.
harga servis aircond kalau kat sini lebih kurang rm 200..memang semuanya dah mahal...harap2 sejuk nya bertahan lama lah.
Akma,
Alahai dik, menu sesak2 dari telur yang sempoi2. Hahaha.
Dinas,
Glad you like it. Sebenarnya bila ekon tak sejuk, yang paling suffer ialah yang meriah bulu2 di badan. Hehehe.
Siti Murni,
Memang betul tau. Sejak dia elok dari sakit ni, dia kerap bgn pukul 2 pagi. Akak rasa dia dah insaf lah. Hahaha.
Kahkahakahakhakh.. bangun buat qiamulail. Tetiba saya jadi insaf kejap.
Milo..meh sini kau kasi sekolah sikit budak budak umah ibu ni. Bella, Awie ngan Oden tu kalau Subuh2 yang dia tahu ialah tendang pintu bilik Ibu sebab nak minta wetfood ..cehhhhh
Wuuii, ganas tul bebudak 3 ekor tu ya. Milo ni masa muda dulu ganas jugak tapi sekarang lutut dah sakit2. Maklumlah gangster pencen. Hahahaha.
gamaknya kalo umah sewa Nini nih dibubuh aircong,..mau dobot tido bergulung2 dengan baju,sepender dalam almari..hahahahah
Lagi gebulah si dobot tuhh. Hihihi.
Post a Comment